Wednesday, December 10, 2014

RG2014... Projek Gajah Putih Pkln. Hulu Perak [9 Attachments]

 


Projek Gajah Putih Pkln. Hulu Perak

[Image: gxVP3xW.png]
Sumber

Masih Ingat lagi berita diatas? bertarikh 8/10/2010,dan tertulis didalamnya 3 tahun projek yang bernilai RM500 juta ini akan siap, kini sudah December 2014 makna sudah terlewat 1 tahun,malah lebih teruk dari itu,dari maklumat yang diterima dari penduduk Pkln Hulu, semua asas2 bangunan yang dipasang sudahpun dicabut semula oleh kontraktor terlibat. Lihat gambar yang dikirim oleh salah seorang penduduk tetap Pkln Hulu.

[Image: vOYafaU.png]

[Image: XEFffUP.jpg]
ini gambar pintu masuk utama yg diambil pada awal tahun 2014


Sekarang..
(lihat semua asas dan kerangka bangunan yang berwarna kuning telah dicabut)

[Image: oGuTIjh.png]
[Image: dxolp7q.png]
[Image: FGsKcth.jpg]
yang tinggal hanya rumput dan tanah yang gersang.

Untuk makluman ringkas, projek ini ditunjangi oleh konsortium 6 Syarikat yang terdiri dari Puri Utama Development Sdn Bhd, Puri Ventures Sdn Bhd, Puri Realty Sdn Bhd, Banjaran Maju Sdn Bhd, IOP Global DotCom Sdn Bhd dan Monteron Development Sdn Bhd.Projek ini terletak di zon penampan sempadan Pkln Hulu Perak -> Thailand,iaitu selepas melalui Imigresen dan Kastam sempadan,gambar dibawah:

[Image: 450px-Northgate_proposed_site.jpg]
[Image: GqYJWLS.png]

Adun Kawasan Pkln Hulu Perak  tidak dapat dihubungi,semua link FB/blog juga tidak di update,malah menurut seorang penduduk kampung Kuak Luar berkata,keberadaan YB itu sindri tidak diketahui oleh mereka,samada sudah mati ataupun hidup,begitu,sukarnya menemui seorang YB disini,Kata mereka lagi,Tuan YB waktu pilihanraya dulu senang dicari,dimana manapun ada dia,di masjid baru tepi Pej. Polis, di pasar basah,taman tasek takong dimana mana saja berpaling pasti ada dia,tapi keadaan berubah selepas beliau menang di situ.Adalah diharap,sebagai YB kawasan,beliau tampil membuat penjelasan segera.

Jika Projek Lembu NFC bernilai RM250juta,maka projek Northgate Avenue ini sekali ganda lebih tinggi nilainya dari itu,dan 200Juta dari keseluruhan nilai sudahpun dilabur,persoalanya,kemana pergi semua duit tersebut?,dan 6 syarikat terlibat ini dimiliki oleh siapa?,hampir tiada maklumat mengenai mereka dapat dicari,apakah Syarikat tersebut hanya wujud seperti cendawan untuk mengaut duit dan kemudian menghilangkan diri? Kenapa MB besar Perak berdiam Diri melihat kegagalan sebuat projek yang sangat berdaya maju dan kemudianya ranap? atau,mungkin, dia juga punyai saham didalam salah satu Syarikat2 terbabit?

Sementara itu,seorang lagi penduduk Kampung Air Panas,Ahmad Zuhri Mat Ali, mengadu tentang kebanjiran warga Thai di Zon penampan ini,mereka berniaga,mengambil penumpang dan menguasai semua kegiatan ekonomi dikawasan tersebut,yang sepatutnya dikhususkan untuk warga Malaysia,ada diantara warga Thai tersebut mengambil penumpang sehingga ke Baling Kedah,cara perniagaan meraka yang kasar menghalang niat sesetengah penduduk tempatan yang berkeboleh untuk berniaga disitu,umpanya mereka mengugut dengan menunjukkan senjata dan juga dengan cara halus seperti sihir dsb.
[Image: wMVZGnU.png]
Kelihatan warga Thai bermotosikal menunggu dihadapan susur keluar Duty Free.


Pihak yang berwajib,tolong berikan penjelasan. 

__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Check out the automatic photo album with 9 photo(s) from this topic.
gxVP3xW.png GqYJWLS.png 450px-Northgate_proposed_site.jpg dxolp7q.png vOYafaU.png

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment