Nyam, nyam,nyam,, woi.. sedapnya....
Apa yang aku nak sampaikan,, rupanya ada hamba Allah sampaikan lebih power ayat-ayatnya.... jadi aku copy and paste saja tolong sebarkan,, pakat sama-sama baca..
Bang Wan Assalamualaikum warga Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Setelah berbulan lamanya berbincang mengenai cermin gelap dengan dihadiri oleh pakar2 hasilnya keputusan baru mengenai cermin gelap tak beza banyak dengan yang sebelumnya. Amat mengecewakan keputusan terbaru ini.
Mengapa Agong Sultan Menteri dan VIP lain dibenarkan bercermin gelap? Atas alasan keselamatan? Golongan2 ni kalau p mana Polis yang dilengkapi senjata setiap kali akan mengiringi Golongan ini kemana saja depa p siap tutup jalan. Adakah peragut beg yang pecah cermin kereta berani pecahkan cermin kereta golongan ni untuk meragut beg tangan? Cermin kereta golongan ini pun cermin kalis peluru jadi takat katok tu takkan pecah.
Tetapi kereta orang awam biasa terdedah pada risiko kerana nampak mana lokasi letak handbag dan barang2 berharga. Cermin kereta awam majoriti bukan kalis peluru. Ingat takat tinted cermin pecah tapi takkan hancur? Pencopek laknat ni ada cara tersendiri depa macamana nak kopak cermin kereta.
Malaysia beriklim tropika jadi dalam ertikata lain PANAS. Jika kebenaran untuk golongan ini bercermin gelap sebab nak bagi depa selesa awat kami orang awam tak perlu selesa. Biaq panas dalam reta saja ka? Bayangkan parking reta kat parking awam yang tidak berbumbung 30 minit pun bahang dalam kereta macam nak sama oven. Jangkamasa panjang boleh merosakkan interior dalaman kereta. Golongan ni takpalah sebab depa beli kereta rasmi guna duit rakyat dan jika depa beli kereta peribadi pun takpa sebab duit depa belambak tak macam kami ni golongan pertengahan dan bawahan.
Kalau golongan ini tau panas dan tak selesa begitu juga kami ni. Kami yang ada anak kecil ni kalau dok reta lama2 depa tak selesa panas sepasai, bahang kepanasan matahari lagi. Silau dek pancaran cahaya matahari.
Saya minta JPJ tolong semak semula ketelusan cahaya ini. Logikkah kereta nak cermin gelap kena minta kebenaran JPJ sedangkan kereta ni kami beli siap bayaq cukai guna duit kami sendiri. Bukan dapat subsidi dari kerajaan pun.
Janganlah bersikap golongan tertentu saja yang boleh cermin gelap. Kalau beginilah cara JPJ patutnya golongan seperti Agong Sultan Menteri VIP juga tidak dibenarkan bercermin gelap.
Tu tak kira lain ada setengah pegawai JPJ saya ulang ADA SETENGAH PEGAWAI JPJ yang bercermin gelap. Memang JPJ tidak membenarkan pegawai2 bercermin gelap tetapi realitinya reta depa juga bercermin gelap gila2. Takat keluar notis depa bawa reta lain atau nek motor p reja.
Aku nak tanya, dah berapa kumpulan raja kena rompak, bunuh, dah berapa orang pegawai tentera polis kena bunuh, berbanding dengan rakyat biasa yang dinafikan hak keselamatan bersama.
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
Senang jer jom kita suruh menteri2 yg jaga depa jawab depan tv..rakyat yg soal depa tlong jawab..LIVE..!!!
Bukannya Kastam atau JPJ atau Puskakom tak mahu bertindak tapi dimalaysia kita ini semua ketua jabatan yang boleh menghasilkan wang mereka akan diarah untuk mengutip seberapa banyak yang boleh itulah sebabnya bukan saja JPJ Kastam dan Puspakom saja bahkan majlis bandaran dan kerajaan tempatan pun jika kita lihat semua cukai dikenakan sampai ruang parking yang sempit pun digunakan jika salah letak atau parking sekejab untuk beli air dan sebagainya akan disaman atau dikunci itulah sebabnya juga penguatkuasa yang dipilih pun bukan jenis yang ada budibicara hanya pada fikiran mereka aku mesti dapat hasil dan bos akan lihat aku buat kerja,itulah sebabnya hari ini penguna tidak taku dengan undang-undang sebabnya dimalaysia undang-undag bukan untuk mendidik tapi untuk memungut denda dari rakyat yang engkar,ingatlah selagimana undang-undang tidak dipatuh selama itulah peraturan tidak akan tegak dan hari ini orang ramai tidak hairan dengan denda dan saman bahkan dipenjara sekali pun mereka tiadak akan takut itulah sebabnya juga dipenjara dipenuhi oleh pesalah-pesalah hanya keran mencuri kasut dan sebagainya,oelh itu pehak penguatkuasa dengarlag suara rakyat demi untuk kebaikan bersama,kita lihat dinegara jiran kita kenapa bila kita kesena kita boleh patuh dengan undang-undang mereka sebagai contoh bila perokok membuang puting rokok tak sampai 15 minit tunggulah akan sampai penguatkuasanya wmengur kita sebelum mereka keluarkan saman bolehkah kita berbuat demikian dimalaysia fikirlah sebelum bertindak.
Soal cermin gelap ini "small matter" sahaja, tetapi soal pokok yang besar dan terlalu penting terhadap rakyat adalah "rasuah lesen memandu". Rata-rata calon dan pengajar Institut Memandu tahu akan wujudnya rasuah ini terutama di kalangan "tester - penguji JPJ, tetapi mereka diamkan sekian lama kerana masing-masing nak jaga periuk nasi. Pihak SPRM pula akan menyiasat sekiranya ada laporan dibuat jika tiada laporan maka mereka goyang kaki sahaja dan makan gaji buta. Semuanya bermula apabila pihak tester JPJ ini terlalu lama bertugas di sesuatu tempat atau daerah, sepatutnya mereka perlu ditukar paling lama 2 tahun bertugas di sesuatu daerah tapi yang ada sekarang hingga 15 tahun masih di daerah atau penempatan yang sama maka wujudlah rasuah secara besar-besaran. Mana mampu seorang tester JPJ memiliki Alfard atau Vellfire dengan gaji gred mereka? Pengarah JPJ dan SPRM tolong bertindak demi anak bangsa kamu yang akan datang sementara mood dan moral serta kepercayaan rakyat yang masih berbaki terhadap jabatan dan integriti jabatan kamu masih ada. Trm kasih
aku sokong dgn pendapat2 di atas...mmg tepat skali
Pelik lah kat M'sia nie. Pemimpin bukan fikir utk menyenangkkan rakyat tetapi fikir mcmmana nk susahkan rakyat. Bukan niat utk memuji negara luar ttp di m'sia seolah2 semua org mempunyai saman bukan 1 tp lebih dr satu. cuba lihat sje pd iklan di TV smpai tunjuk bgmna cara mudah nk byr saman. nie menunjukkan semua org ada saman. Di Amerika cthnya spjg berada disana sy langsung x jumpa tol ttp kt m'sia keluar rumah shj dh nmpk tol. wlpn disana mereka menggunakan kereta lebih canggih dr kita ttp mereka masih menggunakan ron 87 dgn harga yg murah. knp kita hanya menggunakan kereta biasa perlu menggunakan ron yg tinggi 95. jln raya yg mereka guna juga dibuat utk jangka masa yg pjg tidak perlu diusik ttp di M'sia mereka hanya tambah 1 lane natijahnya bertahun mengadap jem yg tak sudah. dn slps siap planning lagi utk tmbah lane. knp pemimpin x fikir utk menyenagkan rakyat.
Soalan..knp pemimpin x fikir utk menyenangkan rakyat...sbb pemimpin memikirkan untuk menyenangkan.....jawab sendiri laa...
well said !!.
"lebih mustajab lagi sekiranya pihak SPRM dapat menyiasat terlebih dahulu JPJ, Puspakom dan kastam.."
"Pengarah JPJ dan SPRM tolong bertindak demi anak bangsa kamu yang akan datang sementara mood dan moral serta kepercayaan rakyat yang masih berbaki terhadap jabatan dan integriti jabatan kamu masih ada.."