Thursday, October 9, 2014

RG2014... Fw: 170,000 peminjam PTPTN akan masuk CCRIS

 



170,000 peminjam PTPTN akan masuk CCRIS

telokbakong.blogspot
wargamarhaen.blogspot
Mereka diantara 170,000 orang yang bergaji lumayan tetapi langsung tidak datang ke PTPTN dalam tempoh tiga tahun untuk berbincang mahupun membuat sebarang bayaran.
 
PUTRAJAYA: Sebanyak 170,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tidak menjelaskan pinjaman mereka bermula tahun 1998 hingga 2010.

Menurut Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sebanyak RM 1.2 bilion merupakan hutang yang tidak dijelaskan oleh peminjam-peminjam PTPTN ini.

"Kita ada maklumat peminjam dan tahu ada di antara mereka yang bergaji lumayan tetapi langsung tidak datang ke PTPTN dalam tempoh tiga tahun untuk berbincang mahupun membuat sebarang bayaran," katanya.

Katanya, pihak PTPTN sedia berunding untuk mencari jalan penyelesaian dan membuat perbincangan mengenai pembayaran mengikut kemampuan peminjam sebelum mengambil tindakan tegas.

"Mereka diberi peluang untuk berbincang mengenai kaedah pembayaran balik sebelum nama mereka disenarai dalam sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

"Bila kita umum pelaksanaan langkah itu nanti, kita akan beri tempoh tiga bulan untuk peminjam berbincang dan seterusnya membuat bayaran," katanya menerusi laporan bernama.

Jelasnya sebelum ini pihak PTPTN bersikap fleksible, namun ada dalam kalangan peminjam yang mengambil kesempatan dengan tidak membuat pembayaran balik.
 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment