Wednesday, October 8, 2014

RG2014... Fw: PELAJAR YANG GAGAL BAYAR PTPTN DISERU BERTAUBAT

 



 

PELAJAR YANG GAGAL BAYAR BALIK PINJAMAN PTPTN DISERU BERTAUBAT .... YANG HUTANG DENGAN BANK NEGARA APA CERITA?????

omakkau.blogspot
 
Pelajar-pelajar yang majoritinya anak desa, luar bandar, pendalaman dan rancangan-rancangan Felda dimana ibu bapanya kebanyakkannya adalah penyokong dan pengundi tegar UMNO/BN telah diminta bertaubat dan diminta bayar balik pinjaman PTPTN.

Para taikun yang kaya raya berhutang berbillion ringgit dengan Bank Negara langsung tidak diminta agar bertaubat.

Lebih 500,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sehingga kini masih liat membayar balik pinjaman masing-masing walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan oleh kerajaan.

Kecewa dengan keadaan itu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengingatkan para peminjam khususnya yang beragama Islam agar menjelaskan pinjaman kerana hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut.

"Lebih 500,000 peminjam PTPTN tidak membayar balik pinjaman walaupun pelbagai langkah sudah diambil sehingga menjejaskan peluang para pelajar lain yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan pinjaman.

"Kepada peminjam ini bertaubat dan bayarlah hutang. Hutang wajib dibayar walau tidak dituntut," katanya semasa menggulung Rang Undang-undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) (Pindaan) 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Kroni dan keluarga pemimpin Umno BN paling banyak berhutang iaitu RM210.5 bilion (b) atau 19.5 peratus dari jumlah keseluruhan pinjaman dalam sistem perbankan negara.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, 12 peminjam terbesar perbankan negara, tidak termasuk Petronas antaranya,  UEM Khazanah (RM23b), Tenaga Khazanah (RM19b), Axiata Khazanah (RM12b), Plus Khazanah (RM12b) dan IHH Healthcare Khazanah (RM13b).


"Manakala enam kumpulan bukan GLC (agensi kerajaan) iaitu YTL – Tan Sri Francis Yeoh, Syed Mokhtar, Ananda Krishnan, mendiang Lim Goh Tong, Vincent Tan dan William Cheng terdedah kepada pinjaman berjumlah RM134.84 bilion dan membentuk 10 peratus daripada keseluruhan jumlah pinjaman dalam sistem tersebut," katanya.


"Bukankah Bank Negara punyai garis panduan menghadkan pinjaman kepada sesebuah syarikat atau individu? Apakah jumlah pinjaman ini mengikut garis panduan yang dibenar Bank Negara?" soal Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam teks perbahasan beliau hari ini.


Menurut laporan Pengurusan Pinjaman, Pasaran Kewangan dan Aktuari Kementerian Kewangan merekodkan pinjaman YTL sebanyak (RM53b), Kumpulan Syed Mokhtar (RM34b), Kumpulan TS Ananda Krishnan (RM18b), Genting (RM16b), Berjaya (RM8b) dan Lion Group (RM3.8b).


Tegas Anwar, negara tidak boleh membiar rakyat menanggung risiko ketika krisis ekonomi dan kewangan, sedangkan peminjam-peminjam terus menikmati kemewahan.


"Sistem perbankan sudah banyak kali runtuh dan terpaksa diselamatkan kerajaan. Kita pernah mengalami 'Skandal BMF' yang membankrapkan Bank Bumiputra.


"Kumpulan Carian dipunyai George Tan diberi pinjaman mencurigakan sebanyak RM2.5 bilion dan sistem kewangan runtuh pada 1998-99. Bank-bank terdedah kepada pinjaman yang dicagar dengan aset yang susut nilai akibat krisis kewangan Asia 1999.


"Kerajaan kemudian terpaksa bail-out melalui Danamodal dan Danaharta dan penggabungan bank dalam negara," jelas Anwar.

 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment