[KISAH MASYARAKAT] Astagfirullah, Ini Kerja Manusiakah Atau Kerja Binatang?
Bayi melecur di rumah pengasuh
Melaka: Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan melecur teruk di sebahagian punggungnya dipercayai didera pengasuhnya dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Tangga Batu, dekat sini, Selasa lalu.
Sebahagian punggung bayi itu dipercayai dicucuh dengan benda panas sehingga melecur ketika dijaga pengasuhnya.
Bapa bayi itu yang hanya mahu dikenali sebagai Asmadi, 28, mendakwa, bayinya itu dihantar ke rumah pengasuh oleh isterinya seperti biasa sebelum ke tempat kerja pagi Selasa lalu.
"Isteri menjemput anak kami itu di rumah pengasuh jam 6.50 petang dan ketika dalam perjalanan pulang, dia kelihatan merengek dan gelisah.
"Sebaik tiba di rumah, bapa mendukung anak saya sebelum tiba-tiba meraung kesakitan apabila punggungnya disentuh. Pelik dengan perkara itu, bapa menyelak lampin pakai buang sebelum melihat kesan seolah-olah terbakar di punggung anak," katanya, di sini, semalam. -HM
ULASAN GB
Terlewat sedikit GB temui berita ini. Asyik layan bab politik jer...
Perkataan pertama yang keluar ialah KEJAM... begitu kejam sekali Ya Allah manusia yang melakukan hal demikian kepada seorang bayi yang tak mengerti apa-apa.
Kita berharap pelakunya segera ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan...
comments:
Taosuotaosuo suo said...
-
Astaghfirullahal'azim, dah bawa untuk rawatan perubatan ka? Dah lapor ke pihak berwajibka ? MasyaAllah, LA haulawala qua ta Illa billah. Semoga cepat sembuh Dan MAnusia di mana2 saja ambil iktibar akan para penting belas kasihan sesama makhluk Dan kesobaran terutama pada kanak2.
- air gunung said...
-
??????????
- Anonymous said...
-
Ya Allah
Kelmarin saja saja cuba masak guna perisa tomyam sbb rasa sayang sebiji tomato dan dua ketul ayam bahagian daging terbiar lama
Tgn kiri terkena kuali bila masukan perisa tom yam terus angkat tangan dan panas nya walaupun tak melecet terasa smp tghari semalam
Melihat kecederaan anak itu membuat hati ini terasa sakitnya - Tunggu Kau said...
-
hukuman setimpal utk binatang tu ialah sebat kt punggung sampai cedera sepertimana yg dia lakukan pada kanak2 itu.
hamba volunteer jadi tukang sebat, free pun tkpe.
Punca Kematian Bayi 3 Bulan Di Tadika Permata Bonda Putrajaya
Pukul 7:05 pagi :
- Muhamad Zamri Anuar dan Nafisah Ahmad Jauhari telah hantar bayi Nur Imna Khalisa ke Taska Permata Bonda Putrajaya Presint 11
Pukul 5:45 petang :
- Pada mulanya, hanya Nafisah Ahmad Jauhari dan anaknya Muhamad Zikri Rayyan berumur 5 tahun yang masuk ke premis taska Permata Bonda itu untuk mengambil semula bayi Nur Imna Khalisa. Manakala Muhamad Zamri Anuar dans eorang lagi anak prempuannya, Nur Airis Khadijah berumur 4 tahun tunggu di dalam kereta yang mana hanya sekitar 10 meter sahaja daripada taska Permata Bonda Presint 11 Putrajaya itu.
- Tiba-tiba, Muhamad Zamri Anuar (34 tahun) dan isteri, Nafisah Ahmad Jauhari (32 tahun) melihat bayi Nur Imna Khalisa agak kaku dan kebiruan apabila sampai ke premis taska Taska Permata Bonda Putrajaya Presint 11.
- Bayi Nur Imna Khalisa dilihat keadaan terlentang di dalam tempat bayi dan terdapat semuat di leher dan dadanya. Pada keseluruhan badan bayi Nur Imna Khalisa ada tanda gigitan semut pada bahagian belakang badan, telinga dan bahagian mata serta hidung berdarah juga belakang berbirat kelihatan berbirat
- Difahamkan Bayi Nur Imna Khalisa ditinggalkan begitu sahaja tanpa penjagaan dan pemantauan sejak dari pukul 3 petang. Bayi Nur Imna Khalisa tidak minum susu sejak pukul 3 petang lagi
- Pada ketika ini, kes kematianNur Imna Khalisa meninggal dunia ini masih menunggu keputusan autopsi yang bakal mengambil masa yang agak lama sekitar 8 minggu. Moga dipermudahkan segala urusan. Insyaallah. Amin.
Informasi mengenai Taska Permata Bonda Putrajaya Presint 11
- Mempunyai 5 pengasuh
- Menjaga seramai 33 kanak-kanak (9 bayi dan 6 transit selepas sekolah)
- Seorang pengasuh telah ambil cuti sakit paha hari kematian Nur Imna Khalisa
- Taska Permata Bonda terus beroperasi seperti biasa sehingga ke hari ini
- Ibu bapa terus menghantar anak mereka seperti biasa
- Pengusaha taska, Puan Noraini Binti Mat dikatakan telah menghilangkan diri pada ketika ini tanpa berjaya dikesan
(Sozycili)
Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post | • | Reply to sender | • | Reply to group | • | Start a New Topic | • | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
kena anak menteri baru melenting golongan atasan..
hukuman bunuh. setimpal. dikira membunuh juga tu..
Aku nak bukak bisnes taska..tapi syarat CLIENT KENA SERAH REKOD PERUBATAN ANAK2. Mana x nya ..nak tunggu autopsi tunggu dlm lokap..yg last aku ingat sbb ada penyakit baby tu.