Monday, December 15, 2014

RG2014... Hutang Negara Tinggi (RM763 Bilion), Bursa Saham Jatuh (1,703), Ringgit Lemah (US$1 = RM3.49). Tidak Jejas Ekonomi Malaysia? Ekonomi Rakyat? [1 Attachment]

 

Hutang Negara Tinggi (RM763 Bilion), Bursa Saham Jatuh (1,703), Ringgit Lemah (US$1 = RM3.49). Tidak Jejas Ekonomi Malaysia? Ekonomi Rakyat?
Posted on Tuesday, December 16 @ 06:15:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol






Hutang Negara Tinggi (RM763 Bilion), Bursa Saham Jatuh (1,703), Ringgit Lemah (US$1 = RM3.49). Tidak Jejas Ekonomi Malaysia? Ekonomi Rakyat? : Corak politik di Malaysia sudah jauh berubah, tetapi masih ramai lagi yang tertinggal di belakang. Berkali-kali Berita Semasa mengatakan yang sebenarnya, kita rakyat Malaysia adalah ahli lembaga pengarah bagi sebuah syarikat yang bernama Malaysia yang mana kita berhak menegur dan memantau prestasi CEO yang kita lagi. Kita boleh...

Kita boleh hormat dia sebagai seorang CEO, cukup setakat itu. Bukannya menjadi hamba kepada CEO dan "pak angguk" semata. Kita tegur sebab apa?

Sebab kita sayang dan mahu jaga kepentingan bersama syarikat kita. Ini bukan soal mahu pilih siapa, Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, tempoh berpolitik dan dan berkempen sudah lama berlalu sejak Pilihanraya Umum ke 13. Sekarang ini waktu untuk bekerja. Bukti kemampuan masing-masing ketika sudah diberikan ruang dan peluang.

Berita Semasa pun tidak mahu menyalahkan 100% di atas bahu kerajaan Malaysia. Ini kerana secara faktanya, ringgit malaysia jatuh disebabkan minyak jatuh dan itu bukan salah kerajaan.

  1. Amerika Syarikat mahu menekan Rusia sebagai pengeluar minyak, yang mana Amerika Syarikat dan sekutu kuatnya Arab Saudi terus melambakkan minyak di pasaran dunia menyebabkan harga minyak dunia jatuh mendadak
  2. Apabila murah, Rusia rugi besar untuk tempoh yang sukar untuk dijangka samada Rusia mengalah dan berhenti menekan dan menyerang Ukraine atau bakal berhadapan Perang Dunia ke 3. Wallahualam.
SUMBER ASAL : Kegawatan & Kemelesetan Ekonomi Jepun Resahkan Malaysia, Amerika Syarikat & Dunia! Kenaikan Cukai Jualan 8% di Jepun Adalah Punca Utama!

Berita Semasa sedar tindakan kerajaan hapus subsidi, perkenalkan GST 6% termasuk juga perjanjian TPPA yang cukup kontroversi itu adalah salah satu daripada mekanisme untuk tarik FDI (Foreign Direct Investment) masuk ke Malaysia.

Ekonomi Malaysia VS Ekonomi Rakyat Marhaen?

Masalahnya sekarang, kerajaan terlalu boros menguruskan dana negara sehingga hutang negara terus melambung ke angka RM763 bilion. Termasuklah isu 1MDB yang cukup kontroversi itu :

  • Kerajaan juga tidak telus kepada rakyat, jikalau susah katakan susah. Jikalau senang katakan senang, jangan diamkan dan sapu "sendirian" di kalangan di atas sana.
  • Perlu bahagi-bahagi "secara saksama" kepada rakyat.
  • Sekali lagi, harapan Berita Semasa jangan layan ahli lembaga pengarah anda aka rakyat Malaysia seperti tidak bersekolah. Cuba anda baca dan perhatikan kenyatan terbaru daripada Wahid Omar mengenai isu ekonomi sekarang ini

Tinjaun Berita Semasa terhadap majlis Federation of Manufacturer Malaysia (FMM) yang berlangsung baru-baru ini, akan ada beberapa lagi aspek sudah mula terjejas :

Eksport Malaysia 2015

  • Dilaporkan industri telah mula jatuh 25pct untuk suku keempat 2014 dan dijangka jatuh lebih tinggi selepas pelaksanaan GST 6%
  • Yang paling terjejas adalah perkhidmatan perniagaan, meningkat kepada lebih 50%
  • Banyak yang tutup perniagaan mereka
  • Jadi akan ada lebih banyak VSS pada 2015 merangkumi kilang, bank (dek kerana modal diperolehi melalui pinjaman bank), perniagaan import
  • Usah diharapkan kenaikan bonus 2014, naik gaji banyak, bos-bos sudah mula berhempas pulas untuk bertahan dalam perniagaan
  • Petronas sendiri bakal memotong 25pct perbelanjaan yang mana banyak sub kontraktor Petronas akan terjejas

Barangan negara kita majoriti 80% buatan China. Apabila ringgit jatuh, harga barangan adakah masih sama? Adakah kenaikan inflasi tidak menjelma? Adakah kenaikan inflasi baik untuk rakyat Malaysia?

__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Check out the automatic photo album with 1 photo(s) from this topic.
560x390xBiodata-Wahid-Omar.jpg.pagespeed.ic.6PfF3zfczt.jpg

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment