Sunday, October 19, 2014

RG2014... Karaoke melampau cetus kemarahan

 

   Karaoke melampau cetus kemarahan

Kategori: Kedah
Diterbitkan: Ahad, 19 Oktober 2014 15:07
Hit: 17

ALOR SETAR - Pengunjung sebuah pusat membeli belah terkejut apabila disajikan dengan persembahan wanita berpakaian separuh bogel diadakan secara terbuka, lewat petang kelmarin.
Wan Kamarul Wan Mohammad, 21, berkata, pertandingan karaoke anjuran Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) yang bermula sekitar jam 5 petang hingga 9.30 malam itu mengundang kontroversi apabila menampilkan dua peserta berpakaian keterlaluan.

"Bagi saya, pakaian peserta wanita dari sebuah kumpulan dan seorang lagi individu, amat tidak sesuai dipakai di khalayak terutama tempat terbuka seperti itu yang dikunjungi kanak-kanak dan remaja," katanya.

Menurutnya, dia terkejut apabila ketika sedang menyanyi, peserta wanita itu bertindak membuka pakaian luarannya dan hanya berpakaian seperti coli.

"Saya tidak sangka dia akan bertindak begitu. Pihak penganjur sepatutnya kawal tingkah laku peserta termasuk pakaian supaya tidak menimbulkan rasa tidak puas hati pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan umur," katanya.

Wan Kamarul berkata, dia kesal apabila persembahan itu tetap diteruskan walaupun ketika azan Maghrib berkumandang.

"Bunyi muzik terlalu kuat ketika itu, menyebabkan saya terdengar sayup-sayup azan Maghrib, namun penganjur tidak memberhentikan majlis.

Saya kesal kerana penganjur tidak menghormati sensitiviti umat Islam," katanya.

Menurutnya, ini merupakan kali kedua persembahan hiburan terbuka yang agak keterlaluan diadakan di pusat membeli-belah itu, di mana tahun lalu, turut menampilkan peserta wanita berpakaian menjolok mata.

"Pusat beli-belah juga perlu sensitif dan pantau penganjuran program di premis mereka, supaya tidak mengundang kontroversi selain membudayakan program-program bermanfaat," katanya.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment