Monday, October 20, 2014

RG2014... Ustaz Kazim: Jangan selepas ini buat kempen babi

 

KUALA LUMPUR, 20 Oktober:

Pendakwah bebas, Ustaz Mohd Kazim Elias menyifatkan penganjuran 'Kempen Saya Mahu Sentuh Anjing' adalah agenda halus untuk meliberalkan agama Islam.

Menurut kenyataan menerusi laman Facebook, beliau berkata kempen sebegini merupakan jarum halus yang dicucuk kepada umat Islam agar berfahaman lebih liberal.

"Ianya satu gerakan yang cukup halus untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya," jelasnya.

Katanya umat Islam di negara ini harus berhati-hati dengan setiap agenda yang dianjurkan bagi menjaga akidah masing-masing.

Jelasnya, aktiviti sebegini harus dipandang serius memandangkan ianya melibatkan urusan ibadat seharian.

"Tidaklah salah pegang anjing, tetapi apa sebabnya sampai buat kempen?.

"Berhati-hatilah dengan kempen sebegini, lepas kempen arak muncul pula kempen anjing lepas ini apa pula?" soalnya.

Tambah beliau, anjing tergolong dalam binatang mughalazah dan sama seperti babi.

"Tetapi nak dijadikan sebagai binatang peliharaan seperti kucing ayam dan lain-lain tidaklah boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan urusan ibadat seharian.

"Jangan selepas ini buat kempen babi dengan alasan bahawa babi sekarang sudah bersih dah diternak dalam 'aircond' dan mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabangsa," ujarnya.

Namun katanya tidak salah jika anjing dijadikan binatang untuk menjaga kebun bagi menjaga keselamatan rumah.

"Membela anjing untuk jaga kebun bagi menjaga keselamatan rumah dan mengesan barang jenayah tidaklah dilarang malah harus dalam Islam," jelasnya.

p/s: sokong, anjin sumer patot kene bunuh..kaco orang jer kerje..kucen pon takut nk lalu blkg rumah.


__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment