Monday, October 6, 2014

RG2014... Fw: Pemilik homestay letak kamera CCTV

 



Pemilik homestay letak kamera CCTV di bilik air 'skodeng' pelanggan

bloglist-malaysia.blogspot
kl-today.com
by admin

Seorang pengusaha homestay dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, Rabu, atas tuduhan merakam gambar tiga lelaki dan lima wanita mandi dalam keadaan bogel, melalui mini kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bilik air homestay itu pada Julai lepas.Tertuduh Lim Lai Heng, 42, mengaku tidak bersalah selepas lapan pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadaapan Majistret Haslinda A. Raof.Lim didakwa hendak mengaibkan kehormatan mangsa dengan sengaja merakam gambar keluarga itu melalui mini CCTC yang dia pasang dalam bilik air tingkat atas homestay berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terhadap mangsa berumur 17 tahun hingga 53 tahun di Ipoh Garden Homestay, Jalan Pekeliling Tasek, Taman Canning di sini pada pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam, 27 Julai lepas.

Bagi kesalahan itu, Lim boleh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman memohon mahkamah memberi jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Justeru itu, peguam yang mewakili tertuduh, Stephen Su berkata tertuduh telah memberi kerjasama yang baik kepada pihak polis dan memohon jaminan dikurangkan.

Majistret menetapkan jaminan sebanyak RM28,000 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan sekiranya tertuduh mendekati mangsa, jaminan akan dibatalkan dengan sendirinya.

Katanya tarikh sebutan kes pada 10 Nov depan.

 

[WASPADA] Penginap Homestay Dirakam Dengan CCTV


Rakam aksi bogel guna CCTV

IPOH - Seorang ahli perniagaan dikenakan wang jaminan RM28,000 di Mahkamah Majistret Ipoh, semalam, selepas mengaku tidak bersalah atas lapan pertuduhan merakam gambar bogel lima wanita dan tiga lelaki di sebuah inap desa di Taman Canning, di sini, Julai lalu.

Lim Lai Heng, 42, yang juga pemilik inap desa tersebut didakwa melakukan perbuatan tersebut menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) mini yang dipasang di bilik air tingkat atas rumah berkenaan.

Dia didakwa mengaibkan lapan sekeluarga berusia antara 17 hingga 53 tahun dengan sengaja merakam gambar mangsa sedang mandi dalam keadaan bogel antara jam 2.30 petang hingga 11.30 malam 27 Julai 2014 di Ipoh Garden Homestay.

Berikutan itu, Lai Heng didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Naidatul Athirah Azman mencadangkan supaya ahli perniagaan terbabit dikenakan denda sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Stephen Su memohon supaya jaminan dikurangkan kepada RM2,000 bagi setiap pertuduhan memandangkan anak guamnya memberi kerjasama baik dengan polis sepanjang siasatan dijalankan.

Majistret Haslinda A Raof kemudiannya menetapkan wang jaminan RM3,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan memberi syarat tambahan supaya Lai Heng tidak mendekati mangsa.
 
Menurutnya, jika tertuduh mendekati mangsa, secara tidak langsung, jaminan akan terbatal secara automatik. Beliau turut menetapkan 10 November ini sebagai sebutan semula kes.

Terdahulu, Lai Heng yang memakai kemeja biru dan berseluar panjang hanya menundukkan wajahnya di dalam mahkamah ketika peguam bela memohon jaminan ke atasnya dikurangkan.

Dia turut membalut kepalanya dengan kain dan menutup mukanya menggunakan beg ketika tiba di mahkamah semalam.
-SH
 
Putra IJ80 said...

Sekarag di mana saja kita sudah tidak ada lagi kebebasan...

Tapi ada baik nya utk kita senantiasa berhati hati dalam apa jua pergerakan tindakan tingkah laku adat sopan.....

Dan ia elok di jadikan Ingatan bahawa Allah juga melihat apa yg kita zahirkan apa yg kita rahsiakan dan apa yg kita usahakan...


Anonymous said...

Naik kan harga kamera dan peralatan sebanyak 20 sen supaya gejala ini dpt di hapuskan

Anonymous said...

dzamn yg serba cnggih dgn tknolgi trkini kebebsn mnusia x trjamin lgi. ada baiknya krjaan mngkji smula akta ksalhn sprti ini kpd hukmn bert iaitu sebatn dn premis dsita slma 5 thn x dbnrkn operasi ursniaga penginpn.

sa`ad said...

Manusia itu mulia kerana di beri aqal untuk memikir ketika hendak melakukan sesuatu perkara.Oleh kerana dia di tidak mengawal nafsu yang ada padanya,maka jadilah dia lebih hina darpada binatang. Ikut hati mati,ikut rasa binasa,ikut nafsu lesu.
Sepatutnya kita kena ikut jalan Iman,baharulah aman

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment