Tuesday, October 7, 2014

RG2014... Fw: Ayam Berkaki Empat & Ayam Penguin

 



[PELIK TAPI BENAR] Ayam Berkaki Empat | KEJADIAN DI KELANTAN, MALAYSIA


TUMPAT – Seorang suri rumah nyaris memasak kari ayam berkaki empat apabila dia terbeli ayam yang mempunyai empat kaki.

Didapati dua daripada kakinya tumbuh di bahagian punggung ayam tersebut.
 
Hasnah Yahya, 48, berkata, dia membeli ayam itu di sebuah gerai menjual ayam di Chabang Tiga Berangan di sini, untuk dijadikan kuah roti jala pada hari raya kedua lalu. "Saya ke gerai ayam itu membeli dua ekor ayam untuk dijamu kepada sanak saudara. Masa membeli ayam ini memang saya tidak perasan ia mempunyai empat kaki."

"Mungkin masa itu ramai pelanggan, beratur panjang juga saya untuk mendapatkan dua ekor ayam ini, cuma seekor sahaja yang berkaki empat," katanya. Bagaimana pun Hasnah berkata, dia menyedarinya selepas menyediakan rempah di dapur untuk memasak kari ayam dan ketika menyiang ayam terbabit dia terpegang kaki ayam itu. "Terkejut saya seketika dengan penemuan pelik ini kerana seumur hidup saya ini pertama kali saya melihat ayam berkaki empat. Tetapi sayang ia sudah disembelih, kalau tidak mungkin ayam ini akan dipelihara," katanya.

Menurutnya, walaupun sebelah kaki ayam itu terpotong, dia tidak meneruskan hasratnya untuk memasak kari ayam pada hari tersebut. "Saya batalkan niat untuk memasak kari ayam berkaki empat ini kerana khuatir tidak berselera untuk menjamah. "Ayam pelik ini seberat dua kilogram yang dibeli dengan harga RM10 diberikan kepada saudaranya dan sehingga kini masih disimpan di dalam peti sejuk," katanya.

 
 

[EKSKLUSIF] Ayam Ini Menyerupai Seperti Penguin | PELIK TAPI BENAR


Seekor ayam yang diberi nama Mumble mempunyai bentuk fizikal yang pelik.


Ayam yang dianggap unik ini berasal dari China dan pergerakkannya menyerupai seperti seekor penguin.
Secara normalnya kia melihat bentuk fizikal ayam adalah berkaki dua dan berjalan mengikut apa yang kita lihat. Namun terdapatseekor ayam yang menunjukkan sedikit kelainan berbanding ayam yang lain di sebuah ladang. Ayam yang dimaksudkan ini adalam ayam betina yang dikenali sebagai Mumble bukan sahaja memiliki sayap yang kecil saiznya dari sayap seekor ayam yang normal tetapi menyerupai spesis burung di air seperti seekor penguin.

Dia tidak pernah mencuba untuk terbang seperti ayam lain di kandang tetapi memilih untuk berlenggang-lenggok dari sisi ke sisi bermain di tepi air. Walaupun bentuk fizikalnya tidak sesempurna ayam lain. Kelainan itulah yang telah menyelamatkan hidupnya, kerana pemilik ayam ini tidak dipilih sebagai bahan mentah untuk dimasak. 

Krisis identiti ayam ini telah membuatkannya terkenal Jiangsu, di China timur. Dia dimiliki oleh seorang petani bernama Lu Xi di sana. Media tempatan menggelarkannya Ayam Mumble mengambil watak utama dalam filem animasi Happy Feet, iaitu seekor Pinguin yang tidak pandai menyanyi tetapi pandai menari. 

Kata En. Xi "Dia hanya memiliki sayap kecil yang menonjol keluar ketika ia berjalan, meskipun ia tidak pernah terbang.

"Saya tidak melihat filem tetapi saya suka nama itu, walaupun burung saya tidak pandai menari dan saya juga  tidak fikir ia boleh berenang dengan baik.  "Tapi dia seharusnya bersyukur. Kami sekeluarga mempertahankannya dari dimasak di dalam periuk".

sumber

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment