Monday, October 6, 2014

RG2014... Fw: Cerita Lembu Korban

 



Fadhilat dan hikmah korban

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

tranungkite.net
 Oleh NASRUDIN HASSAN



Hadith: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu. (Riwayat at- Tirmidzi)

Huraian Hadith:

i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah:

a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:

a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah (maksudnya): "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w. (maksudnya): "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

 

Nak korban pun sekarang susah dalam Masyarakat Majmuk

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

tranungkite.net

 
Kenapa india Hindu ni tak bagi semebelih lembu dalam surau??

GEMPAR!!! ... LEMBU KORBAN ADA ANAK (JANIN).

omakkau.blogspot
Penduduk-penduduk sebuah kampong menjadi gempar apabila salah seekor lembu korban hari ini ada anak(janin).

Perkara mengejutkan itu berlaku ketika penduduk-penduduk kampong sedang memapah lembu korban yang sudah siap disembelih untuk di agih-agihkan dagingnya.

Anak lembu itu cukup sifat dan tunggu masa untuk dilahirkan.

Apakah yang tukang sembelih tidak perasan yang lembu itu sedang sarat bunting?????
 
 
Lembu sorok dalam semak

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

tranungkite.net

 

Oleh Salman Hamat

Butterworth: Suasana di Lorong 12, Taman Sutera, Seberang Jaya di sini, kecoh seketika selepas lembu untuk ibadah korban Ahad ini terlepas dalam kejadian, semalam.

Ketika kejadian 10.30 malam itu, beberapa penduduk sedang memindahkan haiwan itu dari lori bagaimanapun tali digunakan untuk mengikat lembu berkenaan terlucut menyebabkan haiwan itu bertindak agresif dan terlepas.

Penduduk, Mohd Ayub Md Said, 44, berkata, kejadian itu menyebabkan mereka terpaksa melancarkan gerakan mengesan haiwan itu yang bersembunyi dalam kawasan semak berhampiran.

"Kami risau sekiranya haiwan itu hilang sedangkan penduduk merancang untuk melakukan ibadah korban itu Ahad ini.

"Selepas hampir dua jam mencari haiwan itu berjaya ditemui dan dengan bantuan penduduk kampung ia berjaya ditangkap semula," katanya.

Haiwan itu dikatakan kerap bertindak agresif menyebabkan ia terpaksa dipantau bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.
- HMetro

 

Bomba Penyelamat Bantu Sembelih Korban

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

tranungkite.net


 
Khidmat Khas menyelamatkan lembu korban yang jatuh longkang dihadapan Masjid SPT Bandar Perda, Pulau Pinang, pada jam 11.30 pagi tadi. Lembu tersebut berjaya diselamatkan dan telah disembelih ditempat kejadian bagi memudahkan urusan. Operasi dijalankan oleh BBP Bandar Perda.



 

 

Tiga lembu lari ke bandar

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol

tranungkite.net

 

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Batu Pahat: Penduduk dan Ahli Jawatankuasa Masjid Bentara Luar di sini, gempar selepas tiga daripada 14 ekor lembu untuk dikorbankan melompat daripada lori yang diparkir di masjid itu sebelum berlari menghala ke pusat bandar.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari tadi, tiga lembu itu disedari melompat daripada lori sebelum orang ramai yang berada di masjid berkenaan cuba menangkap tiga haiwan itu.

Ketiga-tiga lembu itu berlari ke arah bandar dan menyebabkan orang ramai terkejut sebelum dua daripadanya berjaya ditangkap di Jalan Mohd Khalid dan Jalan Shahbandar di sini.

Ahli Jawatankuasa Program Masjid Bentara Luar Nordin Mohamad berkata, selepas berjaya menemui semula dua ekor lembu, pihaknya terus menyembelih seekor daripada haiwan berkenaan yang termasuk ke dalam longkang di Jalan Mohd Khalid manakala seekor lagi dibawa semula ke masjid menaiki lori.

"Kami menggunakan khidmat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mengesan seekor lagi haiwan itu yang masih hilang sehingga jam 6 petang dipercayai berada di dalam semak di kawasan Tasik Merdeka," katanya.
- HMetro

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment