Monday, December 8, 2014

RG2014... Kencing Tikus: Pusat rekreasi lengang

 

   Pusat rekreasi lengang

Kategori: Kedah
Diterbitkan: Isnin, 08 Disember 2014 22:47

Alor Setar: Beberapa kawasan pusat rekreasi hutan lipur di negeri ini lengang berikutan kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang dijangkiti virus kencing tikus atau 'leptospirosis' selepas berkelah bersama keluarganya di Titi Hayun, di sini, pada 20 November lalu.

Tinjauan  di Pusat Peranginan Puncak Janing di Padang Terap, di sini, semalam mendapati kawasan itu kurang pengunjung walaupun cuti persekolahan berbanding sebelum ini.

Malah, beberapa kedai makan dan kedai menjual cenderahati turut ditutup disebabkan kekurangan pelanggan yang bimbang untuk mandi di kawasan itu.

Penjaga hutan lipur berkenaan, Mohd Tarmizi Keria, 37, berkata jumlah pengunjung berkurangan walaupun pihaknya sentiasa membersihkan kawasan itu setiap hari bagi mengelakkan dicemari kencing tikus.

Katanya, sebelum ini kawasan itu pernah ditutup kira-kira dua tahun lalu berikutan berlakunya kes kencing tikus di kawasan itu menyebabkan kawasan itu tidak lagi menjadi tumpuan pengunjung.

"Sebelum ini, kereta dan bas pelancong terpaksa diparkir jauh sehingga dua kilometer terutama ketika cuti sekolah tetapi ia semakin berkurangan.

"Papan tanda amaran mengenai virus kencing tikus ini sudah lama dipasang di sini sebagai peringatan kepada pengunjung supaya berhati-hati ," katanya ketika ditemui, di sini,

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment