Wednesday, October 1, 2014

RG2014... Fw: Panggillah saya Halimatus Sa'adiah,

 



Panggillah saya Halimatus Sa'adiah, kata gadis selepas sempurna syahadahnya

telokbakong.blogspot
faqar.blogspot
 
ZAINULFAQAR Yaacob (paling kiri) merakamkan gambar kenangan dengan Halimatus Sa'adiah (tengah) dan Dr. Rosnah Abu Hassan (dua dari kiri) serta dua tetamu lain sejurus selesai majlis syahadah, malam tadi.
 
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERMATANG PAUH - Rajeswari, 19, malam tadi menyempurnakan syahadahnya dan memeluk Islam di rumah Penasihat NGO dakwah Infaq Kebajikan Ummah Takaful (IKUT) Zolkifly Md. Lazim di sini.

Majlis mengucap dua kalimah syahadah itu dipimpin oleh doktor Dewan Bersalin Muslimah (D'BM Hospital) Dr. Hasnah Abu Haasan, dengan disaksikan oleh Azley Stanley (Presiden IKUT) dan Ustaz Abdul Malik Abdullah (Pegawai Dakwah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Setelah kesemua 12 saudara kandung diberi hidayah oleh Allah SWT, kini tibalah Rajeswari yang merupakan anak bongsu pula terdetik memeluk Islam.

"Ustaz Abdul Malik ada beritahu bahawa ibu susuan Rasulullah SAW adalah Ahlul Fatrah, maka panggillah saya (dengan nama tokoh tersebut, iaitu) Halimatus Sa'adiah," kata saudara baru berkenaan.

Ibu susuan Rasulullah SAW, Halimatus Sa'adiah dikatakan sebagai 'Ahlul Fatrah' kerana dalan hayatnya itu Nabi Muhammad SAW masih belum diangkat menjadi Rasul.

Ini berdasarkan firman Allah SAW yang bermaksud, "...dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah)." [Surah Al-Isra': 15]

Semoga Allah SAW memudahkan urusan agama dan kehidupannya dengan sokongan umat Islam lain.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment