Tuesday, December 2, 2014

RG2014... Re: Fw: Sistem Sekolah Idaman Saya

 

As salam,

Memang bagus jika negara kita ada sistem persekolahan seperti ini. Tapi, semua ini macam mimpi sahaja. Dengan masalah kewangan negara yg melampau, semua ini tak akan menjadi realiti.

Dunia pendidikan kita, bukan semata-mata menghadapi masalah dari segi infrastruktur di tahap D atau E, malah sistem pendidikannya juga jauh lebih teruk lagi. Guru dibebani kerja2 ofisial yg tidak produktif. Sistem yg baru diperkenalkan (PBS) hanya cantik di atas kertas dan diiklankan sebagai sistem penilaian yg hebat. Tetapi, langsung tidak praktikal dan tidak menjurus kepada hasil yg lebih baik. Kemudian, bila ia tidak berjaya, disalahkan guru juga.

Sistem yg baik adalah sistem yg mudah dilaksanakan dan menghasilkan pelajar yg lebih cemerlang. Bukan cemerlang yg boleh diragui. Lihat sahaja keputusan PISA baru2 ini. Di mana kedudukan pelajar kita? Kenapa semakin jatuh terutama selepas perlaksanaan PPSMI?

Saya juga bersetuju dengan idea pelbagai aliran bahasa dalam sebuah sekolah. Kita buat sahaja satu sekolah yang besar dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Ini lebih dapat menjimatkan kos. Kaedah ini ada digunakan di sekolah2 internasional. Bangunan kelas sahaja diasingkan agar penerapan nilai dalam aliran itu dapat dilaksanakan dengan baik.







Sent from Samsung tablet

__._,_.___

Posted by: abiat07 <abiat07@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment