Wednesday, December 10, 2014

RG2014... Jalan Jalan Masuk Sekolah (JJMS) 2015

 

 

WargaKilang.com has posted a new item, ''

 

Jalan Jalan Masuk Sekolah (JJMS) 2015

http://www.wargakilang.com/jalan-jalan-masuk-sekolah-jjms-2015/

 

Bismillahirrahmanirrahim.

 

Alhamdulillah...InsyaAllah, pada tahun ini pihak NGO WargaKilang sekali lagi akan masuk kampung untuk mendekati warga2 dhuafa' yang rata-rata nya terdiri dari golongan Noreh Getah Orang (NGO...terma yang kami guna untuk kumpulan sasaran penoreh getah), nelayan dan juga warga-warga yang kesempitan hidup, mencari rezeki sekadar kais pagi makan pagi..malah ada juga yang kais pagi baru petang [...]

 

You may view the latest post at

 

 

You received this e-mail because you asked to be notified when new updates are posted.

Best regards,

WargaKilang.com

chejaafar@yahoo.com

 

Jalan Jalan Masuk Sekolah (JJMS) 2015

 

Posted on December 10, 2014 by Che Jaafar

 

 

Bismillahirrahmanirrahim.

 

 

Alhamdulillah…InsyaAllah, pada tahun ini pihak NGO WargaKilang sekali lagi akan masuk kampung untuk mendekati warga2 dhuafa' yang rata-rata nya terdiri dari golongan Noreh Getah Orang (NGO…terma yang kami guna untuk kumpulan sasaran penoreh getah), nelayan dan juga warga-warga yang kesempitan hidup, mencari rezeki sekadar kais pagi makan pagi..malah ada juga yang kais pagi baru petang dapat makan…itu pun kalau ada rezeki buat mereka.

Pada sessi JJMS tahun ini, pihak kami merancang untuk mengadakan JJMS di empat buah negeri dimana NGO Wargakilang sudah sedia bertapak dengan ahli-ahli yang agak aktif menjalankan aktiviti menyampaikan amanah oleh para dermawan dari kalangn ahli NGO Wargkilang.

Jika di izinkan oleh Allah SWT, progran JJMS tahun ini adalah seperti berikut:

1. JJMS Kedah (Daereh Naka) pada 13hb Disember 2014

Tempat Berkumpul : Dewan Seri Mutiara,

Batu 18 Jln Kubur Panjang,

Kg Pokok Pauh,

06400 Pokok Sena, Kedah

Masa : 8.00pagi

Hubungi Sdr Mohd Monier ( 012-412 8209) untuk keterangan lanjut.

Dihadkan kepada maksima 50 buah kereta saja untuk memudahkan kawalan trafik.

2. JJMS Terengganu/Kuantan (Daereh Kemaman dan Kuantan) pada 20hb Disember 2014

Tempat Berkumpul : Masjid Geliga, Kemaman.

Masa : 8.00pagi

Hubungi Sdr Azman Alias (013-9179989) untuk keterangan lanjut.

3. JJMS Kelantan (Kawasan pinggiran Kota Bharu) pada 27hb Disember 2014

Tempat Berkumpul : Masjid Mahligai, Melor.

Masa : 8.00pagi

Hubungi Sdr Che Jaafar (010-4030401) untuk keterangan lanjut.

Seperti biasa, siapa siapa yang ikuti aktiviti JJMS NGO Wargakilang, datang sendirian atau bawa keluarga untuk mendekati kalangan warga Dhuafa' dengan lebh dekat lagi, muhasabah diri tentang adanya golongan yang perlu dibantu dan berkongsi rezeki yang dikurnakan oleh Allah SWT kepada kita, sebagai bekal untuk kita menghadapi Hari Pembalasan di alam akhirat kelak.

 

Peserta peserta boleh membawa apa saja setakat yang termampu (beras, gula, gandum, susu, perlalatan sekolah dll). Kita kumpulkan semua barang2 di tempat berkumpul dan bahagikan barangan terkumpul mengikut jumlah keluarga yang dikenal pasti.

 

Peserta JJMS yang datang tak bawa apa2 (jangan risau tak ada siapa jadi tukang check siapa bawa apa) boleh datang dan membantu dengan kudrat tenaga untuk pikul beras dan barang2 untuk disampaikan kepada keluarga penerima..insyaAllah ada juga tempias pahala untuk kita nanti.

 

Sebagai peringatan pada diri dan kawan2 semua yg bakal menyertai, perbetulkan niat kita, semua usaha ini kita buat kerana mencari redha Allah SWT bukan niat lain seperti nak menunjuk2 ke apa..disamping memenuhi amanah untuk membantu sesama manusia..semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua, InsyaAllah.

JZKK

__._,_.___

Posted by: hazriza <hazriza@soem.sharp-world.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment