RM250 Juta dilabur, Kini hanya tinggal 20 ekor Lembu dan 4 Pekerja di NFC
Apa dah jadi?.. Matlamat asal NFC ditubuhkan bagi menjadikan Malaysia pengeksport daging lembu segar melalui satu projek jangka panjang yang dimulakan sejak Rancangan Malaysia ke-9, di bawah penyeliaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Mula beroperasi pada tahun 2008, RM250 Juta wang rakyat dilaburkan kini hanya tinggal 20 ekor Lembu dan beberapa orang pekerja..
Yang jelasnya kroni mereka juga yang semakin kaya raya..
Tinjauan telah dilakukan oleh pihak The Malaysian Insider.. err.. aku rasa wartawan The Malaysian Insider ni dah silap tempatlah buat tinjauan ni..
Sepatutnya tinjauan dilakukan kebeberapa buah kondo di KL, Singapura dan Kazahstan.. baru dia boleh nampak lembu-lembu yang ada tu... he.. he..
Hanya 20 lembu, 4 pekerja dan bangunan usang yang tinggal di NFC
Jauh daripada perancangan asal mencapai cita-cita menjadi pengeksport daging lembu terunggul, ladang ternak di Pusat Fidlot Nasional (NFC) hari ini hanya satu wajah suram dengan lembu berkeliaran di tengah rumput yang tinggi dan bangunan usang.
Sejak pendedahan pemimpin PKR Rafizi Ramli pada 2011, berhubung skandal salah guna dana kerajaan persekutuan, ladang seluas 2,000 hektar di Gemas, Negeri Sembilan itu kini hanya mempunyai antara 10 dan 20 lembu, kakitangan yang boleh dikira dengan jari dan pengurusannya berdepan tindakan saman kerana gagal membayar pinjaman kerajaan sebanyak RM250 juta.
Tinjauan The Malaysian Insider baru-baru ini mendapati, ladang berkenaan kini terbiar, dipenuhi semak-samun, di samping bangunan pusat penyembelihan yang usang dan mulai retak, deretan pokok Akasia sebesar pemeluk juga mulai memenuhi kawasan yang pernah menempatkan ribuan ekor lembu itu.
Kakitangan NFC ketika ditemui berkata, lembu yang dulunya diletakkan di dalam kandang kini dibiarkan bebas berkeliaran di sekitar padang ragut dan menjadi lembu liar.
"Kalau dulu lembu itu dikurung dalam kandang besi, tetapi lepas skandal itu, tiada lagi makanan yang dihantar, kami lepaskan lembu di padang ragut," kata salah seorang daripada 4 kakitangan NFC yang tinggal.
Beliau yang enggan mendedahkan identitinya berkata, mereka berempat akan bergilir-gilir memeriksa lembu itu dengan setiap syif melibatkan dua kakitangan berjaga memantau kawasan berkenaan.
"Jika ada yang sakit atau mati, kami hanya akan mengambil gambar," katanya kepada The Malaysian Insider.
Tugas mereka kini memastikan ladang berkenaan tidak diceroboh kerana perabot, penyaman udara dan beberapa keperluan pejabat masih lagi berada dalam bangunan itu.
The Malaysian Insider turut dimaklumkan berlaku kecurian kabel elektrik di ladang berkenaan pada 2013.
Juga dimaklumkan, nasib pusat penternakan lembu itu hanya akan diketahui pada awal 2015, sama ada diserahkan kepada kerajaan Negeri Sembilan atau ditender kepada syarikat swasta.
Malah, 500 hektar daripada keseluruhan 2,000 hektar tanah yang disewa NFC daripada kerajaan negeri itu juga dikatakan sudah diusahakan syarikat pertanian yang kini mulai ditanam kelapa sawit.
"Kami hanya menjaga 1,500 hektar, kerana di kawasan ini masih terdapat bangunan milik syarikat, 500 hektar lagi sudah ditanam kelapa sawit," katanya.
Situasi ini jauh berbeza daripada matlamat asal NFC ditubuhkan bagi menjadikan Malaysia pengeksport daging lembu segar melalui satu projek jangka panjang yang dimulakan sejak Rancangan Malaysia ke-9, di bawah penyeliaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Melalui penubuhan NFC, daging segar dijangka dapat memenuhi permintaan rakyat Malaysia dengan penjualan dagingnya dirancang dijual di pasaraya besar seperti Giant, Tesco dan Pasar Tani kendalian Fama.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika lawatan ke tapak ladang ternakan dan rumah penyembelihan lembu itu pada Jun 2011 turut menyuarakan rasa bangga kerana NFC berjaya menyahut saranan kerajaan.
"Kita juga dijangka tidak mengalami masalah bekalan walaupun pertumbuhan penduduk Malaysia meningkat 5% setiap tahun," kata Muhyiddin, ketika lawatan beliau ke tapak itu.
Isu berhubung skandal NFC menjadi topik hangat apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati terdapat kecelaruan terhadap projek ternakan lembu itu.
Ia didapati gagal mencapai sasaran menternak 8,000 ekor lembu menjelang 010 sedangkan ia sepatutnya menghasilkan 60,000 ekor lembu pada 2015.
Ia menjadi semakin panas apabila pengurusannya, NFC Corporation (NFCorp) dikaitkan dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang merupakan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat ketika itu.
Suami ketua Wanita Umno itu, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, merupakan pengerusi lembaga pengarah NFCorp yang ahlinya termasuk anak-anak pasangan itu.
NFCorp ialah sebuah entiti swasta manakala ladang itu, atau NFC, dimiliki Kementerian Pertanian dan Asas Tani.
Ladang itu mula beroperasi pada 2008, tetapi pada tahun berikutnya, dana NFCorp dibekukan dan ditahan Jabatan Akauntan Negara selepas ia didapati gagal mencapai sasaran.
Sejak itu, beberapa siri pendedahan dibuat PKR, termasuk mengenai pembelian kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan pertuduhan ke atas Shahrizat menggunakan dana RM250 juta berkenaan bagi kegunaan peribadi keluarganya.
Seterusnya silalah sambung bacaan anda di SINI
__._,_.___
Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment