Monday, December 8, 2014

RG2014... Dua adik turut disyaki

 

   Dua adik turut disyaki

Kategori: Kedah
Diterbitkan: Isnin, 08 Disember 2014 22:40

Alor Setar: Dua beradik kepada kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang meninggal dunia disyaki akibat jangkitan virus kencing tikus atau 'leptospirosis' Jumaat lalu dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, dipercayai turut dijangkiti virus itu.

Nur Syazana Zir Omar Khan, 5, dan adiknya Zaharah, 2, dimasukkan ke HSB, Rabu lalu dan semalam kerana demam panas selepas berkelah bersama keluarganya di pusat rekreasi Titi Hayun, Yan di sini, pada 20 November lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, adik mangsa berusia lima tahun mengadu demam, batuk, selesema dan muntah kini dirawat di wad kanak-kanak HSB dalam keadaan stabil.

"Kes di bawah penjagaan pakar kanak-kanak dan rawatan antibiotik sudah dimulakan. Ujian darah untuk leptospirosis adalah 'inconclusive' dan sudah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kuala Lumpur untuk pengesahan.

"Adik mangsa yang berusia dua tahun juga sedang dirawat di wad kanak-kanak HSB dalam keadaan stabil. Dia dimasukkan ke wad di bawah penjagaan pakar kanak-kanak sebab mengalami demam panas.

"Kami sudah memberikan rawatan antibiotik dan ujian awal menunjukkan kemungkinan mangsa dijangkiti leptospirosis dan sampel darah turut dihantar ke IMR untuk ujian pengesahan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, semalam.

Dr Norhizan berkata, ketiga-tiga keputusan ujian pengesahan untuk leptospirosis ke IMR dijangka diperolehi dalam tempoh seminggu.

"Di samping itu, Jabatan Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya mematuhi nasihat diberikan semasa mengunjungi pusat rekreasi air di negeri ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan negeri Datuk Dr Leong Yong Kong berkata, kes jangkitan kencing tikus semakin banyak dikesan dalam kalangan mereka yang pernah mengunjungi kawasan air terjun.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan tidak mandi di kawasan air terjun di negeri ini buat sementara waktu berikutan peningkatan kes jangkitan kencing tikus yang boleh menyebabkan maut.

"Sejak kebelakangan ini cuaca tidak menentu dan kita tidak tahu bahan apa yang mencemari air itu dan keadaan cuaca ini boleh menjadi antara punca kepada penyebaran virus kencing tikus.

"Jumlah pengunjung ke kawasan air terjun semakin bertambah sekali gus menyebabkan jumlah sampah (sisa makanan) yang dibuang semakin banyak yang menjadi punca kehadiran banyak tikus. Perbincangan akan dijalankan bersama Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perhutanan bagi menangani masalah ini," katanya.

Tinjauan Harian Metro di pusat rekreasi Titi Hayun, Yan semalam mendapati, orang ramai masih mengunjungi pusat berkenaan walaupun ada kes kematian seorang kanak-kanak perempuan akibat kencing tikus.

Seorang pengunjung, Nazru Abdullah, 42, dari Sungai Petani, berkata dia tidak menyedari kejadian berkenaan kerana air terjun itu masih dibuka kepada orang ramai.

"Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera termasuk menutup pusat berkenaan bagi mengelak lebih ramai yang menjadi mangsa. Kami sekeluargabergegas pulang apabila mengetahui kejadian berkenaan daripada media," katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14646#sthash.CpRlZa7S.dpuf

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment