Wednesday, October 8, 2014

RG2014... Laman web automotif jawab hujah Dr M

 

Laman web automotif jawab hujah Dr M

 664  2  0
Sebuah laman web automotif popular menjawab hujah Pengerusi Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kereta nasional tidak ada akses ke pasaran asing.

Dalam temu bual eksklusif dengan The Edge, bekas perdana menteri itu mengeluh bahawa Malaysia membuka pintu kepada jenama asing, tetapi Proton tidak ada akses ke pasaran banyak negara.

Katanya, dasar kerajaan sekarang ialah untuk menjaga hati pengguna dan bukan untuk menggalakkan industri tempatan.

"Jika anda pergi ke Jepun, Korea (Selatan), China, tidak ada satu pun kereta asing dibenarkan masuk, kecuali mereka memenuhi syarat-syarat yang sangat ketat.

"Kami mahu jual di China (tetapi) kita tidak boleh mendapatkan lesen untuk menjual di China. Mereka boleh datang sini dengan bebas, tetapi kita tidak boleh pergi ke sana.

"Kita tidak boleh pergi ke Korea (Selatan), jika anda pergi ke Korea  (Selatan), sehingga kini, anda tidak nampak kereta asing. Korea halang kereta luar masuk, mereka mempunyai perjanjian bebas cukai, kereta asing tidak boleh masuk," kata beliau.

Bagaimanapun, dalam editorial yang disiarkan di portalnya semalam, Live Life Drive mempunyai pandangan yang berbeza.

Katanya, walaupun terdapat beberapa kebenaran dalam kenyataan Mahathir itu, tetapi ia tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Proton, katanya, tidak diterima di Jepun dan Korea, dan juga di Kesatuan Eropah kerana enjinnya tidak memenuhi peraturan terkini pelepasan ekzos dan penggunaan bahan api.

"Volkswagen juga merupakan jenama import terkemuka di Jepun, sepertimana BMW di Korea," katanya.

Menurutnya, Jepun adalah sebuah pasaran bebas tetapi selain  daripada jenama kereta mewah Jerman, pasaran massa jenama asing mendapati ia hampir mustahil untuk menembusi pasaran Jepun kerana pelanggan Jepun yang sangat cerewet dan tidak tertarik dengan kereta asing.

Masalah itulah yang dihadapi oleh tiga pengeluar kereta utama di Amerika (GM, Ford dan Chrysler) sehingga hari ini.

Live Life Drive berkata Mahathir betul tentang Korea, yang sehingga tahun 2000-an, masih merupakan pasaran kereta yang paling dilindungi di dunia.

"Di antara tahun 80-an dan 90-an, kerajaan Korea malah menghadkan saiz bilik pameran kereta asing, dan menghadkan masa siaran iklan TV mereka.

"Bagaimanapun, pada 2011, Korea telah terikat oleh Perjanjian
Perdagangan Bebas Amerika-Korea dan seperti yang dijangkakan, perkongsian pasaran Hyundai dan Kia berkurangan kerana persaingan daripada kereta toyota buatan Amerika," katanya.

Bagi China pula, portal itu berkata ia satu ironi bagi Mahathir membangkitkan soal akses pasaran sedangkan dasarnya adalah sama dengan Malaysia.

"Kereta yang diimport dikenakan duti import yang tinggi. Untuk menurunkan harga kereta, pemasangan tempatan adalah satu-satunya pilihan, tetapi anda tidak boleh membina sebuah kilang tanpa mendapatkan lesen pengilang daripada kerajaan China, seperti di Malaysia," katanya.

Dan seperti di Malaysia, tambahnya, syarikat kereta yang ingin memasang kereta mereka di dalam negeri, harus membentuk usahasama dengan konglomerat tempatan.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment