Sunday, October 5, 2014

RG2014... Fw: Maut Kemalangan & Bunuh

 



Allahu Rabbi!! Gadis Mualaf Maut Sehari Selepas Peluk Islam... Jom Terjah!!!

KEMALANGAN yang mengakibatkan Nur Hidayah Insyirah maut di Kilometer 15, Jalan Labis - Yong Peng, Batu Pahat, awal pagi semalam.

JOHOR BAHRU 4 Okt. - Seorang wanita berusia 20 tahun yang dipercayai baru memeluk Islam, maut selepas kenderaan yang dinaikinya bersama tiga rakan lain terlibat dalam satu kemalangan awal pagi ini di Kilometer 15, Jalan Labis-Yong Peng, Batu Pahat.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 3.40 pagi itu, mangsa, Lii Sii Ping atau nama Islamnya, Nur Hidayah Insyirah maut apabila kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tiang elektrik.

Ketua Polis Daerah
Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad menerusi satu kenyataan memberitahu, mangsa yang merupakan penuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) maut di tempat kejadian.

"Kenderaan jenis
Toyota Vios itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar tiang elektrik dan mengorbankan mangsa akibat kecederaan parah.

"Polis masih menyiasat punca kejadian," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Sii Ping atau Nur Hidayah merupakan mahasiswa jurusan kejuruteraan di UPNM dan dipercayai baharu memeluk Islam semalam.

Turut terlibat dalam kemalangan itu termasuklah tiga penuntut UPNM yang lain iaitu Mohd. Azrin Mohd. Idris, Muhammad Faridz Izzat Hamidnudin dan Mohamad Faridzuan
Abdul Hamid.
 
 

Polis Buru Lelaki Disyaki Bakar & Bunuh Teman Perempuan

greenboc.blogspot


Sah tulang manusia

Juru:
Khabar angin mengenai wanita mati dibakar teman lelakinya ternyata benar apabila Pakar Patologi Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) Datuk Dr Zahari Noor mengesahkan serpihan tulang ditemui adalah tulang manusia.

Polis juga mengesahkan menemui beberapa serpihan tulang yang terbakar hasil pencarian dilakukan di kawasan berhampiran rumah wanita yang dilaporkan dibunuh dan dibakar teman lelakinya di Kampung Tok Keramat.

Ketua Polis Daerah Sebarang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, berikutan itu pihaknya kini sedang mengesan suspek juga teman lelaki mangsa.

"Tumpuan kini adalah untuk mengesan suspek berkenaan bagi membantu siasatan.

"Kami sebelum ini menerima maklumat mengenai kejadian ini daripada orang awam," katanya.

Difahamkan, mangsa adalah pengusaha kedai runcit dikenali sebagai Intan berusia lewat 20-an.

Usaha pencarian saki baki tulang berkenaan sedang diteruskan membabitkan
unit forensik, anjing pengesan (K-9) dan pasukan penyelam Pasukan Polis Marin (PPM).-HM


Penduduk kampung gempar jumpa tulang


Bukit Mertajam: Penemuan tulang di kawasan sebuah rumah menggemparkan penduduk Kampung Tok Keramat, Juru di sini, semalam kononnya ada seorang wanita berusia 20-an dibunuh dan dibakar teman lelakinya.

Difahamkan polis sebelum itu menerima laporan daripada saudara suspek
selepas wanita itu gagal dikesan selain gelagat teman lelakinya itu yang mencurigakan.

Selain itu anak saudara suspek turut menemui kesan tompokan darah dalam rumah didiami mangsa.


Susulan laporan itu sepasukan pegawai dan anggota polis melakukan gerakan mengesan mangsa di kawasan rumah berkenaan yang turut dibantu unit forensik dan anjing pengesan (K-9).

Hasil pencarian dilakukan polis berjaya menemui tulang yang jaraknya 50 meter dari rumah suspek namun gagal dipastikan sama ada ia adalah tulang manusia atau haiwan.

Berikutan itu seorang pakar patalogi turut dipanggil ke lokasi tulang itu ditemui kira-kira 2 pagi tadi untuk melakukan pemeriksaan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes itu.
-
 
 

KERANA PERSELISIHAN FAHAM BERHUBUNG PENJUALAN LEMBU KORBAN ... SEORANG LELAKI TERKORBAN DILANGGAR DENGAN KERETA.

omakkau.blogspot

SETIU: Gara-gara perselisihan faham berhubung penjualan lembu, seorang lelaki maut manakala rakannya parah dilanggar seorang lelaki yang dikenali mereka dalam kejadian di Kampung Jelapang, Permaisuri di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Ab Rahman Raja Mohamad berkata kejadian kira-kira pukul 6 petang itu menyebabkan mangsa Rohadi Yaacob, 44, maut manakala Zakaria Taib, 43, parah selepas dirempuh kereta Proton Gen 2.

Katanya ketika kejadian, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakannya sedang menunggang motosikal secara berasingan pulang ke rumah selepas bertengkar bersama suspek di sebuah kedai kopi di kampung berkenaan.

"Ketika ketiga-tiga rakan tersebut dalam perjalanan meninggalkan kedai berkenaan, suspek yang berusia 40 tahun itu bertindak mengejar dan melanggar dua mangsa itu dengan keretanya.

"Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa dan suspek telah bertengkar sebelum seorang rakan mangsa mengajaknya pulang dan ketika mereka meninggalkan kedai kopi tersebut, suspek telah berkata kepada Rohadi 'aku langgar kamu'," kata Ab Rahman kepada Bernama di sini hari ini.

Susulan rempuhan tesebut, kedua-dua mangsa terpelanting ke tengah jalan dan suspek terus bergerak ke depan dengan membuat pusingan U sebelum sekali lagi merempuh kedua-dua sahabat berkenaan dan terus melarikan diri.

Ab Rahman berkata seorang lagi rakan mangsa yang menyaksikan insiden itu, dengan bantuan orang kampung bergegas membawa kedua-dua mangsa ke Hospital Setiu.

Bagaimanapun Rohadi yang berasal dari Kampung Bukit Loyat, Setiu maut ketika dalam perjalanan ke hospital manakala Zakaria yang berasal dari Kampung Jelapang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.

Ab Rahman berkata suspek yang bekerja sendiri itu diberkas 8.20 malam pada hari kejadian dan turut merampas kenderaan yang digunakan melanggar mangsa.

Suspek yang berasal dari Kampung Jelapang itu kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment