Friday, December 5, 2014

RG2014... Fw: Acer Malaysia perkenal tiga model baharu telefon pintar

 



Acer Malaysia perkenal tiga model baharu telefon pintar
 
selatanonline.net
Posted by penjualcendol
 
KUALA LUMPUR: Acer Malaysia memperkenal tiga model telefon pintar baharu Acer Liquid X1, Liquid Jade dan Liquid Z500.

Acer dalam satu kenyataan berkata telefon pintar berkenaan didatangkan dengan ciri-ciri khas tersendiri.


Acer Liquid X1 menawarkan prestasi tinggi, peralihan yang lancar dan antara muka yang dijana oleh 'octa-core' 1.7GHz dan pemproses grafik 'quad-core'.

Acer Liquid Jade yang memenangi anugerah sebelum ini, memiliki ciri-ciri yang anggun, sentuhan yang lebih lembut dan reka bentuk melengkung dengan dihiasi bingkai 'bezel'.

Acer Liquid Z500 pula lebih nipis dan selesa untuk dipegang, memiliki pembesar suara hadapan yang amat berkuasa dan Definisi Tinggi (HD), sesuai untuk hiburan.

Kedua-dua, Acer Liquid X1 dan Liquid Jade diperkenalkan awal tahun ini di pameran Computex 2014, Taiwan manakala Acer Liquid Z500 diperkenalkan di Berlin, Jerman ketika IFA 2014.

Acer Liquid X1, Liquid Jade dan Liquid Z500 masing-masing datang dengan tanda harga RM999, RM799 dan RM499, boleh didapati daripada penjual utama Acer di seluruh negara. - BERNAMA

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment