Sunday, October 19, 2014

RG2014... Keluar fatwa haramkan ketum - PEMADAM

 

   Keluar fatwa haramkan ketum - PEMADAM

Kategori: Kedah
Diterbitkan: Sabtu, 18 Oktober 2014 23:32
Hit: 23

JITRA: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa yang mengharamkan penggunaan daun dan air ketum di negara ini. Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Johari Baharum, berkata ini kerana penggunaan air dan daun ketum akan memudaratkan kesihatan mereka yang mengambilnya secara berlebihan dan berterusan.

Beliau berkata, pihaknya bimbang kerana penyalahgunaan ketum kini menular dalam kalangan pelajar sekolah yang menjadikan air ketum sebagai minuman harian, malah turut dibawa ke sekolah.

"Penyalahgunaan ketum amat serius. Dahulu, di utara Semenanjung sahaja tetapi kini ia telah merebak ke Terengganu, Perak dan Pahang.

"Saya terima aduan ada nelayan di Pahang minum air ketum sebelum ke laut," katanya pada majlis penutup seminar Penyalahgunaan Ketum: Pembunuh Senyap Anak Bangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan Hosba di sini, hari ini.

Mohd Johari berkata, PEMADAM juga berharap Jabatan Peguam Negara menyegerakan proses mewartakan penyalahgunaan ketum dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana ketum mengancam keselamatan di negara ini.

"Saya merayu kepada kerajaan agar dipercepatkan rang undang-undang berkaitan ketum ini agar tindakan boleh diambil terhadap pengusaha tanaman ketum yang merosakkan rakyat," katanya.

Sementara itu, Mohd Johari yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu meminta kerajaan Kedah menggubal undang-undang tanah bagi mengharamkan penanaman tanaman memudaratkan seperti ketum.

Katanya, kerajaan negeri berhak merampas tanah pengusaha ketum sekiranya melanggar undang-undang yang ditetapkan dan berhak untuk memusnahkan pokok ketum yang ditanam.

"Di Thailand, pihak berkuasa akan tebang pokok ketum selain mengenakan denda 500 baht bagi sehelai daun ketum," katanya.

- BERNAMA


p/s: Buat apa nak haramkan yg halal? baik kenakan GST saja kpd peminum ketum...

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment