Monday, December 8, 2014

Re: RG2014... Fw: Gila Jual Tanah, Yang Teraniaya Orang dan Peniaga Melayu

 

Biasa la ni. Bukan baru kenal UMNO kut?

2014-12-06 21:37 GMT+08:00 Zack ayohngohh@yahoo.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 

Bodoh

Sent by Takluk Jagat

On 1 Dis 2014, at 0:45, '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:

 



DBKL Gila Jual Tanah, Yang Teraniaya Orang Melayu dan Peniaga Melayu
 
bloglist-malaysia.blogspot.
Posted by Era pasca
Selepas kontroversi Kampung Chubadak Tambahan yang tanahnya telah dijual kepada sebuah syarikat kroni UMNGOK yang juga merupakan syarikat yang terlibat dalam menaikkan kadar bayaran elektrik, terdedah pula DBKL yang sepatutnya menjaga kepentingan penduduk asal Kuala Lumpur termasuklah para peneroka bandar iaitu Melayu, telah menjual sebidang tanah yang menjadi tapak peniaga-peniaga kecil Melayu kepada sebuah syarikat tekstil mamak padukang yang mengaku Melayu di Bandar Tun Razak.

Dan sama seperti keadaannya di Kampung Chubadak Tambahan, yang menjadi mangsa adalah Melayu-Melayu yang berniaga di situ. Manakala tempat-tempat yang bukan Melayu berniaga seperti di Jalan Imbi, tidak pula DBKL berani jual tanahnya atau syarikat yang membeli tanah tersebut tidak pula menghalau bahkan menjaga kebajikan peniaga-peniaga kecil Cina dengan memberikan tempat perniagaan lain.

Berbanding di tanah Velodrom, JAKEL TRADING yang merupakan pemilik baru tanah yang menjadi tapak niaga Bazaria Bandar Tun Razak, bukan sahaja telah merampas peluang niaga, bahkan telah menutup periuk nasi beratus-ratus orang peniaga Melayu-Bumiputera di situ. Tapak tersebut akan dibangunkan kawasan kediaman mewah yang sudah tentulah bukan untuk Melayu, bukan untuk Bumiputera dan bukan untuk orang Islam.

Untuk pengetahuan, Bandar Tun Razak asalnya adalah sebuah perkampungan besar yang telah diterokai oleh orang Melayu dan dinamakan sebagai Kampung Congo. Bagaimanapun, pada tahun 1970-an, perkampungan tersebut telah dimusnahkan dan para peneroka kampung tersebut telah diberikan rumah teres dan rumah pangsa di Bandar Tasik Selatan sebagai ganti. 

Ada yang mempersoalkan bagaimana sebuah syarikat tekstil berjaya menceburkan diri dalam bidang hartanah untuk tempoh yang amat singkat. Jawapannya mudah, kalau semua kontrak membekalkan pakaian kepada kerajaan DISAPU BERSIH OLEH JAKEL TRADING, sudah tentulah banyaklah keuntungan yang boleh dikumpul. Bila keuntungan sudah banyak, maka bank pun tanpa ragu-ragu akan memberikan pinjaman kepada syarikat berkenaan.

JAKEL TRADING merupakan syarikat pembekal kain untuk Angkatan Tentera Malaysia, PLKN dan merupakan syarikat kegemaran Big Mama Kak Ros.

Walaupun status Bumiputera Jakel Trading boleh diragui, namun kejayaan mereka tidak perlulah dipersoalkan. Sudah tentu daripada sebuah syarikat yang hanya mempunyai kedai kecil di Segamat, menerusi usaha keras dan promosi serta publisiti yang betul, mereka mampu mencapai kejayaan.

Yang dipersoalkan sekarang ialah, mengapa menganiaya peniaga-peniaga kecil seperti di Bazaria Bandar Tun Razak? Sebelum tanah itu dibeli dan dimiliki oleh Jakel Trading, tanah tersebut telah digunakan untuk para peniaga kecil Melayu. Mengapa pula setiap kali tapak atau tanah tertentu hendak dibangunkan, maka yang akan menjadi mangsa adalah Melayu? Mengapa dihalau mereka buta-buta sebegitu sahaja? Mengapa tidak diberikan satu tapak kekal untuk mereka berniaga?

Sudahlah untuk premis pun dikuasai oleh bukan Melayu walaupun kononnya terbuka, di kawasan pasar malam seperti Bazaria itu pun, kezaliman hendak ditunjukkan? Inikah yang dikatakan RAKYAT DIDAHULUKAN sedangkan amalan sebenar BN-UMNGOK adalah mendahulukan syarikat-syarikat kroni?

Kalau diperhatikan pun, para penguatkuasa DBKL pun memang cukup berani dengan Melayu tetapi kalau dengan Cina, terutama sekali di Bukit Bintang, Jalan Imbi, Jalan Alor, atau di Petaling Street, mereka akan jadi tikus basah.

JAKEL TRADING bukan hanya terlibat di Bandar Tun Razak sahaja. Ada lain hartanah yang juga membabitkan penggunaan status Melayu-Bumiputera sewenang-wenangnya, tetapi sebenarnya syarikat ini menjadi penyedut darah dan menzalimi orang Melayu.




--
Regards, 
Rosli


__._,_.___

Posted by: Rosli Daud <roslid@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment