Monday, October 6, 2014

RG2014... Fw: SEBUAH BOT TEMPUR CANGGIH MILIK TLDM LESAP

 



Senarai nama anggota TLDM yang hilang di perairan Pulau Mengalum

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

tranungkite.net

 

KOTA KINABALU - Berikut adalah senarai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang hilang ketika melakukan operasi tinjauan menggunakan bot tempur CB90 di perairan Pulau Mengalum, semalam:

1. Leftenan Azri Bakar

2. BK PAP Christopher ak Mani

3. BM TMK Ince ak Evin

4. BM TMK Steven Hudson ak Miso

5. BM JTP Nor Azuan Ariffin

6. LK KOM Sulhajji Daah

7. LK PAP Mohd. Azhry Maani

KOSMO!

 

SEBUAH BOT TEMPUR CANGGIH MILIK TLDM BERSAMA 7 ANGGOTA LESAP DI PERAIRAN SABAH.

omakkau.blogspot
Bot Tempur CB204 milik Tentera Laut Di Raja Malaysia bersama 7 askar dipercayai hilang di perairan Sabah sejak pagi tadi.

Sehingga malam ini pihak TLDM gagal menghubungi bot tersebut dan telah melancarkan operasi menyelamat.

Setakat ini pihak berkuasa belum mengesahkan kejadian ini, kawasan rondaan dan punca kehilangan ini.

Bagaimanapun kehilangan ini dipercayai akibat cuaca buruk, bukannya kegiatan pengganas.

Bot tempur CB204 mempunyai pelbagai keistimewaan termasuk boleh beroperasi di kawasan air cetek sama ada lautan mahupun sungai atau tasik.

Malah, laluan sungai sempit juga boleh dilalui oleh CB204.

Di samping itu, jika sebelum ini kita sering mendengar bot-bot menggunakan enjin berkipas, amat berbeza sekali dengan CB90.

CB204 menggunakan sistem 'water jet' yang mampu bergerak dengan pantas dan senyap.

Keadaan ini meletakkan CB204 antara aset terpenting TLDM terutama dalam menjalankan tugasan penyusupan dan risikan.

Untuk itu, pemilihan TLDM menggunakan CB90 dianggap tepat kerana kemampuannya membawa anggota-anggota tentera dalam menjalankan operasi di mana-mana sahaja kawasan di negara ini.

Bot tempur ini juga mempunyai keistimewaan lain seperti boleh didaratkan sebahagian badannya sehingga ke kawasan atas pantai.

Ia juga boleh dihentikan secara mengejut walaupun ketika sedang bergerak laju serta mampu membuat lencongan kira-kira 110 darjah.

Memandangkan kemampuan bot ini, ia turut diguna oleh TLDM di kawasan-kawasan sensitif termasuk di Sabah bagi menangani sebarang pencerobohan musuh.
 
 

BOT TEMPUR CB204 DIPERCAYAI MASIH SELAMAT -TLDM

bloglist-malaysia.blogspot
pkrl.blogspot
 

Bot tempur CB204 dipercayai masih selamat - Tan Sri Abdul Aziz


"Kami menerima maklumat terkini daripada pelantar minyak ERB West milik Petronas, bahawa mereka ternampak kelibat sebuah bot di lokasi pantai Barat Sabah iaitu kira 20 batu nautika dari Pulau Mengalum pada pagi ini.


Bot tempur CB 204 dilaporkan hilang sejak pagi Ahad di perairan Pulau Mengalum, Sabah.
KUALA LUMPUR: Bot tempur Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM) yang dilaporkan hilang sejak pagi Ahad di perairan Pulau Mengalum, Sabah dipercayai masih selamat biarpun usaha mencari dan menyelamat (SAR) berdepan cabaran cuaca buruk.

Perkara tersebut dimaklumkan Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika dihubungi Astro Awani sebentar tadi.

"Kami yakin bot tersebut masih selamat kerana keupayaannya iaitu ia memiliki ciri kestabilan apungan yang
tinggi," ujar beliau yang menambah bahawa operasi SAR pada hari kedua menyaksikan penglibatan 6 buah kapal dan 3 buah pesawat.

Empat kapal TLDM yang dikerahkan dalam operasi tersebut ialah kapal diraja (KD) Lekiu, KD Paus, KD Serang, KD Ganas dan sebuah helikopter jenis
Super Lynx. Aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melibatkan kapal KM Mabul dan KM Berani serta sebuah helikopter jenis AgustaWestland AW139 manakala aset TUDM, sebuah pesawat jenis Beechcraft B200T.

"Kami menerima maklumat terkini daripada pelantar minyak ERB
West milik Petronas, bahawa mereka ternampak kelibat sebuah bot di lokasi pantai Barat Sabah iaitu kira 20 batu nautika dari Pulau Mengalum pada pagi ini.

"Kami telah mengarahkan pesawat Super Lynx dan kapal KD Lekiu untuk menyiasat," ujar Abdul Aziz.

Operasi SAR bot tempur CB204 yang hilang di kawasan pertembungan Laut
China Selatan dan Laut Sulu itu berdepan cabaran cuaca buruk iaitu membawa hujan lebat dan ombak yang boleh mencapai ketinggian sehingga 3 meter.

Read more at:SUMBER
 
 

Bot tempur TLDM belum ditemui, Op Sar diteruskan

bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info

Sebuah bot tempur bersama tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang hilang di perairan Pulau Mengalum, Sabah, pagi Ahad masih belum ditemui setakat 8 pagi ini.

Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dalam twitternya hari ini berkata kapal diraja (KD) Lekiu, KD Ganas, KD Serang dan dua aset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) KM Berani dan KM Mabul, masih meneruskan pencarian bot tempur CB90.

"Sehingga 8 pagi tadi, masih belum ditemui. KD Lekiu, KD Ganas, KD Serang, ,KM Berani dan KM Mabul meneruskan pencarian, B200T ditugaskan.

"Keadaan laut bergelora (tahap 5) serta hujan awan rendah menyukarkan pencarian oleh kapalx (super Lynx TLDM) dan pesawat Beechcraft dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR)," kata Abdul Aziz di laman Twitternya itu.

Bot tempur yang dinaiki tujuh kru diketuai Lt Azri Bakar terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah.

Dalam satu kenyataan malam tadi, Abdul Aziz berkata bot tempur itu belayar dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 5 pagi Ahad sebelum terputus hubungan komunikasi radio dengan kapal pengiring tersebut pada 11.15 pagi.

- Bernama

 

Kawasan pencarian bot tempur TLDM dibahagi kepada 4 sektor - Panglima

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

tranungkite.net

 

KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM) membahagikan kawasan pencarian bot tempur CB204 bagi memudahkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Op SAR) tujuh anggota kapal terbabit kepada empat sektor di sekitar perairan pantai barat Sabah, pagi ini.

Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, dalam twitter beliau berkata sektor terbabit iaitu A,B, C dan D membabitkan enam kapal TLDM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

TLDM mengerahkan empat kapal iaitu Kapal Diraja (KD) Lekiu, KD Pari, KD Serang dan KD Ganas, manakala APMM menghantar Kapal Maritim (KM) Mabul dan KM Berani bagi membantu operasi berkenaan.


Awal pagi ini, TUDM mengerahkan pesawat Beechcraft bagi membantu operasi berkenaan tetapi hujan lebat menyukarkan pencarian.

Bot tempur jenis CB90 milik TLDM itu dilaporkan terputus hubungan komunikasi dengan kapal pengiring KD Paus ketika dalam pelayaran ke kawasan operasi Terumbu Layang-Layang, kira-kira jam 11.15 pagi semalam.

Seramai tujuh anak kapal yang diketuai Leftenan Azri Bakar menaiki bot tempur berkenaan.

Sehingga jam 8 pagi tadi, bot tempur berkenaan masih belum ditemui. - BH

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment