Wednesday, October 8, 2014

RG2014... Fw: Minyak Naik Harga Barang Keperluan Pun Naik, Ini Bukti Nya...

 



Kaedah turunkan harga petrol

Dilulus untuk paparan oleh lararatu

tranungkite.net

 "

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :

"Barang siapa mempunyai apa² hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah SWT, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya."

Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
" Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka² yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah SWT akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.


" La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin. " (Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang² yang zalim.)"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
mahmod
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

 

Minyak Naik Harga Barang Keperluan Pun Naik, Ini Bukti Nya...

bloglist-malaysia.blogspot
idaman78.blogspot

Sedia import barang keperluan atasi kenaikan harga
 
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia mengimport lebih banyak barang keperluan seperti ikan, sayur, dan daging dalam usaha menangani kenaikan harga berikutan langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak baru-baru ini.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah sama pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini dan ia ternyata
berjaya menstabilkan semula harga barangan berkenaan.

Beliau berkata hanya dengan lambakan barangan keperluan itu mampu memastikan kenaikan harga barang tidak berlaku sekali gus mengurangkan bebanan rakyat.

"Kementerian akan mengimport barangan keperluan tersebut jika berlaku kekurangan bekalan.

Walaupun ia tidak digalakkan tetapi ini merupakan satu alternatif kementerian untuk mengatasi kenaikan harga barangan berikutan pengurangan subsidi minyak," katanya.

Ismail Sabri yang juga anggota Parlimen Bera berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan korban
Perdana Parlimen Bera membabitkan 150 ekor lembu di perkarangan Masjid Daerah Bera di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, kementerian menyasarkan sekurang-kurangnya sebanyak 50 peratus nelayan akan menceburi penternakan ikan sangkar dalam laut, manakala selebihnya akan menyertai penternakan ikan sungai menjelang tahun 2020.

Ismail Sabri berkata setakat ini tidak sampai 10 peratus nelayan sama ada nelayan laut dan nelayan sungai yang terlibat dalam bidang berkenaan.

"Kita berharap dalam pembentangan Bajet 2015 pada Jumaat ini, peruntukan kepada kementerian akan ditambah bagi membolehkan lebih banyak projek dapat dilaksanakan untuk golongan petani, penternak dan peladang di negara ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata lebih 1000 buah lagi pasar tani akan diwujudkan menjelang tahun 2020 di seluruh negara dan menurutnya ketika ini terdapat 500 pasar tani.

Katanya, ia dapat membantu golongan petani dan peladang memasarkan terus hasil ladang selain dapat mengurangkan cengkaman orang tengah, manakala penguna pula mendapat harga murah dan barangan segar.

- Bernama
 
 
Minyak Naik: Isunya harga barang turut melambung lebih 20 sen

Dilulus untuk paparan oleh lararatu

tranungkite.net
 Oleh Ku Seman Ku Hussain

Mulai Rabu lalu untuk membeli petrol RON95 dan diesel, kita kena tambah 20 sen seliter. Maknanya kalau sebelum ini kita mengisi minyak 40 liter, kita kena tambah lebih kurang RM8. Walaupun kena bayar lebih tetapi jangan risau harga minyak tidak naik. Saya yang lemah matematik menerima hujah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bahawa harga minyak tidak naik tetapi hanya subsidi dikurangkan.

Lebih meyakinkan apabila kenyataan daripada KPDNKK menyebut, walaupun terpaksa membayar lebih tetapi tidak membebankan rakyat. Kata menterinya, Hassan Malek, jika berlaku inflasi pun, ia amat sedikit. Maknanya tidak memberi kudis pun kepada rakyat miskin. Pada masa sama RHB Research menganggarkan kadar inflasi akan naik hingga 3.4% berbanding 2.1% pada 2013. Tetapi kita kena percaya kata Hassan sebab
dia ialah menteri.

Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan pula tampil dengan hujah hebat yang boleh menyejukan sesetengah daripada kita apabila membandingkan harga petrol dan diesel negara
ini jauh lebih rendah di pasaran dunia. Ini sudah cukup bagus, siapa kata harga minyak kita mahal.
 Daripada penjelasan ini kita tidak nampak kenapa kerajaan harus apologetik apabila mahu mengurang atau menarik langsung subsidi minyak.

Lagi pun bukankah semua itu untuk kepentingan rakyat? Sebahagian rakyat percaya hasil pengurangan subsidi itu akan menambahkan hasil pendapatan negara. Malah yakin kerajaan akan menggunakan dengan berhemah, tidak boros kepada tujuan yang bukan untuk rakyat. Kenapa anda tersenyum? Adakah yang saya tulis ini terlalu ideal hingga tidak masuk akal? Rakyat faham bahawa kenaikan harga sesuatu barang termasuk petrol dan diesel tidak dapat dielakkan. Buktinya kenaikan harga minyak bukan pertama kali berlaku tetapi sudah banyak kali. Ini menunjukkan rakyat terima keadaan ini walaupun sesetengahnya dalam keadaan terpaksa. Jadi, isunya bukanlah sangat terhadap kenaikan harga minyak (atau kurang subsidi).

Tetapi lebih kepada bagaimana menangani kebimbangan rakyat tanpa meremehkan pemikiran mereka. Sebabnya sebelum ini banyak jawapan kitar semula, basi, bersilat dengan frasa 'kurangkan subsidi' bukan 'harga naik' dan sebagainya. Pendek kata, banyak yang kurang meyakinkan daripada meyakinkan. Dalam laman-laman sosial seperti WhatsApp misalnya sejak Khamis lalu sudah banyak bertebaran cerita satira termasuk mengingatkan supaya jangan ada pihak mengitar semula jawapan lapuk seperti sebelum ini. Kata mereka, jangan buat macam Astro yang kerap sangat mengulang siar hingga penonton jadi bosan.

Sebabnya rakyat melihat selangkah ke depan selepas subsidi minyak dikurangkan. Banyak harga barangan lain terutama makanan akan dinaikkan sesuka hati. Rakyat bukanlah kedekut sangat untuk bayar lebih 20 sen. Tetapi isunya disebabkan kelemahan penguatkuasaan untuk membanteras lintah darat, serba-serbi menjadi mahal. Sayugia dimaklumkan bahawa hanya dua barang sahaja yang tidak boleh dinaikkan harganya tanpa kelulusan KPDNKK iaitu gula dan topeng mulut. Harga barangan lain mengikut permintaan dan faktor-faktor semasa yang tiada ukurannya.

Buktinya tauke-tauke ayam yang menetapkan harga bukan KPDNKK. Sebab itu harga ayam tidak sama antara satu tempat dengan yang lain. Harga tambang bas sekolah pun ikut suka bukannya ditentukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) lagi. Sudah pasti tambang dinaikkan kononnya tauke bas kena bayar lebih 20 sen, mereka rembat berpuluh kali ganda daripada 20 sen. Sesetengah pihak berkata, mereka akan memastikan barang keperluan dijual dengan harga berpatutan dan tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang mengaut keuntungan berlebihan. Bagus. Kenyataannya menarik dan sangat 'seksi'.

Tetapi kita kena tanya juga skala 'berlebihan' itu berapa? Harga 'berpatutan' itu apa skalanya? Apa formulanya untuk menetapkan harga patut dan tidak patut? Apabila menteri dan penguat kuasa membuat 'rombongan Cik Kiah' ke pasar-pasar dengan menjemput wartawan dan jurugambar turut serta, itu bukan operasi harga barang tetapi tanda harga barang. Pendek kata, kalau hendak mengurangkan subsidi tidak usah banyak berdalih, bersilat dan macam-macam istilah yang tujuannya mengelak untuk menyebut 'kenaikan harga minyak.' Buat sahaja dan rakyat akhirnya terpaksa menerima apa yang telah diputuskan oleh kerajaan.

Selama ini pun rakyat menerima segala kenaikan harga barang, maaf 'pengurangan subsidi' dengan hati yang terbuka. Cuma mereka tidak suka kalau ada pihak seolah-olah memperbodohkan dengan memberikan alasan-alasan basi dan retorik. Misalnya mereka tahu bahawa menggunakan gula berlebihan boleh mengakibatkan kencing manis. Tetapi tidak usahlah memberi alasan bagusnya harga gula dinaikkan untuk mengurangkan kencing manis.

Antara permintaan yang banyak disebarkan menerusi WhatsApp ialah jangan lagi memberi alasan harga minyak di negara ini jauh lebih rendah berbanding beberapa negara lain terutama yang jauh lebih mundur. Jangan bagi alasan untuk mengurangkan faedah subsidi petrol kepada golongan kaya kerana kononnya memiliki kereta besar dan jangan bagi alasan mengurangkan aktiviti penyeludupan. Semua itu rakyat sudah tahu. Dan akhir sekali kalau mereka minta jangan biarkan sesetengah 'ulama politik' mengeluarkan kenyataan bahawa harga barang ialah satu takdir Allah.

Itu hujah 20 sen namanya.
-um

sumber
 

BOLEH MENANGIS MACAI UMNO BILA BACA SINDIRAN INI

bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot.
 
 

Harga Minyak - Macai Kena Kutuk

bloglist-malaysia.blogspot
 




__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment