Wednesday, December 17, 2014

Re: RG2014... Fw: Pengangguran di Malaysia lebih tinggi

 

PADA LOJIKNYA TIDAK SEPATUTNYA WUJUD PEGANGGURAN DI MALAYSIA, SEBAB KITA ADA BERJUTA RAKYAT ASING YANG BERKERJA DI NEGARA INI.

 Budak-budak sekarang pelik sikit, asyik duk tunggu kerja yang dipohon, sedangkan banyak lagi kerja lain yang boleh dibuat untuk sementara tapi malu, segan, malas, tunggu dulu, apa kelas.. dan sebagainya yang mebuatkan mereka lebih selesa dok tidur bangun kat rumah menunggu buah yang tak jatuh.Sedangkan peluang pekerjaan yang ada disambar oleh orang asing yang hidup di negara kita bagai di syurga. 

Cuba kita tengok, ke mana-mana kita pergi akan jumpa rakyat asing yang mengisi kekosongan ruang pekerjaan di negara kita. Kalau dulu, hanya sektor pembinaan saja dimanopoli oleh majoriti pendatang dari Indonesia. Tapi sekarang warga Myanmar, Bangladesh, Nepal, Pakistan, India, China, Nigeria, Iran, dan seluruh dunia memonopoli sebarang pekerjaan yang ada di negara kita seperti perladangan, perkilangan, pasar raya, pembantu kedai, jadi sekuriti guard, tukang kebun sekolah, kerja kat kantin sekolah, berniaga, pemotong rumput, pekebun sayur, tukang sapu di hospital, tukang sapu dan tukang kebun di Ibu Pejabat Polis dan di mana-mana saja tentu ada warga asing yang bekerja. Rakyat kita di mana??? atas katil sedang tidur. Pukul 12 tengah hari tak bangun tidur lagi. Bangun tidur terus salahkan kerajaan."anak kera di hutan di susukan, anak sendiri mati kelaparan ".

20 tahun lepas memang susah nak tengok rakyat asing yang kerja seperti aku sebutkan di atas kecuali kerja buruh binaan di tapak-tapak pembinaan yang dimonopoli oleh buruh dari Indonesia. Awal tahun 90-an dulu aku pernah kerja cuci tandas kat Bangunan Mas Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur. Semua rakan sekerja ku yang lain rakyat Malaysia. Aku dulu pernah jadi tukang kebun kat Saujana Impian Golf, Kajang. Semua rakan sekerja aku ialah rakyat Malaysia. Aku dulu pernah bekerja di kilang buat tilam Aerofoam kat Batu Caves. 

Semua rakan sekerja aku rakyat Malaysia. Aku dulu pernah bekerja di Kilang perabot juga kat Batu Caves, Jadi konduktor bas mini sambilan, kerja cuci kapal terbang kat Subang Aiport, Kerja attendant snooker kat Marcopolo snooker Jalan Raja Chulan, kerja di kantin makan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, kerja kat kilang Malaysia Mosaic Air Hitam, Johor. Akhir sekali aku kerja kat kilang buat bearing komputer di NSK, Balakong sebelum aku sambung belajar kemudian jadi cikgu. Semuanya rakan sekerja aku rakyat Malaysia yang memegang IC warna biru.

Oleh sebab rakyat kita yang suka menganggur, telah memberi ruang dan peluang kepada rakyat asing terus-terusan datang memenuhi ruang di negara kita. Mereka balik seorang, kemudian datang bawa lagi sepuluh orang. Kemudian balik pula dua orang, bawa datang lagi dua puluh orang, semua dibawa datang, anak buah, pak penakang, mak saudara, kawan-kawan dan jiran-jiran bekerja di sini. 

Oleh Mat Din


2014-12-01 0:43 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 

Pengangguran di Malaysia lebih tinggi berbanding Thailand, Singapura

telokbakong.blogspot
wak-labu.blogspot
Posted by
 

KUALA LUMPUR, 27 NOV: Kerajaan perlu mengambil langkah segera menangani masalah pengangguran dan guna tenaga tidak penuh (underemployment) di kalangan anak muda kerana memberi kesan buruk pada jangka masa panjang.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim berkata, antara langkah perlu diambil adalah berkaitan mutu pendidikan, latihan dan pekerjaan.

“Mutu pendidikan, latihan dan pekerjaan hari ini amat penting kerana kesannya akan kekal sekurang-kurangnya untuk satu dekad.

“Jika tiada langkah signifikan diambil hari ini, kita akan lihat kesan buruknya.

“Bukan sahaja kepada anak muda, tetapi ekonomi negara keseluruhannya sepuluh tahun daripada sekarang,” kata Steven dalam sesi perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2015 bagi peruntukan Kementerian Sumber Manusia semalam.

Beliau merujuk artikel The Economist edisi September 2011 berhubung kajian di Amerika Syarikat dan United Kingdom yang mendapati pengangguran awal 20-an meninggalkan ‘parut gaji’ yang memberi kesan kepada mutu pekerjaan ketika menginjak usia 30 tahun.

Dalam sesi perbahasan sebelumnya, beliau membangkitkan jawapan Parlimen

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot sebelum ini berkata, pengangguran anak muda di Malaysia pada kadar 10.4 peratus, lebih tinggi berbanding negara jiran seperti Thailand (3.4 peratus) dan Singapura (7 peratus).

Berhubung aspek guna tenaga tidak penuh, Kementerian Sumber Manusia menyatakan majoriti anak muda (usia 15-24 tahun) bersamaan 67 peratus mendapat gaji RM1,000 ke bawah dan 21 peratus lagi antara RM1,000 hingga RM1,500.

“Berpandukan paras kemiskinan kerajaan Pakatan Selangor pada RM1,500, 88 peratus adalah dalam kategori miskin.

“Ini juga menunjukkan sistem pendidikan kita termasuk program latihan semula yang gagal memberi pekerjaan yang bagus kepada anak muda,” kata Pengarah Pendidikan Politik Pemuda DAP itu lagi.

Justeru itu, beliau menggesa kerajaan membuat kajian terperinci berhubung isu ini.

“Hari ini, tiada banyak maklumat tentangnya. Sedangkan kita perlu memahami masalah ini dengan lebih baik bagi merangka penyelesaian yang lebih baik.

“Saya menyeru Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama kementerian berkaitan mengeluarkan laporan NEET (Not in Education, Employment or Training) yang digunakan banyak negara untuk lebih memahami masalah anak muda ini,” katanya lagi. – Roketkini.com
 



--

Salaam & Regards

Amri el Wahab


My Facebook: https://www.facebook.com/amri.elwahab
My Blog: http://fitrahislami.wordpress.com



__._,_.___

Posted by: amri el wahab <amriwahab@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment