Wednesday, October 8, 2014

RG2014... KEM BINA INSAN CEMERLANG SIRI KE 6 TAHUN 2014

 


Keruntuhan akhlak dikalangan remaja Malaysia kini dikatakan amat meruncing. Krisis moral membimbangkan. Perangkaan statistik kes jenayah dan salah laku membabitkan remaja di Malaysia kian serius dan bertambah kronik. Ini dapat dilihat daripada kes-kes sumbang muhrim,penagihan dadah,pembuangan bayi,perhubungan seks bebas, bohsia/bohjan, lari dari rumah, rasuah, pecah amanah, peminum arak, ecstasy dan kes jangkitan HIV/AIDS. Kesemuanya menunjukkan angka pertambahan dari tahun ke tahun.

"Sebenarnya tidak ada seorang pun ibubapa yang mahukan anak mereka terlibat dalam jenayah dan ada diantara mereka yang telah berusaha untuk mendidik anak mereka tetapi dapatkah ibubapa mengawal anak mereka apabila ia berada dalam masyarakat yang ditiup badai peradaban yang jauh lebih kuat"

Islam sebagai cara hidup yang telah dibawa dan dipraktikkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada masyarakat manusia menangani masalah sosial dengan cara yang menyeluruh.Pendidikan Islam akan melahirkan individu yang mempunyai syakhsiyah Islam yang menjadikan aqidah Islam sebagai asas berfikir dan menerbitkan mafahim-mafahim yang menghasilkan tingkah laku yang Islami dalam semua urusan-urusan kehidupan.

Maka , Kem Bina Insan Cemerlang (Sesi ke 6 - Tahun 2014) ini memfokuskan kearah "Kecemerlangan Akhirat Melalui Prestasi Hidup Di Dunia" dan bermatlamatkan kearah pembangunan Rohani, Jasmani, Intelektual, Emosional dan Sosial golongan remaja.

Modul program akan diperkasakan dengan Modul Sahsiah, Modul Ibadah dan Ikhtiar Hidup agar mengetahui potensi diri dan berinteraksi secara sihat. Panduan pemakaian, penampilan diri, adab juga akan dikongsikan dan diamalkan. Slot solat pula akan memberi fokus kepada panduan berwudhu', tertib solat, bacaan dalam solat dan PALING PENTING MAKNA DALAM BACAAN SUPAYA MENDATANGKAN KEFAHAMAN AYAT – AYAT DIBACA(Kusyuk) dan terdapat juga aktiviti-aktiviti kecergasan serta kepimpinan.

Para peserta dibawa meredah kegelapan malam dalam aktiviti "Kembara Rohani" bagi mencari rantaian KENAPA DAN MENGAPA MEREKA DI BUMI INI "

Program Kem Bina Insan Cemerlang" Sesi Ke 6

• Remaja muslim & muslimat diantara berumur dari 8 tahun hingga 20 tahun

• Tempat di kursus ini dijalankan di Madrasah AI Imam Syeikh Dr.Muhamad Abdul Latif Saleh Al Farfour Al Hasani, Pondok Batu Gajah , Mukim Sebatu , Merlimau , Melaka

• Tarikh mula kursus pada 23/11/2014 (Ahad) hingga 21/12/2014 (Ahad ) sekitar 4 minggu

• Pendaftaraan semua peserta jam 10.00 pagi pada 23/11/2014 di Madrasah AI Imam Syeikh Dr.Muhamad Abdul Latif Saleh Al Farfour Al Hasani, Pondok Batu Gajah , Mukim Sebatu , Merlimau , Melaka (Lokasi Pondok terletak di sebelah kiri tepi Lebuh Raya AMJ dari Melaka Ke Mukim Sebatu/Sg Rambai,Melaka)

• Yuran seorang peserta adalah RM 500 termasuk tenaga pengajar, kitab,makanan dan tempat tinggal.

• Hubungi Ustaz Zaharuddin Tel: 014-7191674, Ustaz Khairul Azman Tel: 017-7010501, Ustaz Nezam Ismail Tel: 012-3419683, Ustaz Zulkifli Tel : 012-7005469 dan Norsam Wahab Tel :012-6298546

• Sebarang sumbangan bagi membantu pembangunan pondok amat dialukan , sebarang pertanyaan sila hubungi penama diatas.

__._,_.___

Posted by: norsam wahab <norsamwahab@yahoo.com.my>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment