Thursday, October 2, 2014

RG2014... Minyak Naik 20 Sen - Salah Pakatan Rakyat - Sesi Mengumpat Pemimpin & Sultan. [1 Attachment]

 

Minyak Naik 20 Sen - Salah Pakatan Rakyat - Sesi Mengumpat Pemimpin & Sultan.

Nak mengumpat jap. 

Semalam minyak naik harga 20sen. Dan ramai la yang p maki hamun BN. Memang betul kenaikan minyak berkait rapat dengan polisi yang diperkenalkan BN. Iaitu rasionalisasikan subsidi. Ini bukan perkara baru. Semua tahu. Rakyat tahu. Aku tahu. Ko tahu. PR pun tahu.

Setiap 6 bulan semakan subsidi akan berlaku.

Dan setiap 6 bulan la, subsidi bagi perkara tertentu akan dikurangkan.

Mungkin minyak. Mungkin tepung. Mungkin pendidikan. Kita tatau apa. Kalau ikut point kerajaan, mereka neh taja macam2 subsidi untuk rakyat kononnya. So ada banyak. Semakan ini akan berterusan sehingga la kewangan negara mencapai satu tahap yang stabil.

Menurut kerajaan, subsidi ini dapat membantu mengurangkan defisit negara. Dan rakyat perlu bersama2 mereka untuk menyelamatkan ekonomi negara sebelum keadaan menjadi semakin teruk.

Point tue rakyat faham. Tapi apa yang rakyat nampak ialah, kenapa subsidi jadi sasaran pertama kerajaan untuk mengimbangi defisit negara. Kenapa bukan membanteras penyelewengan? Kenapa bukan meningkatkan kecekapan dalam agensi kerajaan supaya pembaziran dapat dikurangkan atau kenapa bukan kurangkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya?
Rakyat dijadikan target pertama untuk selesaikan masalah ekonomi dalam rasionalisasikan subsidi.

Dan rakyat dijadikan target pertama untuk tambahkan pendapatan negara dalam GST.
Maka, maksudnya, rakyat perlu keluarkan belanja lebih untuk mendapatkan barang (subsidi kurang) dan dalam waktu yang sama rakyat perlu membayar cukai yang lebih banyak kepada kerajaan (GST) = TANGGUNGAN RAKYAT MENINGKAT.

Nampak?
Dan sebagai balasan di atas pengorbanan itu apa yang rakyat dapat?
Pertama. Harga rumah semakin mahal. Rakyat semakin susah nak beli rumah. Menumpang atau menyewa. Nak beli rumah lelong pun susah sebab perlukan wang deposit yang banyak. Pinjaman bank masuk riba. Permainan spekulasi. Dan geng2 agent hartanah yang dok beli rumah banyak2 dan jual semula dengan tujuan mencapai keuntungan. Rumah dijadikan alat kapitalis untuk menambahkan kekayaan.

Kedua. Kos sara hidup tinggi termasuk makanan. Orang kita perlu makan. Bayangkan. Harga makanan sudah sangat tinggi. Ada cadangan bodoh dari malaon2 BN mengatakan jangan makan langsung makan segera macam kepsi dan mekdi. Memang la. Dalam waktu yang sama malaon2 dari BN juga yang dok promote suruh jangan boikot mekdi. Kalau boikot macam mana dengan kakitangan mekdi. Dah tue bila ko suruh boikot mekdi bila kerajaan naikkan harga minyak tak pula ko fikir macam tue kan. BAHLOL.

Ketiga. Pendidikan, perubatan, keselamatan menjadi alat kapitalis. Kalau ko takde duit, ko nak melakukan rawatan pun susah. Kena langgan kad insurans. Ada orang2 yang miskin yang akhirnya mati begitu sahaja sebab terkesan dengan situasi. Semakin mahal kau bayar semakin bagus pendidikan yang akan datang kepada kau. Yakni. Pendidikan yang baik esklusif untuk orang2 kaya dan berduit. Maka yang tak berduit neh ke mana hala tuju mereka? Sekolah pintu kopak. Perpustakaan buku macam tak cukup makan. Cikgu macam baru balik pasar. Robot. Telan. Terima. Telan terima. Melawan? Pengkhianat. Orang miskin jadi takut. Aku buat salah ke kalau berbeza? Bukan kerana berbeza, salah kerana kau miskin. Dan semakin banyak duit dalam poket kau, semakin tinggi kedudukan kau dalam masyarakat maka keselamatan diri kau semakin penting. Ada diskriminasi kat situ. Orang kaya, VVIP, ahli politik, ada 1 nyawa, rakyat biasa ada 10 nyawa. Jadi peduli apa polis semua dengan nyawa kau. Kalau kau mampos pun mampos la. Jadi apa isunya.

Ini yang rakyat dapat. Mereka mahu lebih dari kita dan kita bagi. Tapi apa yang kita dapat sebagai balasan ialah diskriminasi kelas masyarakat di negara ini. Kita tidak mendapat layanan yang adil.

Bahasa kasar. KASTA lah senang cakap. Negara kita membentuk sistem kapitalisme berkasta.

Dan bukan itu saja. Mereka juga gagal menyediakan prasarana yang adil kepada semua. Pembangunan terpilih. Di sesetengah tempat ada sistem jaringan pengangkutan yang menyeluruh, tapi di sesetengah tempat pula tiada. Bahkan bas 2 jam sekali. Dan ini mereka kata kalau tak mampu isi minyak maka jangan la pakai kenderaan. Takde kenderaan macam mana nak keluar pula? 
Oke. Enough of bercakap isu kenaikan minyak. Sekarang kita tengok pula bagaimana kenaikan minyak ini boleh dikatakan berpunca dari salah pembangkang.
Kisahnya begini.

1. PR ialah pembangkang lantikan rakyat di negara ini untuk memantau proses pentadbiran negara.

2. Rakyat bayar gaji kepada wakil2 rakyat PR.

3. Namun PR gagal menjadi pembangkang yang betul apabila sesama mereka berbalah mengenai kuasa, kedudukan dan pangkat.

4. Bukan hanya di Selangor bahkan di setiap negeri yang mereka kuasai. Samada dalam skala kecil mahupun skala besar.

5. Selain daripada bergaduh, mereka juga gagal melakukan kerja dengan betul.

6. Contoh. Mereka fikir dengan hari2 dok pergi program rasmi itu rasmi ini, majlis makan itu majlis makan ini, dok tunjuk muka kat rakyat, dok bersembang hihi haha itu ialah kerja wakil rakyat. Padahal kerja mereka yang sebenarnya ialah cari masalah rakyat dan sediakan solusi. Pergi kepada masalah ialah kerja mereka yang sebenarnya. Tetapi apa yang mereka buat ialah pergi kepada millage. Maksudnya bila orang dok potpet isu2 popular, tetiba muka depa terpacak sama bahas. Kita sembang isu gelandangan kang tetiba wakil rakyat PR dok terpacak menyibuk buat2 kerja konon simpati kepada gelandangan. WHAT THE HELL. 

7. Kalau mereka buat kerja, samada wakil rakyat atau bukan wakil rakyat, maka mereka akan tumpu untuk bahas isu tempatan. Contoh. Di Sarawak, pembangkang boleh bahas isu pengangkutan. Manakala di Selangor, pembangkang (kerajaan negeri) perlu bahas isu perumahan. Hari2. Bagi kerajaan kau tension. Sebab selagi masalah ini TIDAK MENEMUI TITIK PENYELESAIAN YANG MUKTAMAD MAKA MASALAH INI MASIH MASALAH DAN BELUM SELESAI. OLEH KERANA IA BELUM SELESAI ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB KAU UNTUK MERANGKA STRATEGI BAGI MENEKAN KERAJAAN HABIS HABISAN SAMPAI DORANG TAK BOLEH NAK BERNAFAS. CARI. SELONGKAR. SELIDIK. BUKA. TINJAU. KEJAR. PANTAU. DEDAH. BIAR DORANG NAIK GILA DENGAN KAU PUNYA MOVEMENT.

8. Kenapa kau kena buat dan kenapa bukan aku sebagai rakyat biasa tak boleh buat? Sebab kau ada gaji ma. Aku takde gaji. Aku buat la setakat mana yang aku termampu buat sebagai rakyat biasa untuk tingkatkan kesedaran di kalangan masyarakat. Korang semua patut buat hingga ke peringkat nasional. Macam neh kita bekerjasama bawa isu.

9. Tapi itu tak berlaku antara rakyat dengan pembangkang. Sebab pembangkang dok merepek ke laut dalam beberapa bulan terakhir ini dok sibuk menjaja isu krisis MB di Selangor.

10. Pembangkang lemah, kerajaan kuat. Kerajaan berbuat sesuka ahti disebabkan mereka tahu bahawa tiada apa2 gerakan yang mampu menggangugugat polisi ciptaan mereka hingga ke tahap menjejaskan persepsi dan sokongan rakyat terhadap kerajaan.

11. Dari BERSIH sampai la ke NGO TURUN, semua sudah dipengaruhi dengan elemen partisan, diskriminasi, bias dan berpropaganda. Buat apa kita nak tipu2. Dengan manusia boleh la. Dengan Allah? Boleh tipu?

12. Bila kerajaan melihat bahawa gerakan kita bukan sahaja tidak kuat, tidak tersusun, hilang matlamat asal, tiada sokongan pula tue, maka dorang berani naikkan harga minyak beberapa hari sebelum raya. Ada aku kesah? Kalau ko kesah pun apa kau boleh buat? Demo? Ko ingat rakyat nak turun? Baik dorang cari rezeki untuk hari esok. Hartal? Apa logiknya nak berhartal. Ingat kapitalis nak tutup kedai2 dorang dan mogok duduk di rumah satu hari? Sesama rakyat pun tak bersatu. Kelas peniaga dan kelas pekerja bermusuh. Rakyat tertindas pun bermusuh dengan rakyat tertindas. Non partisan bermusuh dengan partisan. Jadi bila kita semua saling bermusuh, berpecah belah, tidak bersatu ini la peluang untuk kerajaan manipulate kelemahan kita dan seterusnya menggunakan ia untuk menindas kelas rakyat. Nak salahkan pemimpin? Salahkan pembangkang dulu yang tak pandai membawakan peranan dan merangka strategi. Sepatutnya dorang kerahkan pemikiran dorang. Macam mana nak satukan rakyat yang berbeza kelas untuk duduk atas landasan keadilan agar semua mendapat manfaat dengan cara yang sepatutnya. Strategi Kajang Movie yang menjadi tragedi tue pandai la dorang.

13. Tapi akhirnya yang melantik kerajaan pun rakyat. Yang melantik pembangkang pun rakyat. Penyudahnya rakyat lantik rakyat kena. Salah lantik kerajaan. Salah pilih pembangkang. Wakil rakyat berbeza parti gaji tetap jalan tetap masyuk. Elaun tetap bersepah, saham tetap ada. Kedudukan dalam GLC, boleh jadi ahli majlis. Duduk dalam syarikat kerajaan negeri, ada jawatan ada pangkat.

Rakyat kena sebab rakyat bodoh.
Nak kritik pembangkang takut.
Nak kritik kerajaan takut.
Nak kritik dua2 takut.
Nak berpihak kerajaan kena anti pembangkang.
Nak berpihak pembangkang kena anti kerajaan.
Taknak berpihak takut dikatakan takde pendirian.

Takut. Bodoh. Peluang yang tinggal jadi la catur. Kalau taknak jadi catur, jangan jadi takut, jangan jadi bodoh, keluar dari kebiasaan. Laukkan kerajaan dan pembangkang kaw2 di setiap tempat kita supaya dorang faham maksud sebenar wakil rakyat ialah mewakili rakyat untuk membahaskan masalah2 rakyat bukan rakyat yang kena dengar masalah2 parti dorang.

Kegagalan PAKATAN RAKYAT jelas terbukti bila BN bertindak menaikkan harga minyak sebelum raya. Walaupun BN memang mahu merasionalisasikan subsidi tidak semestinya menaikkan harga minyak ialah option yang mereka akan pilih andaikata pembangkang tak sibuk bergaduh sesama sendiri.

Dan sekarang geng2 pembangkang neh sibuk ajak kita berdemo sana sini. Mula cari political millage dan buat2 simpati akan perkara yang dihadapkan ke atas kita. Dengan demo, minyak akan turun? 
Minyak takan turun.

Bila rakyat bagi buah fikiran agar berhenti bergaduh mereka taknak dengar dan sekarang mereka sibuk berharap kita akan sokong tindakan mereka dalam merangka strategi bagi melawan BN yang menaikkan harga minyak.
Rakyat. Sampah ke? Sampah?

Rakyat. Takde maruah ke?

BULLSHIT SEMUA PARTISAN NEH. Bila kita hulur tangan minta tolong, dorang buat derk. Sekarang sibuk2 tanya mana tangan kita. Bila kita kritik dorang akan spin dengan mengatakan sudah la kita lupakan kisah lama dan kembali la ke perjuangan asal. PERGI MAMPOS LA KORANG SEMUA. BACA ELOK2 APA YANG AKU TAIP. PERGI MAMPOS LA KORANG SEMUA.
Kasar kan? Tapi memang aku sakit ahti. Aku takde minat nak jadi munafiq atau hipokrit. Motto aku biar aku dibenci kerana jadi jujur dari aku dibenci kerana berpura2. Okay?

Aku tak declare war dengan pembangkang. Tapi aku declare aku merajuk hingga la emosi stabil aku direstoredkan kembali. Aku merajuk. Faham. Merajuk. Kerana aku neh orang dan bukan pula batu maka aku memang patut merajuk dengan pembangkang. Setelah apa yang mereka buat sejak kebelakangan ini.
 
Dan demo apa jadah sekarang neh semua dah tak relevan. Kenapa aku cakap tak relevan. Sebab kau semua sedang berurusan dengan manusia. Bukan kayu bukan batu. Ada emosi ada rasa sakit ahti. Krisis Selangor masih lagi berbekas di ahti mereka.

Kau ingat bila geng2 pembangkang buat demo orang nak turun?
Partisan nak turun?

Geng2 DAP kalau turun, geng2 PAS tak peduli.
Geng2 PAS kalau turun, geng2 PKR plak malas campur.
Nampak?

Jadi demo bukan pilihan. Ia pilihan kalau Hadi, LKS dan DSAI bersama2 turun, pakai baju biasa, tidak berucap atau berceramah atas pentas, jalan dengan rakyat tanpa bodyguard, pegang memo dan SERANG PUTRAJAYA.
Bahas directly dengan Najib depan2. Bila parlimen bersidang, kau guna stail parlimen bersidang, bila tiada persidangan parlimen, kau guna stail gerakan rakyat. Itu baru la pembangkang namanya. Jangan sikit2 nak hadap rakyat di hadapan kau. Sebab rakyat bayar korang gaji untuk jadi pembangkang. Macam kau bayar orang gaji untuk kemas rumah. Sudah la kau bayar dia gaji, takan ko pula yang nak kemas rumah. Begitu juga dengan rakyat. Sudah la kami bayar ko gaji, maka kau la yang berperanan kena lawan kerajaan kaw2.

BUAT LA KERJA KORANG. KENAPA NAK SURUH RAKYAT TURUN DEMO PULA. TAK NAMPAK KE SEMUA TENGAH SAKIT AHTI NEH. NGOK.

Untuk mengajar pembangkang. Kita boikot la apa2 anjuran demo oleh mana2 geng pembangkang. Samada partisan mahupun NGO friendly pembangkang. Biar sesama dorang aje yang participate memandangkan kita dilayan bak kain buruk macam takde nilai. Jadi manusia, kita perlu juga ada sedikit ego supaya tak dipijak2 kepala kita.

Bukan kita nak jual mahal ke ataupun mengungkit kisah silam ke tapi sebagai manusia kita pun ada perasan. Kita bukan batu yang boleh diperbatu2kan untuk buat rumah ke apa. Kita manusia oi. Bila diabaikan kita tahu rasa marah dan geram.

Sebagai rakyat aku dah hilang mood untuk participate dalam masa terdekat melainkan event yang terbukti jelas anjuran rakyat. Mana2 anjuran parti politik pembangkang adalah anjuran bersifat gila glamer.

Dan last not least, minyak sudah naik. Pembela2 sultan aku nak tanya. Mana sultan2 kesayangan korang semua. Ada mereka bersuara bagi pihak rakyat?

Dah aku cakap banyak kali. Jangan bagi alasan kat aku bahawa sultan tak boleh terlibat campur dalam urusan politik. Setakat nak kritik kerajaan yang menaikkan harga minyak apa la sangat campurtangannya? Aku pun boleh kritik tindakan kerajaan. Takan sultan tak boleh? Tak powernya sultan korang. Nak bercakap macam tue pun tak boleh ke?
Sultan kalau bersama rakyat ini la masanya untuk tunjuk pailang kat Barisan Nasional.

Semalam elok je sultan Perak dok kritik kerajaan isu rasuah.
So sekarang mana semua sultan sultan kesayangan korang. Suruh mereka semua bangkit. Lawan. Untuk rakyat. Kita sedang tertindas. Dan kita perlukan orang2 power macam sultan untuk ambil peduli masalah rakyat supaya BN tak sewenang2nya pijak kepala kita macam sekarang. Bila sultan tak siding rakyat apa ke logiknya aku nak siding mereka? Ada otak fikir la.

Jangan asyik nak membuli rakyat tertindas aje la. 

Kbai.

__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Check out the automatic photo album with 1 photo(s) from this topic.
lawan.jpg

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment