Monday, October 20, 2014

RG2014... HARGA PETROL - NEGARA MANA YANG LEBIH MURAH? INDONESIA ATAU MALAYSIA? [3 Attachments]

 

 HARGA PETROL - NEGARA MANA YANG LEBIH MURAH? INDONESIA ATAU MALAYSIA?

June 2013
Kebiasaanya apabila rakyat bersungut akan kenaikan harga petrol, maka akhbar-akhbar pro BN/UMNO akan mula menyiarkan perbandingan harga petrol di antara negara-negara jiran..

Media perdana akan memainkan peranan mereka bagi menunjukkan betapa murahnya minyak di negara ini berbanding negara jiran..
seolah-olah mereka mahu kita sujud syukur sampai lebam dahi setiap kali BN menaikkan harga petrol..
Antara paparan yang selalu keluar adalah seperti ini..


Utusan selalu berusaha memaparkan harga petrol di negara jiran adalah mahal,mengambil contoh perbandingan harga dengan negara Indonesia,
Utusan memaparkan harga petrol di negara berkenaan adalah mahal,iaitu RM3.18 seliter..

yer..RM3.18 seliter digunakan sebagai hebahan berita perbandingan harga petrol bagi menunjukkan betapa mahalnya harga petrol di Indonesia dan betapa murahnya petrol di Malaysia..

Tapi yang menghairankan adalah..
Kosmo hari ini memaparkan berita mengenai kenaikan harga petrol di Indonesia..
dalam berita berkenaan,Kosmo menyatakan bahawa harga petrol di Indonesia kini adalah pada harga RM1.40 seliter.
jauh lebih murah dari RON95 di negara ini..


Bukan setakat Kosmo sahaja..
Utusan pun sebelum ini ada menyiarkan harga petrol di Indonesia ketika melaporkan berita mengenai kenaikan harga petrol di negara berkenaan..

Walaupun harga petrol di Indonesia yang dilaporkan oleh Utusan sedikit berbeza dengan apa yang dilaporkan oleh Kosmo,kedua-dua harga yang dinyatakan masih lagi jauh lebih murah dari RON95 yang dipakai oleh kebanyakan rakyat Malaysia..

Kosmo melaporkan harga perol di Indonesia adalah RM1.40 seliter (ikut tukaran RM)
Utusan pula melaporkan RM1.42 seliter (juga setelah ikut tukaran RM)
apa pun kedua-dua harga berkenaan masih lagi murah dari petrol yang digunakan oleh rakyat Malaysia..

Berikut adalah petikan berita Utusan yang mengatakan harga petrol di Indonesia adalah pada kadar RM1.42 seliter..


Mungkin juga kerajaan hanya mengambil kadar harga minyak yang paling mahal di setiap negara yang dibuat perbandingan bagi mencapai objektif mereka untuk mengelirukan rakyat konon-kononnya harga petrol di negara ini adalah yang kedua termurah di Asia..

Seperti contoh di negara ini ada dua versi - RON97 dan juga RON95..
RON 97 kebiasaannya digunakan oleh mereka yang memiliki kereta mewah yang sudah tentunya mereka juga berada dalam golongan "mewah dan berada"...

Manakala rakyat Malaysia secara majoritinya menggunakan RON95,minyak yang sesuai untuk digunakan oleh kereta biasa dan juga oleh rakyat biasa.. 

Jadi, jika kerajaan mahu membandingkan harga petrol di antara dua negara,kerajaan sepatutnya mengambil harga petrol yang menjadi kegunaan utama di kedua-dua negara...

Dan dari sini dapatlah kita lihat bahawa Indonesia sebelum ini memberikan harga petrol yang rendah bagi kegunaan rakyatnya...

__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Check out the automatic photo album with 3 photo(s) from this topic.
harga petrol kosmo.jpg harga petrol.png harga petrol naik.png

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment