Monday, October 20, 2014

RG2014... Fw: HUJAN BARU 10 MINIT, DAH BANJIR

 



HUJAN BARU 10 MINIT, HENTIAN BAS SEKSYEN 20, SHAH ALAM DAH BANJIR .... MOHON AZMIN TURUN PADANG BUAT TERJAHAN MAUT.

omakkau.blogspot.

Baru sahaja hujan lebat  tidak sampai 10 minit, jalan hadapan hentian bas di Seksyen 20, Shah Alam sudah digenangi air .

Suasana tersebut sekaligus mencetuskan suasana panik terhadap pembonceng motosikal yang meninggalkan motor mereka untuk berlindung di situ kerana, limpahan air hujan tersebut hampir-hampir 'menenggelamkan' motor mereka.

"Saya baharu sahaja berhenti 'parking' motor saya disini, hujan terlalu lebat… tetapi baru sahaja 'parking', motor saya dah hampir hanyut, jadi terpaksalah saya ubah dengan kadar segera," kata seorang pembonceng motorsikal tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad.

Dalam pada itu, pemerhatian Sinar Online mendapati punca kejadian itu terjadi adalah disebabkan oleh keadaan parit yang tersumbat dan keadaan tempat menunggu bas tersebut yang terlalu rendah sehingga mudahnya aliran air 'berkumpul' di kawasan tersebut.

Oleh itu, kepada pihak berkuasa tempatan diharap turun padang menyiasat punca tersebut, bagi memastikan tidak berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

MOHON SEMUA YANG DIBERIKAN AMANAH DAN TANGGUNG JAWAB AGAR TURUN PADANG BUAT TERJAHAN .. JANGAN LUPA JEMPUT MB SELANGOR KITA SEKALI SEBAB PERMASALAHAN INI DIKATAKAN AKAN DAPAT DISELESAIKAN DENGAN SEGERA.
 
 

BANJIR KILAT MELANDA RAWANG LAGI ..... MOHON AZMIN TURUN PADANG BUAT TERJAHAN MAUT.

omakkau.blogspot.
Nampaknya kejadian banjir kilat bila berlakunya sedikit hujan lebat di Rawang, Selangor bukannya suatu yang menghairankan, malahan sudah berbunyi dikalangan rakyat, jika hujan turun agak lebat tidak berlaku banjir kilat, itu sudah amat menghairankan.

Petang tadi telah berlaku lagi sekali insiden yang rakyat tidak hairan langsung ... hujang turun agak lebat maka berlakulah banjir kilat.

Puncanya ialah sistem perparitan yang tidak sempurna ...

Mohon ADUN Rawang Gan Pei Nei jemput Dato' Menteri Besar Selangor turun ke Rawang membuat terjahan turun padang .. Masa inilah nak pelawa MB Selangor yang cukup terkenal seantaro dunia sebagai MB ala-ala Jokowi .. jenis turun padang buat terjahan.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment