Stesen bas sementara dialu-alukan
sinarharian.com.my
Papan tanda hentian bas sementara di Seksyen 13, Shah Alam.
SHAH ALAM – Meskipun menyambut baik penyediaan stesen bas sementara, pengguna perkhidmatan awam itu mahu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak abaikan kemudahan yang lengkap di stesen yang terletak di Seksyen 13 itu.
Sebelum ini, MBSA membuat keputusan memindahkan sementara stesen bas di Seksyen 17 ke Seksyen 13 bagi memberi ruang kerja naik taraf dan sebanyak 24 kaunter tiket disediakan untuk memudahkan pengguna membeli tiket bas.
Tinjauan Sinar Harian ke lokasi itu mendapati kebanyakan pengguna tiada masalah dengan perpindahan itu, namun mereka inginkan keselesaan di ruang menunggu sebelum menaiki bas ke destinasi yang dituju.
Penuntut institusi pengajian tinggi awam, Merlissa Balqis Mokhtar, 20, mahu MBSA sediakan banyak kemudahan seperti memperbanyakkan ruang menunggu bagi memberi keselesaan kepada pengguna.
"MBSA perlu sediakan lebih banyak tempat seperti kerusi yang berbumbung kerana kawasan itu merupakan tempat lapang dan tiada tempat berteduh.
"Kalau hujan bagaimana dengan nasib kami, jadi MBSA perlu melakukan sesuatu bagi memudahkan pengguna," katanya.
Dia bagaimanapun menyambut baik pemindahan sementara stesen bas itu kerana kawasan berkenaan mempunyai ruang yang lebih besar.
"Ruangnya agak besar dan tidak menyusahkan pengguna meletakkan kenderaan mereka," katanya.
Sementara itu, penjawat awam, Mohd Fakhri Md Tahir, 28, berkata masalah kesesakan tidak menjejaskan perjalanan disebabkan kawasan tempat letak kereta luas dan berdekatan masjid untuk kemudahan solat.
"Masalah bola tidak timbul sebab bukan hari-hari ada lawan bola, di mana-mana tempat ada kesesakan...apa-apa pun saya menyambut baik perpindahan lokasi ini kerana banyak kawasan letak kereta di sediakan.
"Kalau di Seksyen 17 sebelum ini agak sempit dan menyukarkan untuk kita letak kenderaan, " katanya.
Selain itu, beliau meminta pihak berkuasa menyediakan kemudahan asas yang selesa seperti tandas dan tempat menunggu yang sesuai.
"Seksyen 13 tempat terbaik. Keluasan tapak cukup baik daripada dibiarkan kawasan tidak digunakan.
"Cuma harap pihak berwajib ambil inisiatif pastikan tapak sementara ada fasiliti asas," katanya.
Bagi, penjawat awam, Anizan Ibrahim, 31, pula mengharapkan stesen bas Seksyen 17 mempunyai kemudahan lebih baik berbanding sekarang bila siap sepenuhnya.
Katanya, pihak berkuasa perlu menyediakan ruang meletakkan kenderaan lebih besar terutama untuk mereka meletakkan motosikal.
"Harapan saya agar keadaan jauh lebih baik daripada yang ada sekarang. Contohnya kedai makan lebih bersih persekitaran, tandas lebih besar dan selesa, ruang menunggu pun lebih besar.
"Tak lupa juga tempat letak kenderaan. Kalau boleh, biarlah berbumbung untuk motosikal. Kesian kalau hujan helmet takung air," katanya.
Dalam pada itu, MBSA merancang menambah baik dan menaik taraf kemudahan di stesen bas ekspres sementara di Seksyen 18 di sini untuk keselesaan dan kemudahan orang ramai.
Timbalan Pengarah Komunikasi Korporatnya, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya akan berusaha menambah baik di ruang menunggu kepada pengguna.
"Buat masa sekarang MBSA telah sediakan kemudahan asas seperti tandas, surau dan sebagainya di kawasan berkenaan, namun ruangan menunggu agak terhad.
"Jadi kita bercadang untuk menambah ruangan menunggu dengan memperbanyakkan kerusi dan kawasan berbumbung demi keselesaan orang ramai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

__._,_.___
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment