Monday, October 20, 2014

RG2014... Selepas lapan tahun, siapa sebenarnya terima manfaat Iskandar Malaysia?

 

Selepas lapan tahun, siapa sebenarnya terima manfaat Iskandar Malaysia?

OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Published: 21 October 2014

Penduduk di selatan Johor berkata Iskandar Malaysia masih gagal memberikan manfaat kepada rakyat biasa dari segi pekerjaan dan kehidupan lebih baik. – Gambar AFP, 21 Oktober, 2014.Penduduk di selatan Johor berkata Iskandar Malaysia masih gagal memberikan manfaat kepada rakyat biasa dari segi pekerjaan dan kehidupan lebih baik. – Gambar AFP, 21 Oktober, 2014.Semasa ditubuhkan, ianya bertujuan untuk memberikan nafas baru kepada Johor Baru, akan tetapi selepas lapan tahun dilancarkan, Iskandar Malaysia gagal memberikan manfaat kepada rakyat biasa di selatan Johor dari segi pekerjaan dan kehidupan lebih baik.

Ini adalah sentimen yang ditunjukkan daripada temuramah rawak yang dijalankan The Malaysian Insider bersama dua kumpulan, penduduk biasa dan pemilik perniagaan di selatan Johor – Masai, Bandar Baru Uda, Bukit Indah, dan Kampung Melayu Majidi.

Lebih separuh daripada 18 individu yang ditemui berkata, kehidupan mereka tidak berubah menjadi lebih baik, meskipun Iskandar Malaysia bertujuan untuk mengubah ekonomi dan landskap fizikal di selatan Johor itu.

Lebih kurang dua pertiga daripada pemilik perniagaan berkata, mereka tidak merasai limpahan kebaikan, dari segi peluang menambahkan pendapatan atau keuntungan.

Ini adalah selepas inisiatif berkenaan membawa pelaburan sebanyak RM156.35 bilion sejak 2006 menurut laporan pada 18 Oktober oleh agensi berita nasional Bernama.

Akan tetapi, kebanyakan responden optimis mengenai Iskandar Malaysia, dengan majoriti daripada dua kumpulan itu secara keseluruhannya mangatakan ianya baik untuk selatan Johor.

Sikap optimis itu bagaimanapun turut diluahkan beserta kekecewaan dengan peningkatan kos sara hidup serta harga rumah.

Terdapat juga sentimen di kalangan penduduk yang berpandangan golongan kaya dan mempunyai jaringan kuat akan mendapat faedah besar daripada Iskandar Malaysia sementara mereka yang lain hanya menerima sisanya.

Orang awam di jalanan

Dalam temubual dengan kira-kira 17 penduduk, mereka ditanya tiga soalan: Adakah kehidupan mereka bertambah baik di selatan Johor dengan Iskandar Malaysia? Kenapa ia lebih baik/ Kenapa tidak? Secara keseluruhannya, adakah Iskandar Malaysia baik untuk selatan Johor?

Sembilan daripada mereka berkata "tidak" untuk soalan pertama, tujuh menjawab "ya" dan seorang responden memberikan jawapan tidak pasti.

Kebanyakannya menyatakan kehidupan mereka tidak berubah kerana pendapatan yang tidak meningkat berbanding inflasi. Ia berikutan rungutan harga hartanah yang begitu tinggi.

"Tiada yang istimewa untuk rakyat Johor. Gaji tidak naik tapi harga rumah dan makanan naik. Tiada manfaat pun untuk kami," kata pembantu kedai yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad, di Masai.

Pendapat lain sering yang diutarakan ketika ditanya berkenaan Iskandar Malaysia adalah ianya dibina "bukan untuk penduduk tempatan, tetapi orang asing."

Mereka mendakwa sesetengah komuniti dipinggirkan daripada peluang perniagaan yang perlu berurusan dengan polisi kerajaan yang "flip-flop" dan penuh dengan birokrasi.

Bagi mereka yang merasakan kehidupan meningkat, alasan utama adalah jalan lebih baik, lebih peluang pekerjaan dan peluang perniagaan yang banyak serta pengurangan kadar jenayah.

"Saya nampak jelas pengurangan kadar jenayah. Sebelum ini kita sering mendengar berlakunya banyak kes jenayah," kata penduduk Bandar Baru Uda yang hanya dikenali sebagai Zainal.

Lebih untung atau lebih rugi disebabkan Iskandar?

Ketika bertemu pemilik perniagaan, hanya empat daripada 18 responden yang ditemuramah berkata mereka menerima manfaat yang dibawa Iskandar Malaysia. Selebihnya berkata perniagaan mereka tidak menerima sebarang manfaat.

Masalah utama golongan perniagaan yang ditemuramah adalah peningkatan kos operasi kerana kos sewa yang tinggi.

"Pemilik sering menaikkan sewa tetapi kadar jualan saya tidak meningkat. Saya rasa ingin tutup perniagaan jika sewa naik lagi," kata peniaga runcit produk kacang soya di Bukit Indah.

Ini adalah rungutan biasa kumpulan perniagaan di kawasan Bukit Indah, yang terletak berhampiran pentadbiran baru kerajaan negeri di Nusajaya dan kawasan perumahan mewah di Horizon Hills.

Pemilik hartanah mencari keuntungan daripada peningkatan pembinaan kediaman mewah berhampiran mereka yang menyebabkan kadar sewa meningkat sehingga 100% setahun, kata pemilik perniagaan ditemui.

"Pelanggan hari ini tidak boleh berbelanja besar kerana kos kehidupan meningkat," kata seorang pemilik kedai buku. Ini adalah rungutan kedua yang sering didengari daripada peniaga.

Peniaga yang mengatakan menerima manfaat daripada Iskandar Malaysia menjelaskan peluang perniagaan lebih banyak, menyaksikan lebihan jualan dan infrastruktur lebih baik.

Akan tetapi apabila ditanya apakah Iskandar Malaysia baik untuk Johor, majoriti daripada kedua-dua kumpulan berpendapat "ya".

Fasa konsolidasi

Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, rungutan-rungutan berkenaan berasas dengan keadaan ekonomi semasa di selatan Johor.

Akan tetapi ia tidak menjejaskan cerminan masa hadapan potensi Iskandar Malaysia untuk menjadikan lebih baik untuk semua orang.

"Pertumbuhan ekonomi meningkat akan tetapi kemudiannya mendatar.

"Apa yang kita saksikan sekarang ianya mendatar. Ia tempoh konsolidasi ekonomi tempatan dan seimbang antara penawaran dan permintaan."

Ketika fasa pertama Iskandar Malaysia, kebanyakan mereka membuka perniagaan untuk mencari keuntungan daripada perumahan baru, pejabat dan kolej baru yang dibuka, katanya.

"Namun perkembangan kumpulan berpendapatan tinggi perlahan dan permintaan tidak dapat menanggung penawaran (perniagaan baru)," kata Nur Jazlan yang kawasan Parlimennya termasuk Nusajaya dan Bukit Indah.

Beliau percaya penduduk akan menerima manfaat Iskandar Malaysia melalui cara lain, sama ada secara langsung atau tidak.

"Berbilion ditaburkankan untuk pembinaan jalan baru di kawasan saya. Bukit Indah sebelum ini sering mengalami gangguan bekalan elektrik sebelum Iskandar Malaysia dan Nusajaya. Sekarang ada lebuh raya baharu. Ada kedai kelas tinggi, pasar raya besar dan kompleks beli-belah."

Beliau percaya harga hartanah akan turun dalam beberapa bulan sebagai sebahagian daripada tempoh fasa konsolidasi, namun apa yang diperlukan untuk Iskandar Malaysia adalah menarik syarikat bagi memberikan lebih banyak peluang pekerjaan.

"Kita perlukan kerja dengan pendapatan tinggi supaya penduduk boleh mendapat gaji yang lebih tinggi dan mempunyai pendapatan boleh guna untuk berbelanja untuk ekonomi tempatan. Di sinilah warga Singapura perlu diumpan untuk meluaskan perniagaan mereka."

Pendapatan yang lebih tinggi akan menyelesaikan sebahagian masalah inflasi penduduk tempatan yang mengekang mereka berbelanja dan memiliki kediaman lebih mewah.

Dengan pendapatan lebih tinggi mereka berkemungkinan mampu menampung peningkatan harga, katanya. Perkara itu katanya adalah kitaran dalam Iskandar Malaysia dan mana-mana ekonomi.

"Ianya merupakan perlumbaan. Anda perlu bertindak pantas untuk mengejarnya." – 21 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-lapan-tahun-siapa-sebenarnya-terima-manfaat-iskandar-malaysia#sthash.X4BiKxEm.dpuf

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment