KUALA LUMPUR, 15 Disember:
Malaysia mungkin menjadi satu-satunya negara di dunia ini yang membenarkan pendatang asing terlibat dalam semua bentuk ekonomi sama ada secara halal atau haram.
Setiausaha Agung Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, walaupun negara memerlukan tenaga kerja asing namun tidak sampai mereka mengambil alih peluang-peluang ekonomi yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat tempatan.
"Saya rasa ini terlalu pelik, pelik bila mereka memiliki perniagaan. Bagaimana mereka boleh sampai ke tahap itu?
"Jika pergi ke Cameron Highlands mereka boleh bercucuk tanam. Itu sangat pelik sehingga ke pasar malam, ke kedai, mereka adalah pemilik perniagaan. Itu tidak berlaku di mana-mana negara di dunia ini," katanya.
Menurut Raduan, masalah ini berpunca daripada sikap rakyat Malaysia itu sendiri yang tidak pandai mengambil peluang ekonomi di negara sendiri.
Kerajaan juga perlu menjelaskan mengapa rakyat Malaysia tidak berminat untuk menjadi pemilik perniagaan sedangkan peruntukan berbilion ringgit telah disediakan.
"Orang kita malas, orang kita tidak ambil peluang. Kalau kita mengadu kita tidak ada peluang, tetapi kenapa mereka boleh rebut peluang ini?
"Mereka mencari, mula-mula mereka pekerja, contoh dalam sektor pembinaan, kemudian jadi tauke (pemilik).
"Dalam konteks kita nak meniaga kena daftar. Kadang-kadang kita lihat berlaku depan mata yang sepatutnya tidak boleh berlaku," katanya.
Beliau menegaskan kerajaan tidak boleh membiarkan ekonomi negara terlalu bergantung kepada pekerja asing kerana ia akan menyebabkan ekonomi negara 'terperangkap'.
Kerajaan perlu mengkaji sistem pengurusan pekerja luar negara lain yang begitu efektif sehingga pekerja yang sudah duduk berpuluh tahunpun gagal untuk masuk dalam masyarakat berniaga.
"Contohnya Dubai, rakyat tidak sampai sejuta orang dan pekerja luarnya ada tiga juta tetapi boleh dikawal dengan sangat efektif.
"Begitu juga dengan Arab Saudi. Itu persoalan yang kita rungkai supaya dapat bangunkan sistem tersebut," ujarnya.
Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment