Wednesday, October 8, 2014

RG2014... Shahidan dedahkan sebab Ahli Parlimen dinaikkan gaji...

 


Kesian sungguh aku dengan nasib Ahli-ahli Parlimen di negara kita ni bila membaca penjelasan Shahidan tentang kewajaran gaji Ahli Parlimen dan Senator dinaikkan..Gaji dicampur elaun yang jumlahnya mencecah RM13,000 sebulan itu tidak cukup bagi mereka rupanya meskipun semalam ada pakar dari manatah kata gaji RM2,500 sebulan cukup untuk hidup selesa...
Lebih menyedihkan lagi.. bila ada dari kalangan Ahli Parlimen itu terpaksa 'mengikat perut'.. bacalah..
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan 'perubahan' gaji bagi 222 Ahli Parlimen wajar dilakukan ekoran perubahan ekonomi yang berlaku di negara.
Menurut beliau, sehingga kini, gaji bagi semua Ahli Parlimen adalah sebanyak RM6,500."Sebelum ini, Jawatankuasa Dewan telah memberi makluman kepada pihak pembangkang, terutamanya Ketua Pembangkang mengenai 'perubahan' gaji tersebut, dan pihak Ketua Pembangkang telah bersetuju dengan perkara ini," katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.Shahidan dalam sidang medianya turut menyatakan adalah tidak tepat sekiranya pihak media menyatakan Ahli Parlimen dinaikkan gaji, tetapi lebih tepat jika menyatakan bahawa ia adalah 'perubahan' gaji.Jelasnya, sebagai seorang Ahli Parlimen, beliau sendiri terpaksa mengikat perut kerana gaji Ahli Parlimen di Malaysia merupakan antara yang terendah di dunia."Jika dibandingkan dengan Ahli Parlimen di Uganda, gaji mereka lebih dua kali ganda daripada gaji Ahli Parlimen di Malaysia. Begitu juga jika perbandingan dilakukan terhadap gaji Ahli Parlimen di Singapura," katanya."Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menyerahkan proposal 'perubahan' gaji itu kepada Perdana Menteri sejak tahun lepas lagi," katanya.Shahidan turut menjelaskan bahawa setiap hari, di pejabatnya akan datang pelbagai rakyat di untuk meminta bantuan dan pertolongan."Oleh itu, kenaikkan gaji ini wajar dilakukan," katanya.Walaubagaimanapun, Ahli Parlimen Arau itu turut menjelaskan gaji bagi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menter-menteri, dan juga Timbalan- timbalan Menteri tidak akan dinaikkan.Shahidan bagaimanapun tidak mendedahkan berapa peratus dan berapa banyak dan jumlah 'perubahan' gaji Ahli Parlimen itu."Saya kena tunggu lampu hijau daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ia terpulang kepada beliau untuk mengumumkan sewaktu sidang ini ataupun sewaktu pembentangan Bajet 2015 nanti," katanya.Tambah beliau lagi, sepatutnya, 'perubahan' gaji Ahli Parlimen ini dinaikkan sejak Bajet 2012 yang diumumkan pada tahun 2011 lagi."Dahulu, Ahli Parlimen Pembangkang tidak bersetuju dengan 'perubahan' gaji ini. Dan mereka memberitahu, antara sebab kini mereka bersetuju adalah kerana mereka perlu membayar gaji penyelidik-penyelidik mereka," katanya.Shahidan turut menjelaskan isu 'perubahan' gaji ini tidak akan lagi dibentangkan dan dibincangan sekiranya Ahli Parlimen Pembangkang tidak bersetuju dengan 'perubahan' gaji ini.Kali terakhir Ahli Parlimen menikmati kenaikan gaji ialah pada 2004 iaitu 11 tahun lalu.Gaji Ahli Parlimen pada masa ini telah diguna pakai sejak 1 Januari 2004. Gaji bulanan mereka ialah RM6,500 tetapi mencecah kira-kira RM13,000 jika ditambah dengan gaji lapor Free Malaysia Today

Ikat perut konon... apa dia ingat semua rakyat Malaysia ni mudah diperbodohkan sepertimana dia perbodohkan macai ke?Kononnya terpaksa 'ikat perut'.. tapi dalam masa yang sama rakyat menyaksikan Ahli-ahli Parlimen Malaysia menaiki 7 Series, S Class, Alphard, Harrier, RX350, Porsche Cayenne dan juga Vellfire..Lagi satu.. Alasan Shahidan ialah setiap hari pelbagai lapisan rakyat datang kepejabat dia untuk minta pertolongan dan bantuan..Kalau betul setiap hari ada yang datang.. takkanlah setiap hari yang datang tu semuanya nak minta bantuan kewangan?Lagipun.. bukankah setiap Ahli Parlimen diperuntukkan RM2 Juta setiap tahun kecuali Ahli Parlimen Pembangkang yang dapat RM200,000 sahaja setahun.Peruntukkan tu buat apa? salur projek kepada kroni ke?'Ikat Perut' atau 'Buta Perut; si Shahidan ni? 

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment