Wednesday, December 17, 2014

RG2014... PM digesa beri penjelasan berhubung cukai petrol RM274 juta

 

KUALA LUMPUR, 17 Disember:

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu segera memberi penjelasan ke mana perginya cukai tersembunyi sebanyak RM274 juta yang dikutip daripada rakyat dalam tempoh 45 hari antara 1 November sehingga 15 Disember 2014.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli mendakwa, bagi tempoh November tahun ini, rakyat Malaysia telahpun membayar sebanyak RM47 juta untuk cukai petrol.

Menurutnya, dalam tempoh 15 hari pertama bulan ini, rakyat juga membayar sebanyak RM146 juta cukai petrol bagi RON95 dan RM81 juta bagi diesel.

"Oleh itu, jumlah cukai petrol yang dikutip secara senyap oleh kerajaan bagi tempoh 45 hari sahaja ialah RM274 juta tanpa diketahui oleh rakyat dan saya meminta agar Najib segera menjawab ke mana perginya wang cukai tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Rafizi berkata, harga pasaran bagi RON95 tidak termasuk jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak telah menjunam dari paras RM1.73 seliter pada 1 Disember 2014 kepada RM1.58 seliter pada 15 Disember 2014.

Jelasnya, keadaan yang sama juga berlaku dengan harga diesel yang menjunam dari paras RM1.87 seliter pada 1 Disember 2014 kepada RM1.71 seliter pada 15 Disember 2014.

Dia yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, dengan jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak sebanyak 32 sen seliter (RON95) dan 23 sen seliter (diesel) seperti yang terpaksa dibayar rakyat sekarang, harganya juga masih rendah berbanding harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

"Mengambil kira jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak itu, harga RON95 ialah RM2.05 seliter pada 1 Disember 2014 dan terus menurun kepada RM1.90 seliter pada 15 Disember 2014 berbanding harga yang dibayar oleh rakyat RM2.26 seliter.

"Harga diesel pula (termasuk jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak) ialah RM2.10 seliter pada 1 Disember 2014 dan terus menurun kepada RM1.94 seliter pada 15 Disember 2014 berbanding harga yang dibayar oleh rakyat RM2.23 seliter.

"Oleh kerana rakyat terus membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran walaupun tanpa subsidi, rakyat Malaysia sebenarnya telah membayar cukai petrol sejak bulan November 2014 lagi," ujarnya.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment