Wednesday, December 17, 2014

RG2014... Fw: Ahli mahu Najib letak jawatan demi kebaikkan..

 



4 ALASAN UTAMA MENGAPA MAHATHIR BEGITU BERSUNGGUH-SUNGGUH MAU MENJATUHKAN NAJIB

telokbakong.blogspot
kachipemas.blogspot
 

4 ALASAN UTAMA MENGAPA MAHATHIR BEGITU BERSUNGGUH-SUNGGUH MAU MENJATUHKAN NAJIB, KINI TERSEBAR DI ALAM MAYA. 

Sudah pun menjadi pengetahuan umum betapa semakin hari semakin kencang dan garangnya Tun Dr Mahathir Mohamad dan kuncu-kuncunya termasuk Tun Daim Zainuddin dengan bantuan dari PERKASA dan blogger-blogger pentaksub dan pemuja tegar beliau menyerang Dato' Seri Najib Tun Razak untuk memberi tekanan agar berundur dari jawatan Perdana Menteri. 

Walaupun mengaku sehingga kini tiada lagi calon dari UMNO yang benar-benar dilihat layak serta mampu mengalas jawatan sebagai Presiden UMNO dan seterusnya sebagai Perdana Menteri, Tun Mahathir masih juga dengan sikap degil keras kepalanya mau juga agenda menggantikan Najib diteruskan at all cost. 4 alasan yang kini berlegar di alam maya yang boleh diterima akal logik adalah seperti berikut:- 

1)   Tindakan Najib tidak memberikan sokongan kepada anak Mahathir, MB Kedah Mukhriz Mahathir dalam perebutan salah satu jawatan Naib Presiden UMNO semasa pemilihan UMNO yang lalu. Najib secara terbuka menyatakan tidak akan menyokong mana-mana pemimpin sebaliknya menyerahkan kepada ahli-ahli akar umbi dalam menetukan siapa yang mereka mau pilih untuk menjadi Naib-Naib Presiden UMNO .. ramai penganalisis politik negara berpendapat tindakan Najib itu mengguris amat hati Mahathir sedangkan tindakan Najib bolehlah dilihat sebagai pemimpin yang berpendirian tidak mau mencampuri urusan dan pilihan hati akar umbi suatu tindakan yang pernah diambil oleh Mahathir ketika beliau menerajui UMNO dulu .. tetapi apabila kena dengan darah daging sendiri sikap dan pendirian tidak memihak sudah berganjak. 

2)   Keengganan Najib memenuhi kemahuan dan kehendak Mahathir yang satu dunia sudah tahu iaitu meneruskan projek buah hatinya Jambatan Bengkok menghubungkan Johor Bahru -Singapura .. dulu Pak Lah menjadi mangsa salah satu alasan perdananya ialah Pak Lah terus membatalkan rancangan pembinaan Jambatan Bengkok ini .. sudah pasti Najib mempunyai alasan-alasan tertentu tertumanya segi kewangan dan keperluan mendesak sedangkan Causeway dan Jambatan Kedua sedia ada sudah pun mampu menampung aliran trafik antara Johor Bahru dan Singapura. 

3)  Permintaan Mahathir agar Najib memberi suntikan modal lebih RM1.6 biilio kepada Proton dimana beliau menjadi Pengerusinya juga dikatakan salah satu punca utama mengapa Mahathir cukup naik angin satu badan dengan Najib .. apa lagi Mahathir mau .. bukankah kroninya Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary DRB Hicom telah pun berjaya mengambil alih kepentingan Proton???? .. Masih tidak berpuas hati lagi kah ... mau paksa dana awam digunakan untuk perniagaan syarikat kroninya????? 

4)  Daim Zainuddin ada mempunyai bank yang beroperasi di Tanzania yang dikenali International Bank of Malaysia .. difahamkan permohonan diminta kepada Najib agar menggunakan kedudukkan dan pengaruhnya sebagai Perdana Menteri meminta Malayan Banking @ Maybank ambil alih kepentingan bank berkenaan namun Najib enggan menurut sebaliknya menyerahkan kebijaksanaan Maybank untuk membuat keputusan sendiri sama ada viable dan menguntungkan jika pengambil alihan itu berlaku .. keengganan Najib ini dikatakan bukan sahaja membuat Mahathir terguris hati malahan Daim pun cukup marah katanya. Tidaklah dapat dipasti dan disahkan akan alasan-alasan yang kini berlegar di alam maya sahih maupun sekadar tuduhan liar tetapi peratusan yang mempercayainya amatlah tinggi sekali. Jika benar inilah punca dan alasan mengapa Mahathir begitu garang menyerang Najib maka jelas sekali ianya merupakan suatu masalah peribadi apabila kehendak dan kemahuan tidak dipenuhi. Kredit Omakau
 
Anonymous said...

Kupasan longkang kikiki..

Anonymous said...

mahathir nak lari dari kes :projek ic: di sabah jadi buat bising pasal nak guling najib orang ramai pun lupa kes ic dok bising kes najib itu pun nak kena bagitau taktik ni lama dah kena banyak membaca lagi semua macai macai bn dan pkr oiiiii

Anonymous said...

oooo begitu rupanya...
rakyat tiada kuasa...
kuasa dah serah kpd PM..
nasib badan la..

 

Ahli UMNO mahu Najib letak jawatan demi kebaikkan UMNO..

telokbakong.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot.
Selepas pemimpin Umno bahagian membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dipengerusi Datuk Seri Najib Razak, kini seorang pemimpin Umno cawangan pula menulis surat terbuka agar perdana menteri meletakkan jawatan.

Surat terbuka Ketua Penerangan Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Selangor Syed Rosli Jamalullail menuntut Najib berhenti kerana perkhidmatan beliau tidak lagi diperlukan.

"Sesungguhnya kami ahli Umno merasakan perkhidmatan Datuk Seri tidak lagi diperlukan," katanya dalam surat itu.

"Bukan kami hendak menghina Datuk Seri tetapi kami rasakan lebih baik Datuk Seri berundur secara hormat sebelum PRU14 nanti demi memberi nafas baru kepada Umno," katanya.

Beliau berkata, Umno ketika ini sudah semakin lemah daripada segi sokongan orang Melayu mahupun pengundi parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama parti berteraskan bangsa Cina dan India.

"Jikalau Datuk Seri betul-betul sayangkan Umno dan BN maka jalan yang terbaik Datuk Seri berundurlah," katanya yang juga penolong setiausaha Pemuda cawangan itu dalam surat berkenaan.

Katanya, meskipun mereka mengucapkan terima kasih kepada Najib yang banyak berjasa, "namun disebabkan liabiliti teramat besar dan kuat untuk kami tanggung maka jalan yang terbaik Datuk Seri berundur".

Syed Rosli yang juga calon ketua Pemuda dalam pemilihan Umno tahun lalu meminta Najib membantu mereka "supaya menjadi kuat semula dengan Datuk Seri berhenti".

Secara sinis beliau berkata, tidak mahu cerita terlebih lanjut atau secara terperinci "nanti Datuk Seri tidak mengaku dan saman saya mana mampu hendak bayar" lapor The Malaysian Insider

Ini adalah surat yang dimaksudkan..

Surat terbuka kepada YAB Perdana Menteri Merangkap Presiden Umno, Dato ' Sri Hj . Najib Bin Hj. Tun Abdul Razak. 
Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum Dato ' Sri, 
Sesungguhnya saya sebagai ahli Umno merasakan yang perkhidmatan Dato Sri tidak lagi diperlukan bukan kami hendak menghina Dato ' Sri tetapi kami rasakan lebih baik Dato ' Sri berundur secara kehormat sebelum PRU14 nanti demi memberi nafas baru kepada Umno. 
Umno ketika ini sudah semakin lemah dari segi sokongan orang melayu mahupun dari sokongan pengundi2 komponen BN terutama parti berteraskan bangsa cina dan india. 
Jikalau Dato ' Sri betul2 sayangkan Umno dan Barisan Nasional maka jalan yang terbaik Dato ' Sri berundur lah. 
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang teramat kepada Dato ' Sri yang telah juga banyak berjasa kepada kami namun disebabkan liabiliti yang teramat besar dan kuat untuk kami tanggung jadi jalan yang terbaik ialah Dato ' Sri berundur. 
Bantu lah kami supaya menjadi kuat semula dengan Dato ' Sri berhenti. 
Saya tidak mahu cerita terlebih lanjut atau secara terperinci nanti Dato ' Sri tidak mengaku dan saman saya mana mampu nak bayor. 
Demi Agama, Bangsa dan Negara,

Syed Rosli Jamalullail,
Ketua Penerangan Cawangan merangkap Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Umno,
Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Selangor.

Comments

mohd yusri · 

nak projek la tuuuuu....esok najib bagi projek...lusa kuar tv 3..."najib la harapan kami rakyat malalysia..." hahaha
 

LeMbUmNo · 

Babi2 Negara, Beruk Negara & Ahli2 Pertubuhan Bangsa Ungke Monyet ade yang nak menyondol dan bersorak ke? Woiiii puak2 Beruk Negara....apa cerrrr ni? kah kah kah...lu olang manyak menyondol lubang taik sayfool la... kah kah kah...Woiii puak2 Beruk Negara lu punya Najib mau kena sondol, tak tolong jilat ke? ....

Siapa Ahli Beruk Negara dan Pertubuhan Bangsa Monyet dan Ungke?
sila la meyampuk kah kah kah....
 

kudis · 

elok laa najib berundur.....masih tergiang giang di telinga cakap najib "27 billion untuk lebuhraya tran borneo" sana billion untuk sana...sini billion untuk sini...billion itu billion ini...hahaha....macam duit dia jer. ini NAJIB KETUM sama jer..tak boleh pakai...undi calon bebas..kasi pecah itu parlimen...
 

padhil · 

dah terlambat bro.. tunggu PRU 14 aje la bukan lama lagi..
 

Keparat · 

Mamat ni meracau gilak baban apasal??? Bini dah menopose ke haper?? Atau dia baru kenal sapa amno??
KEKAL BODOW & UNDI HAMNOO!!!
 

adi · 

hahaha... baru sedar dari mimpi mamat ni... macai2 UMGOK pn masih mimpi lg gak ke....
 
 

Lagi Gesaan Dari Umno Supaya Najib Berundur

bloglist-malaysia.blogspot

Undurlah PM jika sayang BN, kata Syed Rosli

Suara tidak berpuas hati terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, sehingga sokongan Melayu pada Umno melemah, mencetuskan hasrat akar umbi parti itu mendesak beliau berundur.

Ketua Penerangan Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Pandan, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail berkata, anggota cawangan itu menganggap Najib "liabitliti teramat besar" kepada BN, selain kelemahan sokongan Cina dan India.

Calon ketua Pemuda Umno pada pemilihan lalu itu berkata akar umbi merasakan khidmat Najib "tidak diperlukan" dan "lebih baik berundur secara terhormat" sebelum pilihan raya umum ke-14 demi memberi nafas baru kepada Umno.

"Jikalau Datuk Seri betul-betul sayangkan Umno dan BN maka jalan yang terbaik Datuk Seri berundurlah," katanya Syed Rosli dalam surat terbukanya kepada presiden Umno itu.

"Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang teramat kepada Datuk Seri yang telah juga banyak berjasa kepada kami namun disebabkan liabiliti yang teramat besar dan kuat untuk kami tanggung maka jalan yang terbaik Datuk Seri berundur," katanya lagi.

Bagaimanapun Syed Rosli yang juga penolong setiausaha Pemuda cawangan enggan menjelaskan lebih terperinci desakannya itu kerana bimbang disaman oleh Najib.

"(Tetapi) bantulah kami supaya menjadi kuat semula dengan Datuk Seri berhenti," katanya.

Kritikan terbuka terhadap pentadbiran Najib semakin jelas sebelum ini apabila pelbagai pihak termasuk mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengenai firma pelaburan negara 1MDB.

Selain itu, bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman turut mengkritik Najib supaya tidak menipu rakyat dan menjelaskan perkara sebenar isu-isu yang berbangkit dalam negara.

NGO pendesak Melayu PERKASA turut mendesak Najib supaya mengurangkan lawatannya keluar negara, menumpukan perhatian kepada pentadbirannya atau berdepan kehilangan jawatan.

- mkini

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment