Tuesday, December 9, 2014

RG2014... Pihak penganjur Pelayaran Islamik enggan beri komen

 

Pihak penganjur Pelayaran Islamik enggan beri komen



Pelayaran Islamik ini menampilkan barisan penceramah dan pakar motivasi popular.

KUALA LUMPUR, 10 Disember: 

Usaha The Rakyat Post untuk mendapatkan komen berhubung Pelayaran Islamik yang dianjurkan IntraTama Travel Consultant & Tours (IntraTama) gagal.

Ini kerana, pihak sekretariat pelayaran tersebut enggan memberikan sebarang penjelasan berhubung kecaman yang disuarakan memandangkan jurucakap bagi program berkenaan tiada di dalam negara.

"Maaf, saya tidak boleh memberikan sebarang komen. Jurucakap sekarang berada di Tanah Suci Mekah dan kami juga sudah dinasihatkan untuk tidak memberikan sebarang komen," kata wakil sekretariat Pelayaran Islamik yang enggan dikenali kepada The Rakyat Post. 

Penganjuran program berkenaan mendapat kecaman hebat daripada orang ramai ekoran penetapan harga pakej yang mahal.

Program ini juga dikatakan bermotifkan keuntungan dengan menjual nama Islam bagi menarik minat ramai orang.

Pelayaran terbabit menampilkan penceramah terkemuka termasuk Ustaz Kazim Elias, Datuk Dr Fadzilah Kamsah, Imam Muda Asyraf, Prof Dr Muhaya dan beberapa yang lain bermula dari 24 Ogos 2014 dan berakhir pada 15 April 2015.

Dua siri pelayaran pada 24-27 Ogos 2014 dan 25-28 Januari 2015 yang menampikan Ustaz Kazim Elias sudah habis terjual.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment