Thursday, December 4, 2014

RG2014... Fw: Sultan Selangor Tarik Balik Gelaran 'Datuk Seri'

 



Anwar Ibrahim Ada 7 Gelaran Datuk Seri..

bloglist-malaysia.blogspot

Walaupun gelarannya ditarik balik oleh istana Selangor, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih boleh menggunakan gelaran "Datuk Seri".

Ini kerana Anwar mempunyai tujuh lagi darjah kebesaran itu yang dianugerahkan padanya, menurut laman web Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri.


Ini termasuk anugerah daripada daripada Perlis (1995), Perak (1995), Pahang (1990), Pulau Pinang (1994), Sabah (1994), dan lain-lain.

Beliau juga mendapat darjah kedua daripada Pulau Pinang dengan gelaran "Datuk" pada 1991.

Kesemua anugerah itu diperoleh antara 1990 dan 1995, ketika beliau bertugas dalam kerajaan. Anwar dilantik timbalan perdana menteri pada 1993 sebelum dipecat beberapa tahun kemudiannya.

Sultan Selangor Tarik Balik Gelaran 'Datuk Seri' Dari Anwar Ibrahim

bloglist-malaysia.blogspot

KUALA LUMPUR: Darjah Kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah ditarik balik berkuatkuasa 3 November lalu.

Dalam satu kenyataan, pihak Istana berkata darjah kebesaran itu ditarik balik "berasaskan kepada tindakan dan perlakuan beliau sejak akhir tahun 2013 yang mempersoalkan kewibawaan dan kuasa DYMM Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor."

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor telah memutuskan bahawa Darjah Kebesaran Dato' Seri yang dikurniakan kepada Yang Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah ditarikbalik berkuat kuasa 3 November 2014 selaras dengan kuasa Baginda sebagai sumber bagi segala Penghormatan dan Kebesaran dan negeri Selangor sertu kuasa untuk menurunkan Darjah Kebesaran sepertimana yang diperuntukkan di bahawa Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959," kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan.
Darjah Kebesaran Datuk Seri - Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.) dikurniakan kepada Anwar pada tahun 1992.

- Sumber

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment