Friday, December 5, 2014

RG2014... Kuah Yong Tau Fu

 



ResepiMasakanKini™

Sajian Hari Ini



Kuah Yong Tau Fu

Posted: 04 Dec 2014 08:23 PM PST

http://resipimasakankini.blogspot.com/2014/12/kuah-yong-tau-fu.html

Kuah Yong Tau Fu 

Teringat dulu masa zaman bersekolah,Yong Tau Fu masa tu boleh didapati dengan harga Rm 1.50 sebungkus.Saiz hidangan memang untuk seorang makan.Tetapi sekarang harganya pasti melebihi Rm 10.Bagi penggemar Yong Tau Fu seperti saya,sekarang kalau nak makan buat sahaja kuahnya sendiri.Jom kita share resepi Kuah Yong Tau Fu yang sedap.

Bahan-bahan Kuah Yong Tau Fu

10 tangkai cili kering
gula melaka atau gula merah
bijan goreng
gula (kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
sedikit ajinomoto


Cara-caranya membuat Kuah Yong Tau Fu

1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.

2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
4. setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5. masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.


Ada beberapa tips yang boleh menjadikan kuah Yong Tau Fu anda sedap.
Antaranya ialah :
1. Pastikan menggunakan api yang  kecil, dan jangan sesekali guna api yang kuat untuk menggoreng cili kering.
2. Sentiasa di kacau selalu cili kering yang sedang digoreng, dan jangan goreng cili terlalu perang atau jangan dibiar sampai cili menjadi hitam. kalau cili terlalu perang atau gelap warnanye, kuah yong tau fu akan menjadi pahit.
3. Belacan yang digunakan kalau boleh bakar sedikit, baru di kisar dengan bahan yang lain.
4. Air gula merah perlu ditapis dahulu dan pastikan gula merah mendidih dan larut sempurna.
5. Tambah kan 1 atau 2 sudu kecil MINYAK BIJAN dalam kuah supaya kuah menjadi wangi dan membuatkan kuah menjadi lebih sedap.
6. Kuah jangan terlalu cair, biarkan pekat sedikit kerana bila kita campurkan bahan-bahan sampingan yong tau fu yang telah direbus, kuah akan menjadi cair sedikit, kerana bahan yang telah direbus akan mengandungi air.
7. Apabila kuah yong tau fu telah dicampur dengan bahan rebusan,  topping sekali lagi yong tau fu dengan baki bijan goreng, supaya nampak lebih sedap dan menyelerakan.

Rendang Ayam Istimewa

Posted: 04 Dec 2014 08:09 PM PST


Bahan-bahan
-1/2 ekor ayam
-3 cawan santan pekat
-5 sudu makan cili kering yang telah dikisar
-2 sudu makan kerisik
-2 helai daun kunyit
-1 inci lengkuas(dikisar)
-i nici halia(dikisar)
-1 inci kunyit hidup(dikisar)
-3 ulas bawang putih(dikisar)
-2 biji bawang besar(dikisar)

Cara penyediaan
1-tumiskan bawang putih,bawang besar,halia,lengkuas,kunyit hidup-tumis sehingga naik bau
2-masukkan cili kering dan daun kunyit
3-masukkan ayam-masak sehingga ayam setengah masak
4-masukkan santan(kalau terlalu pekat boleh campurkan sedikit air atau santan cair)
5-masak dengan api perlahan sehingga ayam masak
6-masukkan kerisik,garam
7-siap intuk dihidangkan

Masak dengan api yang perlahan supaya ayam betul-betul masak

Selamat mencuba


__._,_.___

Posted by: ezza <ezza_shafie@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment