*INI kata-kata Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, 77, politikus veteran dan ahli Parlimen paling lama berkhidmat, dalam satu temu ramah dengan sebuah media tempatan, baru-baru ini: "Landskap politik Malaysia bermasalah, apabila isu sensitif perkauman dan agama
mendominasi tajuk utama media dan bualan umum.
"Kita menerima kesan kemerosotan ekonomi serius dengan hutang sektor awam yang meningkat... Kita tidak pernah berada dalam situasi sebegini."
Sebelum ini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pun sering kali menyatakan kebimbangan beliau tentang "banyak yang tidak kena dengan keadaan di Malaysia sekarang..."
Sementara dari semasa ke semasa, NGO, para pemimpin, dan rakyat jelata berasa gelisah dengan kos hidup yang semakin tinggi, nilai RM merosot, harga barang naik, GST, rasuah, dan banyak lagi.
Apakah benar keadaan negara tercinta ini sudah teruk sangat? Kalau betul, para bijaksana hendaklah sama-sama memberi cadangan bagaimana cara hendak memperbaiki keadaan.
Kalau sayangkan negara, jangan hanya menegur dan menuding jari, sebaliknya kemukakan idea bernas yang dapat memulihkan keadaan. Jom, sama-sama kita bina Malaysia tercinta.
* SEMENTARA kita selalu digambarkan dengan suasana negara yang macam serbaserbi tidak kena, ada pula sesetengah pihak yang kata negara kita masih banyak peluang dan potensi.
WealthInsight, sebuah badan penyelidikan berpusat di United Kingdom, menjangka Malaysia akan mempunyai 20 'billionaires' (apakah boleh guna istilah 'laksawan'?) dan 30,054 jutawan menjelang 2018. Menurut badan tersebut, bilangan 'individu bernilai tinggi' di negara ini tahun lalu ialah 26,000, dengan nilai kekayaan terkumpul berjumlah RM528 bilion.
Kuala Lumpur mempunyai paling ramai jutawan (13,800), diikuti Petaling Jaya (1,744) dan Shah Alam (1,017).
Sementara rata-rata rakyat bawahan mengeluh untuk memenuhi tuntutan hidup berikutan kenaikan harga barang – sehingga ada yang terpaksa memberhentikan persekolahan anak-anak sebab tidak mampu membayar tambang bas – ada pula sekumpulan jutawan yang memiliki kekayaan bernilai RM528 bilion!
*PEMANDU warga asing rupanya banyak 'buat tahi' di bumi kita. Di negara sendiri, mungkin kerana ketegasan penguatkuasaan undang-undang, mereka takut melakukan kesalahan trafik. Tetapi di tempat kita mereka melanggar undang-undang jalan raya.
Bagi tempoh 2000 hingga 2013, sebanyak 838,510 saman tertunggak belum dijelaskan oleh pemandu warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan jalan raya di negara ini.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff memberitahu, seperti yang dilaporkan media, kebanyakan saman tertunggak itu membabitkan pemandu warga Singapura (313,661 iaitu 37.4%), diikuti Brunei (48,179), Thailand (17,654),
Indonesia (2,614) dan lain-lain (456,402).
Lebih 300,000 saman trafik warga Singapura masih tertunggak. Mereka masuk ke tempat kita berbondong-bondong untuk menikmati barangan dan perkhidmatan yang lebih murah.
Mereka memborong barang keperluan di pasar dan supermarket kita, menikmati makanan laut di restoran dan gerai kita, mengaut buah-buahan – lebih-lebih lagi durian – dan mengisi penuh tangki kenderaan di stesen-stesen minyak kita.
Dan, mereka melakukan pelbagai kesalahan trafik, tanpa menjelaskan saman, buat 'dhek', balik begitu sahaja.
Satu sahaja cara mengajar mereka: Mana-mana kenderaan yang tidak menjelaskan saman, sekat terus dari memasuki negara kita. Kalau mereka merayu, giliran kita pula buat 'dhek'.
*AKHIR kalam, syabas dan tahniah – saya angkat topi – untuk team Harimau Malaya, khasnya kepada Dollah Salleh, atas kejayaan memasuki final menentang Thailand dalam Piala AFF Suzuki.
Kita menang 4-2 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, setelah tewas 1-2 di bumi sendiri pada perlawanan separuh akhir pertama. Perlawanan akhir pertama akan diadakan di Bangkok pada 17 Disember, disusuli aksi timbal balik pada 20 Disember di sini. Waktu kita kalah di Shah Alam, penyokong kita menggasak dan menyerang penyokong Vietnam. 15 orang dikehendaki polis untuk siasatan. Tetapi penyokong Vietnam tidak mengamuk apabila pasukannya kalah. Itulah beza sikap dan mentaliti penyokong kita dengan penyokong Vietnam.
Kita selalu mendabik dada sebagai negara maju, prasarana sukan terbaik. Tetapi jelas mentaliti sesetengah penyokong kita tidak maju, terlalu rendah, dan memalukan!
TOK PERAK
Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
No comments:
Post a Comment