Monday, October 20, 2014

RG2014... Fw: MENTERI CAKAP IBADAH HAJI HANYA BUANG TENAGA DAN TIDAK PRODUKTIVITI.

 



INILAH WAJAH MENTERI YANG CAKAP IBADAH HAJI HANYA BUANG TENAGA DAN TIDAK PRODUKTIVITI.

omakkau.blogspot.
Hati-hati ketika berucap. Walau tidak suka pada sesuatu, lebih baik menahan diri agar tidak melontarkan perkataan yang tidak elok atau menghasut, lebih dahsyat menghina dan memperlekehkan ibadah agama.

Contoh paling jelas adalah seorang menteri Bangladesh ini.Abdul Latif Siddique, Menteri Telekomunikasi Bangladesh ketika berada di New York bersama dengan Perdana Menteri Sheikh Hasina, telah mengeluarkan kenyataan kontroversi yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan.

"Sampai mati saya menentang ibadah Haji dan Jamaah Tablig. Dua juta orang pergi ke Arab Saudi untuk melakukan Haji. Haji hanya buang tenaga. Mereka yang melakukan haji tidak mempunyai produktiviti. Mereka hanya merosakkan ekonomi dengan menghabiskan banyak wang di luar negera," ujarnya.

Kenyataan Siddique ini menerima kecaman di seluruh negeranya sendiri.

Akhirnya, dia digugurkan daripada kabinet selepas bantahan daripada parti-parti pembangkang.

"Keputusan telah diambil untuk memecatnya daripada Kabinet," kata pegawai dari Pejabat Perdana Menteri yang tidak mahu namanya disiarkan.

The Daily Star juga mengesahkan pemecatan itu dalam laporannya yang disiarkan di laman webnya.

Beliau juga mengkritik kumpulan Islam bukan politik, Jamaah Tablighi, berjuta-juta pengikut yang berkumpul di luar ibu negara Bangladesh setiap tahun dalam apa yang dipanggil perhimpunan pihak berkuasa Islam yang kedua terbesar selepas Haji. Beliau berkata, "kira-kira dua juta orang yang berkumpul tidak melakukan apa-apa kerja kecuali menghentikan pergerakan trafik di seluruh negara," kata Siddique.
 
 

Mahkamah arah tangkap bekas menteri

kedahlanie.info

Dhaka 16 Okt. - Mahkamah Majistret Metropolitan Dhaka semalam mengeluarkan perintah bagi menahan bekas menteri Kabinet yang dipecat minggu lalu selepas penduduk Islam negara ini mengadakan bantahan ekoran kenyataannya yang mengutuk jemaah haji.

Ketua mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas Abdul Latif Siddique yang didakwa mencetuskan sentimen keagamaan terhadap penduduk majoriti Muslim Bangladesh.

Inspektor polis, Aminur Rahman berkata, waran itu telah dihantar ke balai polis di kawasan kediamannya.

Abdul Latif dalam satu rancangan televisyen berkata, para jemaah yang menunaikan ibadat haji tidak produktif dan hanya menghabiskan wang di luar negara dan merugikan ekonomi. - AFP

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment