Monday, December 15, 2014

RG2014... Adakah RON97 Lebih Baik Dari RON95?

 

Adakah RON97 Lebih Baik Dari RON95?
  • 12/08/2014
[Image: ron97story.png]

Untuk pertama kalinya dalam sejarah,Stesen Petrol di Malaysia mengalami kekurangan RON97,ekoran permintaan yg mendadak naik selepas harganya jatuh bermula Dec 1.

Berikut adalah perbandingan harga RON95 dan 97 dari hujung tahun 2013 ke Dec 2014
[Image: table_1-2.jpg]

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat banyak pendapat tentang dua jenis minyak ini,ada yang mengatakan RON97 boleh menguatkan prestasi enjin dan ketahanan manakala RON95 pula tidak baik untuk enjin malah boleh menyebabkan semput untuk jangkasama panjang,jadi adakah RON97 sebenarnya lebih baik dari 95?

Untuk memulai,kita mesti memahami apakah sebenarnya maksud RON, RON bermaksud Research Octane Number iaitu ukuran standard untuk minyak kenderaan bermotor atau pesawat.Lebih tinggi octane bermakna lebih tinggi keupayaan minyak itu untuk menahan tekanan yang tinggi sebelum terbakar,setiap enjin direka untuk menggunakan minyak dengan kadar octane yang khusus.

Secara umumnya minyak dengan octane tinggi seperti RON97 digunakan untuk kereta kerkeupayaan tinggi atau kapasiti enjin lebih daripada 2400cc contohnya Honda Civic Type-R.Anda harus mengelakkan untuk guna jenis minyak yang mempunyai octane rendah dari yang disyorkan untuk enjin kereta anda,ini akan menyebabkan 'knocking' atau bunyi seperti ketukan dalam enjin,ini berlaku kerna minyak akan terbakar lebih cepat dari sepatutnya di dalam chamber enjin dan menyebabkan kereta semput malah boleh merosakkan enjin terus.

Kebanyakan kereta di Malaysia dibina untuk menggunakan RON95,teknologi baru juga telah memungkinkan kereta moden yang baru menggunakan RON95.

Melihat dari kadar jualan RON97 baru baru ini,jelas ramai rakyat Malaysia terpengaruh dengan idea bahawa RON97 adalah minyak yang terbaik,tapi adakah itu benar? Mari kita lihat myth atau tanggapan popular yang berlegar dikalangan pengguna di Malaysia tentang dua jenis minyak ini.

Myth 1: RON97 Boleh menguatkan Prestasi Enjin.

Keprcayaan lazim adalah prestesi enjin boleh ditingkatkan dgn menggunakan minyak yang mempunyai octane lebih tinggi dari yang disyorkan pengeluar enjin,bagaimanapun tiada bukti kukuh ttg kesanya keatas kapasiti dan tidak boleh membantu enjin anda untuk mengeluarkan kuasa yang lebih,lagipun,ia adalah petrol cuma,bukan Gandalf. :-)

Setengah pengeluar minyak mendakwa,enjin yang menggunakan RON97 lebih bersih dan tahan lama ekoran dari haba yang rendah semasa pembakaran minyak berlaku dalam enjin,juga menjadi tanggapan lazim RON97 boleh membersihkan malah menyerap deposit kotoran yang terhasil didalam part enjin yang utama terutamanya valve,ini sebenarnya tidak didukung oleh mana2 data saintifik,dan sebenarnya minyak yang bersih bergantung kepada kandungan bahan pembersih bukanya kadar pembakaran!.

Myth 2: RON 97  Memberi anda Lebih Kilometer

Lagi satu salah tanggap masyarakat adalah menggunakan RON97 memberiakan lebih kilometer berbanding RON95,amaun perjalanan yang anda perolehi dari tank sebenarnya bergantung pada keadaan trafik dan cara anda mengendali kenderaan.Secara mudahnya menggunakan laluan yang sesak setiap hari akan menyebabkan anda menggunakan minyak yang lebih berbanding laluan tidak sesak untuk jarak yang sama(namun tidak ramai yang punyai pilihan).Anda juga bisa mendapatkan kilimeter lebih jika anda mempunyai personaliti pemanduan yang pasif (untuk yang tinggal luar KL),mengurangkan kelajuan kereta dan memandu dengan speed yang stabil adalah cara yang terbukti boleh menjimatkan minyak dan lebih kilometer.

Moral ceritanya,hanya kerna RON95 murah, tidak bermakna ia mempunyai kualiti yang rendah,ia cuma jenis minyak yang direka untuk memenuhi spesifikasi enjin tertentu,sama seperti RON97 yang direka untuk penuhi spec enjin berkapasiti tinggi.Jadi jika kereta anda direka untuk menggunakan RON95,maka kekallah menggunakan RON95,kerna berubah pada RON97 mungkin akan menyebabkan anda mengeluarkan belanja yang banyak dikemudian hari,juga tanpa perubahan pada kuasan enjin tentunya.

Ramai rakyat Malaysia sekarang mampu untuk menggunakan RON97,bagaimanapun,jika pengeluar kereta anda tidak mengesyorkan anda untuk menggunakanya,ia tidak akan sama sekali boost prestasi enjin anda ataupun membersihnya.Tetapi dengan sistem apungan terkawal,jurang harga antara RON95 dan 97 adalah lebih kurang 0.20sen shj bagi setiap liter atau RM10 bagi setiap 50liter,kerna itu dapat difahami kenapa pengguna memilih untuk menggunakan minyak gred tinggi walaupun enjin kereta mereka tidak memerlukanya.
[Image: table_2-3.jpg]

Harga diatas adalah tertakluk kpd pengguna di Malaysia ,adalah penting juga untuk mengingatkan diri anda bahwa harga ini akan naik semula mengikut keadaan pasaran minyak sedunia.
-Tepuk dada tanya selera.
Sumber

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment