Thursday, December 4, 2014

RG2014... Fw: Selangor Pertimbang Air Percuma 40 Meter Padu

 



 
 
idahsalam.blogspot
duniacacamarba.blogspot
 

[The Malaysian Insider] Selepas beberapa tahun menikmati air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan, kerajaan negeri Selangor kini mempertimbangkan untuk meningkatkan jumlahnya kepada 40 meter padu selepas penstrukturan industri air Selangor dimuktamadkan pada September 2015.

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu akan disemak semula sebelum kerajaan negeri membuat keputusan.

"Sukacita saya maklumkan terdapat cadangan supaya pemberian air percuma ditingkatkan kepada 40 meter padu daripada 20 meter padu.

"Kita akan melihat perkara ini selepas penasrukturan industri air dimuktamadkan.

"Perkara ini turut akan disemak dan kita perlu melihat memandangkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan April tahun depan," katanya di Dewan Undangan Negeri Selangor semalam, lapor media rasmi kerajaan negeri, Selangorkini.

Beliau berkata, Selangor akan terus mengutamakan kepentingan rakyat memandangkan pemberian air percuma 20 meter padu sedia ada banyak membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Pemberian air percuma 20 meter padu sebulan yang dimulakan kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini memberikan banyak manafaat kepada penduduk Selangor ketika semua harga barangan dan kos hidup meningkat di negeri paling maju di Malaysia itu.

Susulan langkah itu, kebanyakan penduduk di Selangor mendapat air percuma setiap bulan atau membayar dengan kadar minima sekitar RM5 sebulan. – 3 Disember, 2014.
 
 
 

SELANGOR NAK TAMBAH LAGI AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT

idahsalam.blogspot
biaqpila.blogspot
 

Selangor semak semula beri air percuma 40m padu



SHAH ALAM: Kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk meningkatkan pemberian air percuma kepada 40m padu selepas penstrukturan industri air Selangor dimuktamadkan, pada September 2015.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu akan disemak semula sebelum kerajaan negeri membuat sebarang keputusan.

"Sukacita saya memaklumkan terdapat cadangan supaya pemberian air percuma ditingkatkan kepada 40m padu daripada 20m padu.

"Kita akan melihat perkara ini selepas penasrukturan industri air dimuktamadkan.

"Perkara ini turut akan disemak dan kita perlu melihat memandangkan Cukai Barangan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan
April tahun hadapan," katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Selangor akan terus mengutamakan kepentingan rakyat memandangkan pemberian air percuma 20m padu sedia ada banyak membantu golongan yang kurang berkemampuan.

HD

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment