Wednesday, December 3, 2014

RG2014... RCI Berjaya Rungkai Tanda Tanya Isu Pendatang Selama 51 Tahun

 

RCI Berjaya Rungkai Tanda Tanya Isu Pendatang Selama 51 Tahun


RCI Projek IC

Kuala Lumpur – Laporan Suruhanjaya Siasatan (RCI) pendatang asing di Sabah mendapati tidak wujud pemberian kad pengenalan secara meluas atau 'Projek IC' sepertimana didakwa sebelum ini.

Suruhanjaya dalam laporannya turut menegaskan bahawa tiada pihak kerajaan atau parti politik terlibat dalam pengeluaran kerakyatan kepada migran yang tidak layak di negeri itu.

Ia sekaligus menangkis dakwaan yang tersebar luas bahawa agensi persekutuan dan pemimpin Umno mengeluarkan kerakyatan demi mendapatkan undi bagi menewaskan lawan mereka dalam rancangan yang digelar 'Projek IC'.

Laporan itu dilancarkan oleh Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ali Hamsa di Kota Kinabalu hari ini.

RCI di dalam laporannya turut menggariskan syor mewujudkan satu jawatankuasa pengurusan atau majlis perundingan mengenai pendatang atau orang asing yang diketuai oleh profesional bebas yang mempunyai integriti.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini bersetuju mengumumkan laporan itu selepas mengambil kira kepentingan isu pendatang haram di negeri berkenaan.

Najib berkata keputusan untuk membentangkan laporan RCI tersebut membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menyelesaikan isu berkenaan.

Laporan tersebut dimulakan pada 21 Ogos 2012 dan dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim.

Anggota panel itu juga terdiri daripada bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon; bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin Poy Wu; bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Kee Mustafa dan bekas timbalan ketua menteri dan bekas peguam besar Sabah Tan Sri Herman J Luping.

Prosiding tersebut bermula pada Januari 2013 apabila Manoj Kurup, Datuk Azmi Ariffin and Jamil Aripin dari Jabatan Peguam Negara dilantik sebagai pegawai pengendali bagi membantu suruhanjaya menyoal saksi-saksi yang dikaitkan dengan isu mengeluarkan kad pengenalan diri kepada warga asing seperti yang didakwa dalam projek yang digelar 'Projek Mahathir'.

Sepanjang prosiding yang berakhir pada 2013, suruhanjaya berkenaan telah memanggil 211 saksi termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menafikan penglibatannya dalam 'Projek IC' di Sabah sewaktu beliau berkhidmat dalam kabinet Persekutuan, termasuk ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri sehingga pemecatannya pada 1998.

Prosiding tersebut turut mengetengahkan testimoni daripada warga Filipina dan beberapa imigran lain, tentang pemilikan kad pengenalan diri dan juga keterlibatan dalam proses mengundi sewaktu pilihanraya.

Laporan suruhanjaya itu telah disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong pada bulan Mei tahun ini.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment