Wednesday, October 22, 2014

Re: RG2014... Fw: Apa akan berlaku apabila tanpa Anwar, Nik Aziz, Kit Siang?

 

Dgn berlalunya beberapa isu bermula langkah kejang, tukar MB, p.pinang dll...PR telah reput & x berbisa lg.

Sikap nuar pkr & dap, sbg faktor utama kereputan pr.

PAS shj yg konsisten sejak dulu, "buat baik cegah munkar"...
Tanpa TGNA, PAS terus bertahan selagi ianya d kemudi oleh ulama spt TGNA...insyaAllah
Tapi jika d ketuai oleh org mcm mat sabun, hancus...

Allahu'alam

"'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:

 



 

Apa akan berlaku pada Pakatan Rakyat apabila tanpa Anwar, Nik Aziz, Kit Siang?

kedahlanie.info
– Sheikh Omar Ali


Minggu lalu saya di Sarawak. Dalam perjalanan pulang semasa di lapangan terbang Kuching, saya sempat menegur seorang pakcik.

Niat saya bersahaja, nak ringankan mulut bersembang santai.

Tak sangka, rupanya beliau baru selesai menghadiri 'gathering' kawan-kawan lama di hotel Pullman Kuching bersama Datuk Seri Zahid Hamidi - Menteri Dalam Negeri.

Saya ambil peluang bertanya. "Datuk kata apa tentang nasib Anwar menjelang 28 Oktober ni?" jolok saya selamba.

"Anwar confirm masuk penjara. 7 tahun..." ujar beliau bersungguh.

Betul atau tidak, wallahua'lam.

Saya tanya lagi "Zahid tak boleh buat apa-apa ke? Mereka kan kawan baik."

Dia kata Zahid sendiri sedang menuju puncak kuasa.

Untuk bertindak menyebelahi Anwar walaupun dengan sekadar menunjukkan rasa simpati, itu langkah yang tidak bijak!

Menyedari hal ini, saya sedar.

Dan saya yakin PR juga pastinya sudah lama sedar! Akhirnya mereka perlu berjuang tanpa sosok pemimpin tiga serangkai - Anwar, Nik Aziz dan Lim Kit Siang.

Biarpun pemimpin silih berganti, namun untuk berhadapan dengan PRU-14 yang akan datang, 'something need to be done' melangkaui tiga sosok ini.

Teringat kata-kata Suhaizan Kayat dalam ucapan dasar muktamar Pemuda PAS Malaysia ke-55 yang lalu.

Beliau ada menyebut Kelantan perlu bersedia untuk berhadapan politik negeri lubuk PAS itu tanpa Tuan Guru Nik Aziz satu hari nanti.

Dan apabila saat itu datang, jalannya tidak lagi semudah hari ini.

Pada hemat saya, bukan sekadar negeri Cik Siti Wan Kembang sahaja.

Malaysia dan Pakatan Rakyat umumnya juga perlu bersedia kearah itu.

Tidak melampau jika saya katakan, Tuan Guru Nik Aziz pada tahap kemuncaknya sudah dianggap Tok Guru kepada 52% rakyat Malaysia yang mengimpikan perubahan.

Ya, kita bercakap tentang 52% rakyat Malaysia pelbagai latar yang menyokong PR pada PRU yang lalu.

Lantas, apa lagi kekuatan 'melangkaui tiga sosok' ini yang perlu PR ada?

Politik idea & politik solusi

Jika saya mampu menjadi representasi kepada anak muda dari kalangan 52% itu, saya ingin melihat PR pada tahap ini menerobosi tembok-tembok politik emosi dan politik 'fire fighter'.

Iklim politik untuk Malaysia baru yang diidamkan haruslah bersifat politik idea dan solusi kepada permasalahan dihadapi rakyat akibat kepincangan urus tadbir dan tatakelola yang diwariskan Umno BN.

52% rakyat sudah tentu muak dengan politik kebencian Umno BN yang menjangkau usia lebih 50 tahun.

Namun harus diingat, jangan salahkan mereka jika ada juga yang merungut sudah mula menyampah dengan 'politicking' PR apabila turut sama gagal untuk keluar dari politik yang tidak mahu menerobosi lingkungan sentimen emosi semata-mata.

Octoberfest & politik solusi

Isu Octoberfest baru-baru ini sebagai contoh, benar-benar menguji terjahan politik baru yang ingin diterokai PR.

Inilah antara masanya rakyat ingin melihat solusi yang PR mampu tawarkan.

Rakyat mahukan idea, polisi alternatif dan penyelesaian tuntas.

Ia berhajat kepada perbincangan yang lebih mikro melangkaui manipulasi sentimen emosi rakyat semata-mata. Melangkaui retorik.

Ini bukan lagi sekadar musim bantah membantah, tetapi 52% rakyat Malaysia ingin melihat kematangan PR mengemukakan polisi dan idea yang mampu dilaksana (workable) sesuai dengan kerencaman rakyat Malaysia yang ada.

Rakyat akan bertanya, "jika kamu bantah, so what? Kamu bukan taliban, but you need to prove it!"

Ini bukan semata-mata masa untuk mengatakan halal atau haram kepada arak, ini masanya PR membawa pencerahan kepada rakyat, bagaimanakah implementasi dasar yang ingin dilaksanakan jika mereka yang ingin dilihat sebagai 'government in waiting' menguruskan isu dengan damai, bijaksana, menepati prinsip dan tidak sedikipun dilihat menidakkan apatah lagi menindas hak serta pegangan rakyat yang pelbagai.

Ini Malaysia.

Ini negara kita.

Negara unik dengan kepelbagaian latar rakyat yang seharusnya mampu menginspirasikan kaedah serta teori yang berbeza-beza serta fleksibel.

Pasti ianya tidak mudah namun inilah cabarannya.

Dalam kompleksiti inilah PR akan diuji sejauh manakah mereka mampu menjadi pemain utama untuk politik baru di Malaysia. Politik yang terhindar dari ketakutan serta prejudis dalam kemajmukan.

Kegagalan PR mengisi keperluan ini akan hanya menyambung hayat Umno BN untuk terus kekal berkuasa. Dan pastinya menjadi mimpi ngeri buat Malaysia dan warganya! – 16 Oktober, 2014.

* Penulis merupakan Pemuda PAS Johor & pembantu kepada Ahli Parlimen Kluang

__._,_.___

Posted by: senapang patah <senapangg@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment