Thursday, October 2, 2014

RG2014... Contohi Tun M naik harga minyak

 

Contohi Tun M naik harga minyak
  • Orang ramai mengambil peluang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di bandar Jertih, malam kelmarin. Orang ramai mengambil peluang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di bandar Jertih, malam kelmarin.
1 / 1

JERTIH - Pengumuman pengurangan subsidi bahan api sebanyak 20 sen yang menyumbang kepada kenaikan petrol dan diesel semalam menyebabkan stesen minyak di sekitar daerah ini menjadi tumpuan.

Tinjauan Sinar Harian, malam semalam mendapati orang ramai mengambil kesempatan untuk mengisi minyak sebelum harga bahan bakar itu dinaikkan.

Keadaan agak sesak di sebuah stesen minyak di bandar Jertih menyebabkan anggota polis terpaksa mengawal lalu lintas.

Seorang pembantu kedai, Mohd Hanif Sulaiman, 39, berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu kerajaan menaikkan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen petang kelmarin.

Menurutnya, walaupun dia tidak menggunakan bahan api yang banyak setiap hari kerana jarak rumahnya dengan tempat kerja dekat, namun dia yakin susulan kenaikan bahan api, harga pelbagai jenis barangan akan turut naik selepas ini menyebabkan dia yang berpendapatan rendah akan menerima kesan.

"Walaupun kerajaan kata hendak kawal agar kenaikan harga barangan melampau tidak berlaku, namun sebagaimana yang sebelum ini masalah ini tidak dapat diatasi.

"Penduduk yang tinggal di pedalaman akan menerima kesan dan rakyat semakin tertekan, malah pemberian BRIM tidak mampu untuk membantu rakyat sepenuhnya," katanya.

Mohd Hanif berkata, kerajaan hari ini wajar mencontohi zaman mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad memimpin negara yang menaikkan harga bahan api dalam jumlah yang rendah pada satu-satu masa seperti 5 atau 10 sen seliter.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment