Monday, October 20, 2014

RG2014... Fw: PULAK DAHHHH!!.. SEKARANG TANGGUNGJAWAB PUTRAJAYA.

 



PULAK DAHHHH!!!!! .... SEKARANG ISU LEBUHRAYA KIDEX SUDAH MENJADI TANGGUNGJAWAB PUTRAJAYA.

omakkau.blogspot.

Sebelum ini bukan main punya garang dan bengis para wakil rakyat terutamanya dari DAP mendesak TSKI hentikan Projek Lebihraya Kinrara-Damansara (KIDEX) sampai menuduh beliau sebagai ada kepentingan peribadi ... dan dijadikan salah satu alasan utama mengapa perlunya beliau diturunkan dari takhta Menteri Besar Selangor dalam kadar segera jika tidak peluang Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Selangor pada PRU 14 akan datang dikira tipis.

Dijajalah satu Selangor dengan roadshownya ... alih-alih hari ini Putrajaya pula dipersalahkan bukannya tanggungjawab kerajaan Negeri Selangor.

Patutlah sejak kebelakangan ini Tony Pua senyap macam dah tertelan kapur barus .. langsung tidak berbunyi sepatah haram pasal KIDEX ni.... rupa-rupanya ini adalah tanggung jawab kerajaan Pusat dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan negeri.

Sebab itu alasan-alasan yang dijaja dan dihebahkan kenapa perlunya TSKI turun dari jawatan Menteri Besar, rakyat yang berfikiran waras yang mampu berfikir dan menilai tidak mau menerimanya.

Nah!!! sekarang satu persatu terbongkar terburai habis... Sebab itu hentikan politik sandiwara keliru rakyat ini... Bukan kerja mudah nak buat pulih imej yang tercalar teruk.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mahu Putrajaya bertanggungjawab terhadap syarikat konsesi Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) yang akan tamat tempoh peluangnya mengendalikan projek itu bulan depan.

"Itu (tanggungjawab) kerajaan persekutuan, bukan negeri. Kena rujuk (kerajaan) pusat," katanya kepada pemberita selepas program turun padang kawasan Pelabuhan Klang di Pulau Ketam, hari ini.

Azmin berkata, pihaknya sedia berbincang dengan Putrajaya bagi menyelesaikan isu pembinaan lebuh raya kontroversi itu serta beberapa projek sistem pengangkutan yang diumumkan dalam Bajet 2015 minggu lalu.

Antaranya, Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang bernilai RM5.3 bilion, Lebuhraya Pantai Barat Taiping-Banting (RM5 bilion), Lebuhraya Damansara-Shah Alam (RM4.2 bilion), projek MRT2 Selayang-Putrajaya (RM23 bilion) dan projek LRT3 Shah Alam-Klang (RM9 bilion).

"Di Parlimen, saya meminta pembangunan yang libatkan Lembah Klang dan Selangor perlu dibincangkan bersama kerana melibatkan kepentingan rakyat," katanya.

Azmin semasa perbahasan di Dewan Rakyat semalam mempersoalkan projek mega yang dircancang Putrajaya tanpa melibatkan perbincangan bersama rakyat dan kajian kesannya terhadap berjuta penduduk yang dianggarkan terlibat.

"Adakah kajian dilakukan untuk mendapatkan pandangan rakyat yang terlibat? Apakah kesan kepada penduduk yang terlibat dalam jajaran yang dirancangkan?" katanya.

Beliau turut mempertikaikan Putrajaya yang enggan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri sebelum meluluskan sesuatu projek.

"Mengapa tidak ada perbincangan sama sekali dengan kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab dan yang dipilih oleh rakyat untuk menjaga kepentingan mereka?" soalnya.

KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.
 

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment