- Tee Yong (tengah) selepas merasmikan Program Hari Keluarga 1Malaysia di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, Labis.
LABIS – Sebanyak 70 peratus daripada 6 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di negara ini gagal menamakan penama akaun dan bakal mengundang masalah semasa proses pengeluaran caruman apabila berlaku kematian.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, dia meminta setiap pencarum supaya menyegerakan urusan penamaan bagi memudahkan keluarga mereka melaksanakan urusan pengeluaran caruman jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.
"Setiap tahun jumlah pencarum KWSP semakin meningkat tetapi peratusan pencarum yang tidak melakukan penamaan waris pada akaun mereka begitu rendah meskipun kerajaan sudah melakukan pelbagai promosi untuk tujuan tersebut.
"Kadang-kadang mereka (pencarum) tidak fikir apa akan berlaku kepada diri mereka kerana kemalangan adalah suatu perkara yang tidak diduga," katanya.
Tee Yong yang juga Ahli Parlimen Labis berkata demikian selepas merasmikan Program Hari Keluarga 1Malaysia anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Labis di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, di sini.
Menurutnya, KWSP juga akan mempergiatkan usaha untuk menyedarkan pencarum kerana dengan melakukan penamaan, ahli keluarga pencarum yang berumur 55 tahun ke bawah layak menerima faedah kematian berjumlah RM2,500 apabila pencarum meninggal dunia.
"KWSP masih belum mewajibkan penamaan, tetapi untuk kebaikan, kemungkinan KWSP akan menolak borang permohonan caruman pemohon yang tiada penama pada masa akan datang.
"Proses penamaan waris juga sangat mudah dan mereka boleh menamakan penama masing-masing melalui borang penamaan yang terdapat di semua 60 kaunter KWSP di seluruh negara tanpa mengambil masa lama," katanya.
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment