Memalukan Negara: Insiden Penyokong Harimau Malaya Pukul Rakyat Vietnam
greenboc.blogspot
Hooligan' kena cekup
Shah Alam: Enam penyokong Malaysia ditahan polis dalam dalam perlawanan separuh akhir Harimau Malaya menentang Vietnam pada Piala AFF di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, lima orang ditahan atas kesalahan membakar suar manakala seorang lagi terbabit dalam pergaduhan dengan seorang penyokong Vietnam.
"Lima lelaki yang ditahan kerana membakar suar di dalam stadium ketika perlawanan berlangsung walaupun arahan untuk tidak berbuat demikian sudah dikeluarkan.
"Seorang lagi ditahan kerana terbabit dalam pergaduhan dengan penyokong Vietnam itu berlaku pada minit terakhir perlawanan susulan provokasi yang dimulakan penyokong Malaysia.
"Pergaduhan itu dapat dileraikan dengan tindakan pantas polis yang bertugas namun penyokong Vietnam yang cedera enggan membuat laporan polis walaupun sudah dinasihatkan berbuat demikian," katanya kepada Harian Metro.
Beliau berkata, semua lelaki berusia 20-an yang ditahan sudah dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi Facebook (FB), menzahirkan rasa kecewa dengan tindakan segelintir penyokong Malaysia yang menyerang penyokong Vietnam.
"Tiada alasan bagi tindakan ganas tersebut. Lebih-lebih lagi terhadap tetamu dalam negara kita. Apakah ini cara kita layan tetamu? Tak kiralah mereka datang melancong ke memang dah kerja sini ke, ini bukan budaya Malaysia," tegasnya.
Menurutnya, beliau masih menunggu laporan rasmi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung perkara itu. -HM
Pergaduhan Penyokong Malaysia Pukul Vietnam AFF Suzuki 2014
Insiden kes pergaduhan penyokong Malaysia pukul penyokong Vietnam pada Semi Final AFF Suzuki 7 Disember 2014.
Insiden separuh akhir pertama AFF Suzuki amatlah memalukan Malaysia sebagai tuan rumah apabila diakhiri dengan kes penyokong Harimau Malaya memukul penyokong Vietnam di Stadium Shah Alam.
Punca pergaduhan itu disebabkan penyokong Malaysia tidak berpuas hati apabila Malaysia tewas kepada Vietnam dengan gol 1-2.
Seperti sedia maklum, kalah dan menang adalah adat pertandingan.
Namun, sikap segelintir penyokong Malaysia yang terlibat dalam pergaduhan tersebut adalah amatlah memalukan negara.
Selepas ini, perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Hanoi Vietnam pada 11 Disember 2014. Apakah nasib penyokong Malaysia ketika di Stadium Hanoi nanti? -melvister.com
ULASAN GB
Like minister like supporter?
__._,_.___
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Minuman para Anbia : http://higoat-2009.blogspot.com/"
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
.
__,_._,___
No comments:
Post a Comment